BAB 15

10.8K 332 4
                                    

"Assalamualaikum." Syafa memberi salam sebelum masuk ke rumah. Dia terpaksa pulang lewat apabila keadaan Adam tiba-tiba kritikal. Mahu gugur jantung syafa apabila melihat adam yang berselirat dengan wayar di tubuhnya.

Jam menunjukkan pukul 6:30 petang.

   Masuk sahaja ke dalam rumah, semua mata memandang syafa dengan wajah yang risau.

"Ya Allah Syafa. Syafa kemana ni? Kenapa sekarang baru balik?" Tanya Datin Hamidah risau.

"Puas abah telefon langsung tak jawab. Kenapa?" Tanya Datuk Isyad pula.
  
   Syafa tersentuh dengan perhatian mereka. Sudah lama syafa tidak merasakan perasaan ini. Makan minum dijaga. Kesihatan dijaga. Bahkan syafa lambat balik pun kena risau juga. Sedangkan sebelum ini syafa tidak dipedulikan. Kemana dia pergi tak ada siapa yang risau. Pernah sekali dia pulang pukul 10 malam. Itupun merayau entah kemana.

"Handphone Syafa habis bateri. Minta maaf mama, abah sebab buatkan kamu semua risau. Syafa tak ada niat nak buat korang risau." Jawab Syafa. Terasa dunia kelamnya kembali berwarna. Ya, dia gembira sekali dapat keluarga sebaik keluarga Errie.

   Syafa memandang Errie yang sedari tadi langsung tidak memandangnya. 'Marahkah dia? Mestilah tidak. Buat apa dia nak risaukan aku.'

"Kenapa syafa balik lewat sangat. Risau mama tahu tak?"

Syafa tersengih. "Kawan syafa tadi kritikal sebab itu Syafa terpaksa jaga dia. Kawan Syafa itu tak ada siapa-siapa. Dia ja kawan Syafa ma, abah." Jelas syafa. Takut nanti mereka fikir yang bukan-bukan pula.

  Kelihatan Errie sedang memandang syafa. Mungkin penerangan syafa tadi menarik minatnya.

"Siapa kawan Syafa tu?" Tanya Datuk Irsyad. Datin Hamidah mengangguk. "Siapa nama dia?" Datin Hamidah pula bertanya. Kemudian Errie melihat Syafa. Mereka bertiga seperti menunggu jawapan syafa.

"Nama dia Adam." Jawab syafa lambat-lambat.

   Datin Hamidah dan Datuk Irsyad mengangguk. Errie berdiri meninggalkan mereka.

"Syafa masuk bilik dulu." Pamit Syafa.

    Syafa masuk ke bilik. Penat betul rasanya seharian menjaga Adam. Syafa masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai sahaja mandi, syafa tercari-cari sesuatu di kamar mandi.

   Syafa menepuk dahi. Akibat terlalu penat, syafa terus masuk ke dalam kamar mandi tanpa membawa bajunya.

"Ya Allah, macam mana boleh lupa ni?" Lama syafa di kamar mandi. Takkanlah nak suruh Errie ambilkan bajunya. Kalau nak suruh ambil baju dan seluar tu boleh la tapi pakaian dalamnya macam mana pula? Syafa berfikir-fikir. 'Ah lantaklah.'

Syafa menjengulkan muka sambil badannya berada di sebalik pintu. Kelihatan Errie sedang duduk menyandar di birai katil.

"Errie." Panggil syafa. Errie berpaling.

"Kenapa?" Soal Errie. Hairan melihat syafa begitu.

Syafa menarik nafas panjang-panjang. Malunya nak cakap!

"Boleh tak tolong ambilkan syafa baju. Syafa lupa nak ambil." Kata syafa malu-malu.

Errie memandang syafa dengan pandangan kosong. "Ambillah sendiri."

   Syafa mengetap bibir."Alah, tolonglah. Syafa tak dapat nak keluar ni." Kata syafa separuh merayu. Sengaja betul lelaki ini mengenakannya.

  Bukan Errie tidak tahu yang syafa memang tidak biasa memakai baju di hadapannya. Keluar sahaja dari kamar mandi mesti sudah tersarung pakaian di tubuhnya. Kadang-kadang hati lelakinya meronta-ronta mahu melihat tubuh syafa. Tapi dia cukup menghormati syafa yang belum boleh menerima dirinya.

   Tiap kali hatinya meronta, cepat-cepat dia membuang perasaan itu sambil beristigfar. Dia tidak mahu terlalu ikutkan hawa nafsu.

   Namun sekarang tidak lagi. Dia sebagai suami harus mendapat haknya. Syafa kan isterinya.

"Kenapa pula saya kena ambil pakaian awak? Awak pergilah ambil sendiri. Gunakan nikmat yang Allah bagi. Ada kaki ada tangan." Jawab Errie selamba.

  Syafa geram. Dia menutup pintu dengan kasar. Sabar wahai hati! Syafa menenangkan dirinya sendiri. 

"Tak apa hari ini je." Syafa menarik nafas panjang-panjang. Nasib ada tuala khas disediakan dalam kamar mandi mereka. Kalau takda syafa pun tak tahu la. Syafa sanggup tunggu Errie sampai tidur kut.

   'Tak apa syafa. Buat biasa ja jangan over malu kat dia.' Syafa menarik nafas panjang-panjang.

   Syafa keluar dari kamar mandi. Jantungnya berdegup kencang. Apa tidaknya dia hanya bertuala. Errie pula sedang memandangnya tapi syafa buat selamba je.

      Syafa mengambil bajunya cepat-cepat. Tadi bukan main lagi tunjuk muka selamba. Sekarang muka syafa sudah merah padam. Apa tidaknya si Errie sudah berdiri dan berjalan ke arahnya. Dapat sahaja baju dan keperluan lain yang diperlukan, syafa cepat-cepat masuk ke dalam kamar mandi.

   Errie tersenyum nakal melihat gelagat syafa. "Eleh, tadi bukan main lagi tunjuk muka tak kesah. Bila aku test sikit dah takut."

   Namun tidak dinafikan Errie sempat juga tergoda dengan syafa tadi. Kulit syafa yang putih melepak serta tuala yang dipakainya pun separas paha cukup mampu mencairkan hati lelakinya. Hampir sahaja nafsu menguasai diri tapi rasa hormat pada syafa tidak dapat ditandingi dalam diri Errie. Errie sangat menghormati gadis itu. Lagipun syafa masih muda.

Syafa menqada solat-solatnya yang tertinggal. Selesai sahaja bersolat dia menanggalkan telekung. Errie yang baru sahaja masuk ke bilik mengejutkan syafa.

"Apasal tayang muka macam tu? Cepat turun makan malam dah siap tu." Kata Errie lalu turun ke ruang makan. Syafa hanya menurut.

"Wah, banyaknya lauk." Kata syafa apabila melihat meja penuh dengan lauk-pauk. Mak itah yang sedang menuangkan air untuk datuk Irsyad tersenyum dan bersuara. "Mak itah masak makanan kegemaran syafa. Sayur kubis masak lemak kan?" Soal Mak itah. Syafa pernah cakap dengan Mak itah tentang makanan kegemarannya.
Syafa hanya mengangguk sambil tersenyum. Errie hanya diam sambil menjamu selera.

    Tiba-tiba Datuk Irsyad bersuara."Abah tengok kamu berdua ni macam tak ada keserasian saja. Buat hal masing-masing.Kamu berdua tak suka ke berkahwin ni?" Seloroh Datuk Irsyad.

   Syafa yang sedang berselera menjamah makanannya terus terbatuk. Errie segera menolong syafa. Dia mengusap belakang syafa."Ish, apa pula abah ni. Kami happy la abah. Cuma kitorang sibuk sikit. Kan sayang?" Sengaja Errie menekankan perkataan sayang sambil tangannya mengusap belakang syafa.

   Syafa yang sedang meneguk air hanya mengangguk.

"Lagipun kami bercadang nak honeymoon." Spontan sahaja Errie berkata-kata. Syafa yang sedang meneguk air itu pun sekali lagi terbatuk.'Gila betul la lelaki sebelah aku ni.' Syafa memandang tajam muka Errie. Errie hanya memberi signal melalui mata untuk membantunya. Terpaksa la juga syafa bersuara.

"Ha ah, betul tu mama, abah. Tapi Errie ni selalu sibuk jadi susahlah sikit. Kan abang? Kesian abang mesti penat kan?" Mantap sungguh lakonan mereka. Apalagi si syafa ni terus sahaja buat aksi romantik kononnya mereka betul-betul bahagia dengan perkahwinan mereka.

"Abang ni makan comot betul la. Meh sini syafa tolong lapkan." Kata syafa sambil ketawa yang dibuat-dibuatnya. Syafa melihat Datin Hamidah dan Datuk Irsyad sudah tersenyum-senyum.

"Alolo comel betul la isteri abang ni." Turn Errie pula nak berlakon. Dia mencuit hidung syafa manja. Mereka berdua ketawa yang dibuat-buat mereka sambil memandang Datin Hamidah dan Datuk Irsyad yang sudah tersenyum-senyum.

"Syafa cakap tadi Errie sibuk kan? Kenapa tak ambil cuti je?" Soal datin Hamidah.

"Betul tu. Tak apa Errie pergi je honeymoon dengan syafa. Pasal kerja Errie tak payah risau. Biar abah je yang urus." Tambah datuk Irsyad pula.

"Hah?!" Syafa dan Errie sudah terlopong. Namun segera ketawa paksa. Mereka berpandangan. Dalam fikiran masing-masing.......'TAK NAK!!!!'

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now