Tok! Tok! Tok!
Errie masuk ke bilik syafa. Syafa yang sedang sibuk dengan handphonenya terus memandang ke pintu.
"Buat apa?" Tanya Errie. Kaki melangkah ke katil tempat syafa sedang duduk.
"Kenapa?" Tanya syafa. Ini yang menakutkan ni. Errie sejak kebelakangan ini berubah 360°. Tak tahulah kenapa.
"Saja. Bosan. Buat apa?" Errie memanjangkan kepala melihat screen handphone syafa. Manatahu la sedang bermesej dengan lelaki lain ke...
"Kau ada instagram?" Tanya Errie apabila melihat screen handphone syafa.
Syafa mengangguk lalu meletakkan handphonenya di meja. "Errie, pinjam charger boleh?"
"Ambillah kat bilik." Kata Errie.
"Thanks." Syafa keluar untuk mengambil charger di bilik Errie.
Melihat kelibat syafa sudah tiada, laju tangan Errie membuka handphone syafa.Hm.. Nasib tak lock.
Satu persatu Errie membuka gambar syafa yang dimuat naik di instagram.
Errie mencebik. "Langsung tak ada gambar aku."
Banyak gambar yang dipost semasa mereka berada di korea tapi langsung tiada gambar Errie. Syafa hanya post gambar dia selfie sorang je. Errie membaca pula comments pada gambar syafa. Kebanyakannya lelaki. Ceh.. Menyampah.
Cantiknya...
Idol....
Bergetar tulang rusuk...
Futute wife...
"Future wife kepala otak kau." Geram pula Errie membaca comments tersebut. Syafa pun satu bukannya nak balas. At least cakaplah yang dia dah kahwin. Hisy! Tak boleh jadi ni.
Laju tangan Errie mencari gambar mereka berdua. Dia ingat lagi mereka ada meminta tolong seorang pemuda korea untuk menangkap gambar mereka.
"Jumpa!" Mula la jari menulis caption. Ha ha ha.
Kemudian Errie membuka wechat syafa. Woo.. ada wechat juga. Errie membaca satu persatu chat daripada orang yang tidak dikenali. Semua chat tersebut, satu pun syafa tidak balas. Kembang hidung Errie. Bangga la sikit syafa ingat juga yang dia ni sudah ada laki.
Assalamualaikum. X jawab dosa.
Hai. Bleh berkenalan?
Hye awak. Single?
Cantiklah awak. Dah lama perhati. Boleh berkenalan?
Nak muntah Errie baca chats beruk-beruk yang tidak dikenali ni. Nasib baiklah Syafa tak balas. Kalau Errie tahu syafa balas, boleh mengamuk Errie dibuatnya.
Errie membuka camera di handphone syafa.
Cipp!
Errie melihat gambar yang baru ditangkapnya. Kemudian jarinya laju menulis caption. Post!
Errie meletak semula handphone syafa di meja apabila mendengar tapak kaki syafa.
"Ada jumpa?" Tanya Errie kepada syafa yang sudah masuk ke dalam bilik. Dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...