"Assalamualaikum." Ayu dan Errie memberi salam serentak. Nek Piah dan Datin Hamidah yang berada di dapur menjawab salam tersebut.
"Aik cepatnya balik?" Kata Datin Hamidah seraya mengambil tepung yang baru dibeli Errie.
"Tak tahulah Errie ni mak cik. Dari tadi kelam kabut je nak pulang." Kata Ayu. Hairan juga dia ketika berada di pekan. Errie asyik tanya dah siap beli ke belum.
"Err.. Saya pening tadi itulah tak sabar nak pulang. Nak tidur." Errie memberi alasan. Matanya memandang sekeliling mencari kelibat syafa. Belum balik ke? Lama betul dorang jalan.
"Errie cari apa ni? Dari tadi mama tengok Errie asyik pandang-pandang kat luar tu." Kata Datin Hamidah apabila menyedari Errie asyik melihat ke luar rumah.
Errie sedikit tersentak. Err.. ketara sangat ke? Hehe..
"Syafa belum pulang ke ma?" Tanya Errie.
" Laa.. baru je dorang jalan sejam yang lalu. Belum puas lagi kut syafa tengok kampung ni." Kata Datin Hamidah sambil tangan lincah mengayak tepung.
Sejam? Lama gila tu wey. Dorang pergi mana lama sangat? Pergi kat bendang tu cukuplah. Si Rizman nak bawa Syafa pergi mana pulak ni. Ini yang buat hati jadi panas ni.
Nek Piah tiba-tiba bersuara. "Yang kamu kalut sangat ni kenapa?"
Errie malu sendiri apabila Nek Piah menyedari dirinya yang tak senang duduk.
"Alah, abang Errie tak payah risau la. Abang Rizman tu okay orangnya." Kata Ayu pula. Dia dapat melihat wajah Errie yang sudah berubah riak itu. Wajah Errie kelihatan risau pada pandangannya. Hakikatnya Errie sedang menahan gelojak cemburu.
Errie hanya melemparkan senyuman. Seketika kemudian dia beristigfar. Bulan Ramadhan ni tak patut dia mahu cemburu-cemburu bagai walaupun memang dia tak boleh nak buang perasaan cemburu itu. Akhirnya dia hanya berfikiran positif sahaja.
**********************
Rizman dan Syafa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Mata Syafa tidak lepas dari memandang sawah padi yang terbentang luas di sebelah kanan dan kirinya.
"Awak memang suka tengok pemandangan ke?" Soal Rizman di sebelah. Syafa mengalih pandangan kepada Rizman lalu dia mengangguk.
"Kalau kat bandar mana boleh tengok pemandangan macam ni. Bangunan tinggi-tinggi je yang banyak." Kata Syafa.
"Sebelum balik rumah awak nak singgah tengok sungai kat kampung ni tak ?" Rizman mempelawa syafa. Sungai di kampung mereka memang sangat jernih tanpa pencemaran. Siap boleh nampak ikan berenang-renang lagi.
"Sini ada sungai ke?" Soal Syafa. Bestnya! Kalau tinggal kat kampung ni hari-hari syafa pergi mandi sungai.
"Mestilah ada. Nak pergi tak ni?"
Syafa mengangguk laju.
Mereka mengatur langkah pergi ke destinasi yang dituju. Setibanya sahaja mereka di situ, Syafa boleh mendengar bunyi aliran sungai yang deras.
Terpegun juga syafa ketika melihat air sungai tersebut. Tidak pernah dia melihat air sungai sejernih itu. Dia merendam kakinya. Menggigil kaki syafa ketika kakinya dimasukkan ke dalam sungai. Sejuk gila! Mesti best nak mandi masa musim panas ni.
"Sejuknya." Kata Syafa sambil kakinya diangkat beberapa kali kerana tidak tahan dengan suhu sejuk air sungai tersebut.
Rizman ketawa kecil. Memang tidak dapat dinafikan dari dulu lagi air di sungai ini memang sangat sejuk.
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...