Dushh!!
Errie terkejut dengan bunyi dentuman pintu pejabatnya yang ditolak kasar oleh Adam. Errie berdiri menuju ke arah Adam. Begitu juga dengan Adam. Dia mengepal penumbuk sambil berjalan ke arah Errie.
Adam memegang kolar baju Errie.
"Kau ni memang lelaki tak guna!"
Errie menepis kasar tangan Adam yang mengenggam kolar bajunya.
"Kau apasal hah?" Errie menolak Adam sehingga Adam terundur.
"Kau tu yang apasal bodoh sangat? Kau tu nama je belajar tinggi-tinggi tapi otak taknak guna elok-elok." Errie panas hati mendengar kata-kata Adam. Kenapalah di bulan mulia ini kesabarannya banyak diuji.
Errie melonggarkan necktie yang dipakainya.
"Kau jangan buat aku marah kat sini." Kata Errie sambil mengepal penumbuknya. Bukannya Adam tidak nampak Errie sedang menahan marah. Malah, dia sengaja mahu menambah kemarahan Errie.
Adam tersenyum sinis. "Aku taknak cakap banyak. Aku cuma nak cakap, kalau kau tak boleh nak jaga syafa, kau jangan nak seksa dia. Lagi satu, jangan sesekali kau berani nak tuduh dia bukan-bukan." Adam juga turut menahan marah. Sebenarnya syafa sudah memberi amaran supaya tidak berjumpa dengan Errie, tapi Adam tidak peduli. Kebenaran harus ditegakkan.
Adam berkata lagi. "Kalau kau tak mampu nak bahagiakan syafa, kau boleh serah pada aku. Aku boleh bahagiakan dia."
Tidak semena-mena tumbukan dilepaskan ke wajah Adam. Nafas Errie turun naik kerana menahan marah .
Seperti yang diduga, umpannya menjadi. Errie memang menyayangi syafa tapi kerana ego, dia sanggup menuduh syafa.
"Tak guna! Aku dah agak kau memang ada hati dengan isteri aku!" Tempik Errie. Sungguh dia rasa marah ketika ini. Nasib baiklah dia belum menceraikan syafa. Kalau tidak pasti Syafa akan jatuh ke tangan Adam.
Kali ini Adam pula yang menumbuk tepat ke muka Errie. Errie terduduk di sofa pejabatnya akibat tumbukan Adam itu.
"Kau tu yang tak guna. Kau tak pernah fikir perasaan orang yang kau sayang. Cuba rendahkan sikit ego kau tu. Memang bodoh lelaki macam kau ni!"
Kali ini Errie pula yang ketawa sinis. "Kau tak payah nak tunjuk hero sangatlah. Kau tu lah penyebab rumah tangga aku hancur!" Errie menunjuk Adam tepat diwajahnya.
"Kalau kau tak bertindak melulu, perkara ni tak akan jadi." Kini suara Adam semakin kendur namun suaranya keras seperti menahan marah.
Errie agak tersentak dengan kata-kata Adam. Apa maksud Adam? Adam menyambung semula kata-katanya.
"Sepatutnya kau kena siasat dulu perkara ni baru kau boleh cakap sesuka hati kau. Aku tahu semua pasal korang. Memang korang kadang-kadang tak sebulu tapi tak bermaksud korang tak ada perasaan sesama sendiri." Errie bertambah hairan dengan setiap kata-kata Adam.
"Baik kau cakap terus terang. Apa maksud kau cakap macam tu?"
Adam memandang Errie tajam.
"Syafa tak pernah kena rogol."
Errie ketawa sinis. "Mesti perempuan tu dah suruh kau datang sini. Kau ingat aku nak percaya? Dia sendiri mengaku depan aku."
"Ada dia cakap dia kena rogol? Ada dia mengaku? Ada!?"
Errie terdiam. Seingatnya syafa tidak pernah pun mengakui malah menafikannya. Tapi syafa mengaku apa yang dikatakan oleh Dayana itu betul.
"Macam mana aku tahu? Sebab aku ada tempat kejadian." Tambah Adam lagi. Dia yakin kali ini pasti Errie akan percaya tentang itu. Kebenaran tidak akan terbongkar kalau dia berdiam diri.
"Apa maksud kau?" Errie memandang Adam tepat ke matanya. Dia cuba mencari kejujuran di wajah Adam. Adam berwajah serius.
"Aku yang tolong syafa waktu tu. Kalau aku tak datang mungkin syafa dah kena rogol dan dibunuh masa tu."
Errie terkejut dengan berita itu. Mana satu yang betul. Adam atau Dayana? Errie seperti mahu mengatakan sesuatu tetapi satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Sudahnya, dia hanya berdiam diri.
"Kau tahu tak berapa lama syafa trauma pasal benda tu? Dia takut nak keluar rumah, dia takut nak tengok lelaki dan dia takut berseorangan. Tapi sebab dia tabah, dia dapat lalui semua tu. Dia dapat lupa semua tu. Tapi sekarang dia terpaksa lalui perkara tu lagi." Air mata Adam jatuh setitis apabila menuturkan semua itu. Dia ada bersama syafa ketika syafa menempuhi dugaan itu. Dia lihat sendiri syafa menangis setiap kali teringat akan kejadian tersebut.
"3 tahun lalu dia terpaksa berhenti sekolah sebab takda duit. Tapi semua kawan dia pandang serong kat dia sebab dorang cakap syafa dah rosak and whatever. Dan kau termasuk orang-orang yang hina syafa."
Errie sungguh terkejut dengan penjelasan Adam. Tidak sangka sungguh besar dugaan yang syafa lalui. Errie hanya berdiam diri. Dia hanya mendengar setiap kata-kata Adam. Dia mahu tahu semuanya pasal syafa. Dia inginkan kebenarannya. Kini dia tahu siapa yang patut dia percayai.
"Aku harap kau tak perlu cemburu dengan aku lagi. Syafa layan aku macam tu sebagai tanda terima kasih dia. Aku sayang syafa. Aku sayang dia sebagai sahabat aku. Pasal duit tu, aku harap kau halalkan. Aku tak sangka syafa boleh bertindak sejauh tu." Kata Adam lagi. Dia sedih melihat keadaan syafa. Dari dulu sampai sekarang syafa tidak henti-henti diuji tapi syafa masih tetap meneruskan kehidupan.
Akhirnya air mata Errie jatuh ke pipi. Sungguh dia rasa bersalah terhadap Syafa. Kenapalah dia bodoh sangat kerana mempercayai cerita Dayana yang telah dimanipulasi itu. Syukur sangat Errie belum menceraikan syafa. Bodoh sangat dirinya semalam kerana hampir menceraikan syafa. Kenapalah dia boleh bertindak melulu seperti itu. Sudahnya, syafa yang menjadi mangsa keadaan.
"Adam, Syafa kat mana sekarang? Please.. beritahu aku." Tanya Errie sambil air matanya tidak henti-henti turun membasahi pipi.
Adam hanya berdiam diri. Sedikit sebanyak hatinya sedikit tenang melihat Errie yang semakin dihimpit rasa bersalah itu. Mudah-mudahan semuanya akan segera berakhir dengan baik.
"Adam please... aku nak jumpa Syafa."
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...