Syafa memandang setiap sudut di dalam bilik hotel tersebut. Ternganga syafa dibuatnya. Ya Allah, cantiknya....
Syafa menghempas tubuh di tilam. Empuknya!
Syafa menutup mata merasai nikmatnya suasana di korea. Syafa sudah terlentang di tilam sambil tutup mata. Seronoknya! Tak sangka dapat juga syafa menjejakkan kaki di bumi korea yang mempunyai permukaan bumi yang cantik."Hello... aku tempah bilik ni bukan untuk kau tidur sorang-sorang. Yang kau terlentang ni dah kenapa? Aku ni nak letak kat mana?" Syafa tidak memperdulikan bebelan Errie. Lelaki pun nak membebel.
Errie memandang syafa yang masih tidak berganjak. Keadaannya masih statik. Langsung tidak bergerak.
'Oh.. pura-pura tak dengar.' Kata Errie dalam hati. Dia sudah mempunyai rancangan nakal. Elok la tu petang ni kita rehat-rehat dulu ya syafa....
"Aduh!"
Syafa memandang Errie dengan wajah yang sebal. Errie dengan selambanya menghempas tubuhnya di atas lengan syafa. Kedudukan mereka sangat rapat. Tapi bukan itu yang buat muka syafa merah tapi sebaliknya. Lengan syafa yang dihimpit oleh Errie yang menyebabkan muka syafa merah menahan sakit.
"Sakitlah Errie!" Errie pura-pura tidak dengar. Dia membalas balik sebagaimana syafa buat kat dia tadi. Pura-pura tak dengar kan tadi? Errie sembunyi senyum.
Tangan syafa seperti hendak patah. Punyalah berat!
"Apa yang himpit tangan aku ni? Manusia ke badak?" Nak kata berlemak tak juga. Berat sungguh otot Errie ni sampai tulang tangan aku dah nak retak. Errie sudah mahu tergelak dengan kata-kata syafa tapi ditahan sahaja.
"Errie sakitlah!" Mata syafa sudah berair. Serius sakit sangat. Dah la tangan dia tak sedia Errie sudah menghimpitnya.
Errie menoleh ke arah syafa di sebelahnya apabila mendengar suara syafa yang sudah berubah seperti menahan sakit. Errie terkesima melihat mata syafa yang sudah berair. Sakit sangat ke?
Laju Errie duduk bersila di katil.
"Sorry.. aku tak sengaja."
Tak sengaja? Berapa kali aku dah cakap sakit! sakit! tak nak dengar.
Syafa berdiri lalu berjalan masuk dalam kamar mandi. Dia sudah tidak mempedulikan panggilan Errie. Syafa mengunci pintu. Dia menarik baju lengan panjangnya. Kulitnya sudah memerah. Kalau bukan sebab jam tangan yang dipakainya, sudah tentu lengannya tidak akan merah macam ni. Syafa menggosok-gosok lengannya yang mula membiru.
Syafa keluar dari kamar mandi. Errie sudah berjalan ke arahnya. Syafa buat tidak tahu. Marah tahu tak? Berapa kali syafa cakap sakit, Errie pura-pura tak nak dengar.
"Syafa." Panggil Errie. Ah sudah! Dia buat lagi suara macam tu.
"Aku minta maaf. Aku ingat kau bergurau."
Bergurau? Nak je syafa tunjal kepala Errie ni. Nasib baiklah syafa tahu bab-bab dosa ni. Syafa hanya mendiamkan diri. Kali ini syafa membaringkan tubuh di sofa. Nanti kalau baring kat tilam tu lagi tak pasal-pasal dengan aku sekali dengan himpit. Dah la berat macam badak!
"Syafa...." Errie seakan merayu. Errie lebih rela dibebel dan ditengking oleh syafa daripada syafa berdiam diri dan tidak melayannya. Rasa serba salah semakin menebal. Tak tahulah pulak syafa akan semarah ini.
Syafa tutup mata. Tidak mahu melayan Errie. Lagaknya seperti tidak punya perasaan. Namun dalam hati siapa tahu? Tsunami, gempa bumi, ribut taufan melanda. Errie ni memang suka buat suara macam tu kan? Suka buat orang cair. Hm... cair ke?
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...