Syafa memicit kepalanya. Pening memikirkan masalahnya.
"Aku nak cari duit kat mana? Kerja pun takda."
Akhirnya syafa mengeluh. Setelah kematian kedua orang tuanya, dia hidup sebatang kara. Sekolah pun tak habis. Sampai pertengahan form 5 je. Kalau dia sempat spm mesti sekarang dia dah ada kerja.
Keadaan riuh di mall tersebut tidak menghalang Syafa untuk melihat melibat lelaki itu. Ia membuat syafa terkejut. Syafa berpatah balik. Malas dan meluat melihat muka lelaki itu. Tiba-tiba langkah syafa berhenti. Dia berubah fikiran.
"Kejap. Dulu dia pernah cakap kalau aku kahwin dengan dia, dia nak bagi aku RM10 000. Hm kebetulan pulak." Syafa berfikir-fikir.
"Eh tak-tak." Syafa menggeleng-geleng. "Aku bukan perempuan macam tu." Syafa berkata-kata sendirian.
"Tapi.. ini soal nyawa kawan aku. Aku kena berkorban. Ya berkorban!" Kata syafa tegas. Syafa menarik nafas dalam-dalam dan menghembus keluar seraya berpaling untuk berjumpa Errie. Ya Errie lelaki itu.
"Eh mak kau buncit habis meletup!" Syafa cepat-cepat menutup mulutnya. Aduh! Melatah la pulak dah.
"Sorry encik sorry sangat-sangat"
Kata syafa. Cepat-cepat dia mengambil kunci kereta dan dompet lelaki itu yang terjatuh akibat terlanggar syafa.'uish kalau aku jahat, dah lama aku bawa lari dompet dan kereta kau ni.' Getus syafa. Dia tersenyum sendiri.
"Eh tak apa. Salah saya juga tak tengok-tengok tadi." Kata lelaki tersebut.
Senyuman syafa mati. 'Kejap. Aku rasa aku pernah dengar suara dia ni.'
Syafa teringat sesuatu. Cepat-cepat dia memandang pemilik suara tersebut.
'Alamak dia ke?'
"Kau?" Tanya mereka serentak.
"Err hai? Err okay kebetulan aku nampak kau kat sini, aku nak minta maaf pasal hari tu. Aku tak bermaksud..."
"It's okay." Potong syafa.
"Hm bagus la kalau macam tu." Balas Errie pula."Kalau macam tu aku jalan dulu la." Sambung Errie pula. Entah kenapa perasaannya lain semacam bila berhadapan dengan gadis ini. Dia tidak suka perasaan itu. Ia seperti mendorongnya untuk lebih dekat dengan syafa walhal dia tahu gadis ini terang-terangan tidak suka dengannya. Entah la dia pun malas sangat hendak memikirkannya. Lagipun pelawaannya sudah ditolak mentah-mentah oleh syafa. Tidak pernah Errie merasakan perasaan sebegini terhadap gadis. Nak cakap dia sudah jatuh cinta pun bukan nak cakap dia benci pun bukan juga. Dia sendiri bingung. Yang pasti dia selesa dengan syafa. Dia suka mengusik syafa yang sah-sah dia tidak pernah pun mengusik mana-mana perempuan sebelum ini.
Errie pasrah. Bukan dia sakit hati tapi dia terpaksa menerima hakikat yang dia akan dilabel gay oleh mama dan abahnya sendiri. Sudah berhari-hari datin hamidah bertanyakan soal syafa. Namun errie hanya memberi alasan yang syafa kononnya sedang sibuk.
Errie sudah pun mula menapak meninggalkan syafa. Cuma syafa sahaja yang masih tercegat disitu.
"Awak?" Panggil syafa. Dia tekad.
Errie yang sudah beberapa langkah meninggalkan syafa berpaling apabila syafa memanggilnya.
"Kau panggil aku ke?"
Syafa menarik nafas panjang-panjang. Ayat yang akan keluar dari mulutnya selepas ini lah yang akan menentukan masa depannya.
"Aku terima pelawaan kau. Tapi dengan syarat kau kena tunaikan janji kau hari tu kalau aku kahwin dengan kau." Kata syafa. Syafa menutup mata. Tidak berani melihat reaksi lelaki itu.
Tiada respon.
"Aku nak jadi bini kau." Tambah syafa lagi. Dia menutup matanya rapat-rapat.
Akhirnya yang dia dengar hanyalah............
"Hah??"
"Kau serius ke?" Tanya Errie meminta kepastian. Takut dia dipermain-mainkan dulu bukan main lagi tak nak. Sekarang lain pula ceritanya.
Syafa hanya mengangguk.
"Tapi ingat syarat yang kau pernah cakap dulu." Kata syafa. Syafa melihat sekeliling cafe itu. Semua perempuan yang ada di situ menjeling-jeling Errie. 'Apalah yang menarik sangat kat mamat ni. Tapi handsome kot.' Bisik hati Syafa."Kau yakin?" Tanya errie lagi. Syafa yang sibuk memandang perempuan-perempuan terus berpaling memandang Errie.
'Cantiknya mata dia.' Getus Errie.
"Apa dia?" Tanya syafa.
Errie terus tersedar mendengar suara syafa yang kuat.
"Ish kau ni, aku kat depan kau je pun. Tak payah lah cakap kuat-kuat." Kata errie sambil memegang telinga.
'muka je cantik tapi gaya.. aduh kasar betul.'"Aku dah cakap elok-elok tadi. Kau je yang tak dengar entah apa la yang kau fikirkan tu." Jawab syafa pula.
Gulp.
"Aku tak fikir apa-apalah. Aku cuma hairan, kenapa tiba-tiba kau bersetuju eh?" Tanya errie pula.
Syafa mengangkat bahu sambil menghirup jus orennya.
"Kau minta tolong, aku tolong la. Sama-sama tolong la kiranya." Jawab syafa slamber.
"Sama-sama tolong?" Tanya errie hairan.
Syafa yang terlepas cakap cepat-cepat cover line.
"Ish kau ni banyak tanya la. Nak ke tak nak? Kalau tak nak aku blah." Kata syafa. Syafa sudah berdiri berpura-pura ingin pergi.
"Eh nak. Mesti la nak." Kata errie sambil tersenyum manis.
'Alahai buat muka comel pula mamat ni.' Syafa buat-buat tidak nampak wajah comel Errie.
Tiba-tiba Errie bersuara.
"Minta number phone?"
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...