Errie agak terperanjat dengan kehadiran Dayana membolos masuk ke dalam pejabatnya tanpa sebarang kebenaran.
"Maaf encik saya dah cuba halang cik ni tapi......"
"Tak apa. Awak boleh keluar."
Kelihatan riak ketakutan di wajah Siti, setiausaha Errie. Dia menunduk sedikit sebelum keluar dari bilik pejabat Errie. Agak lega apabila Errie tidak menengkingnya kerana membenarkan Dayana masuk ke dalam pejabatnya. Jarang sekali untuk melihat Errie marah kecuali perkara itu benar-benar membuatkan tuannya marah macam nak meletup. Fuh! Lega.
Setelah Siti keluar sahaja dari pejabatnya, Errie terus bersuara.
"You nak apa? Tak boleh ke cakap kat luar je. Kenapa sibuk sangat sampai nak masuk pejabat I?" Suara Errie naik satu oktaf. Bengang dengan sikap Dayana yang tidak berubah dari dulu.
Dayana datang mendekati Errie. Jalanan Dayana.. fuh.. macam belut. Lenggang lenggok macam orang cacat je. Errie yang melihatnya pun meluat.
"Sayang.. Janganlah marah-marah." Kata Dayana manja sambil bermain-main dengan tali leher Errie. Errie menepis tangan Dayana yang semakin menjadi-jadi itu.
"Dayana, stop it! Kenapa dengan you ni?" Kemarahan Errie tidak dapat dibendung lagi. Setahunya, Dayana memang tahu bahawa Errie sudah berkahwin tetapi perempuan ini masih juga cuba menggodanya. Bagaimana reaksi Syafa jika melihat mereka dalam keadaan begini.
Dayana hanya melemparkan senyuman manis kepada Errie. "I miss you so much." Kata Dayana lalu memeluk Errie. Errie menolak tubuh Dayana yang sedang memeluknya erat. Terkesima dengan tindakan melampau Dayana.
Dayana terdorong ke belakang apabila ditolak oleh Errie dengan kasar.
"Kenapa dengan you ni?" Kini Dayana pula yang bengang dengan sikap Errie. Selalunya lelaki suka apabila dilayan begitu apatah lagi apabila perempuan itu berpakaian seksi seperti Dayana sekarang. Tapi Errie tidak pernah pun memandangnya walaupun pelbagai cara sudah dicuba.
"Sepatutnya I yang tanya you. What's wrong with you?" Kata Errie. Suaranya juga sukar dikawal sehingga Siti yang berada diluar bilik juga tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
Errie cuba menahan marah namun tindakan Dayana yang memeluknya tadi tidak mampu meredakan amarahnya. Sudahlah stress dengan kerja yang berlambak, berpuasa lagi. Tiba-tiba datang satu makhluk menambahkan lagi amarah Errie. Tidak sabar rasanya mahu pulang melihat wajah isterinya. Sejuk sikit hati tu bila melihat wajah syafa.
"Okay! Straight to the point. I nak cakap dengan you pasal Syafa." Kata Dayana. Kini dia serius. Dia benar-benar mahu menghancurkan syafa dan merebut Errie dari syafa.
"Kalau sebab tu je, lebih baik you balik. I busy banyak kerja yang lagi penting dari layan you." Kata Errie sambil menolak Dayana ke arah pintu apabila Dayana masih berdiri tanpa ada tanda-tanda mahu keluar.
"Oh ye ke? How about this." Kata syafa sambil mengeluarkan beberapa keping gambar. Errie berhenti menolak Dayana. Dia tertarik melihat gambar tersebut. Tiba-tiba hatinya pedih melihat gambar tersebut.
Dayana tersenyum senang melibat reaksi Errie. Umpannya menjadi. Errie merampas gambar-gambar tersebut dari tangan Dayana. Matanya tidak lepas melihat kemesraan Syafa dan Adam. Sakit hati apabila syafa tersenyum bahagia di samping Adam. Tidak pernah sekali pun syafa tersenyum begitu kepadanya tapI dengan Adam? Erg!
Oh.. ini rupanya Adam. Errie berbisik di dalam hati.
"I rasa you tak kenal siapa isteri you yang sebenarnya." Dayana mula berkata-kata. Hari ini adalah hari dimana segala rahsia Syafa akan terbongkar. Tidak sia-sia dia menyiasat tentang kehidupan Syafa.
Wajah Errie sudah berubah. Dia mencampak gambar-gambar tersebut ke atas meja. "Apa maksud you?"
"Betul tekaan I yang you memang tak tahu apa-apa." Dayana menyambung semula kata-katanya apabila melihat wajah Errie yang menakutkan. Errie jarang sekali marah sebab itu Dayana agak gerun untuk bersuara namun dia harus memberi tahu Errie perkara yang sebenarnya.
"You tak pernah tanya ke pasal duit yang you bagi pada syafa sebelum korang kahwin?" Soalan dari Dayana sungguh mengejutkan Errie. Macam mana Dayana boleh tahu pasal perjanjian mereka dahulu? Errie curiga.
Dayana tersenyum kecil. "Macam mana I tahu itu tak penting. Yang penting sekarang you tahu ke?" Soal Dayana sekali lagi. Dia menyusun kata-katanya dengan baik sekali sehingga setiap perkataan yang keluar dari mulutnya menarik minat Errie.
Mendengar soalan Dayana, baru Errie perasan tentang duit RM10 000 yang diberi kepada syafa. Mana duit tu?
Melihat Errie hanya diam membisu, Dayana meneruskan lagi kata-katanya. Bersedialah syafa untuk kehancuran kau. Ha ha ha. Dayana ketawa senang di dalam hati.
"Duit tu syafa guna untuk pembiayaan pembedahan kawan dia yang ada dalam gambar tu. Siapa nama dia.. Adam?" Membulat mata Errie mendengar penjelasan Dayana.
"You jangan nak fitnah syafa. Bulan puasa macam ni pun you nak menipu memfitnah bagai kan?" Kemarahan Errie sudah berada di tahap maksimum apabila Dayana sewenang-wenangnya memfitnah syafa. Errie mula menolak Dayana untuk keluar dari pejabatnya. Sakit hatinya mendengar kata-kata Dayana.
"Kalau you tak percaya. You boleh tanya sendiri dengan isteri you yang penipu tu." Errie berhenti menolak. Penipu?
Dia seperti termakan dengan kata-kata Dayana lagi. Dia teringat peristiwa dulu di mana syafa lewat pulang ke rumah. Apabila mama tanya, syafa hanya menjawab melawat kawannya yang sedang kritikal di hospital. Dan orang itu sudah pastinya Adam.
"Dan satu lagi rahsia syafa yang dia sembunyikan daripada you dan I rasa you patut tahu pasal ni." Kini Dayana memulakan serangannya yang kedua. Dia berkata serius sambil cuba menyembunyikan senyuman.
Errie seperti ditarik-tarik untuk mendengar setiap kata-kata Dayana. Melihat cara Dayana berkata-kata membuatkan Errie merasakan Dayana bercakap jujur. Sememangnya Dayana memang bercakap jujur tentang syafa setelah memastikan kebenaran itu kepada Sherry.
"Apa dia?" Tanya Errie. Dia berdoa semoga semua kata-kata Dayana itu hanyalah rekaan untuk menghancurkan mereka. Dia berharap agar rahsia syafa yang bakal Dayana bongkar tidak akan menjejaskan perasaanya kepada syafa yang kian bercambah.
"Syafa pernah dirogol." Kata Dayana. Serangan kedua, Done! Dayana ketawa dalam hati.
I'm back! Update awal sikit . Sorry guys bab ni sikit ja. Maaflah bab ni pun menyakitkan hati sikit. Harap bertahan. Haha
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...