BAB 19

10.3K 297 7
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 6:11 p.m. Penat sungguh rasanya bekerja di restoran itu. Rasa macam nak berhenti....

Syafa memasuki perkarangan rumah. Aik... kelihatan kereta Errie sahaja berparkir di garaj. 'Mama dan abah keluar kut'. Duga syafa.

Terhenti kaki syafa di dihadapan pintu masuk rumah. Errie berdiri tegak memandang syafa. Syafa angkat kening.

"Tepi la aku nak masuk." Marah syafa. Geram sungguh. Sekarang ni syafa tak sabar nak baring kat tilam empuk. Dah terbayang-bayang dah. Tiba-tiba pula si Errie ni berdiri tegak kat depan pintu. Aduhai...

"Kenapa lambat?" Tanya Errie dengan wajah yang serius. Punyalah lama dia tunggu syafa pulang. Menyesal pulang awal tadi. Ingatkan pulang je, syafa dah ada kat bilik. Last-last dia pula yang tunggu syafa pulang dari kerja.

"Tunggu bas tadi. Tu yang lambat tu." Syafa berkata jujur. Gerun juga melihat pandangan Errie yang tajam menikam tu.

Errie merengus. "Handphone mana? Dari tadi abang call tak nak angkat." Erk... Abang? Hairan juga syafa apabila Errie menggelar dirinya abang. Sakit ke apa si Errie ni? Ke tengah marah dia memang macam ni? Abang??? Hm.. hairan.. hairan... Geli pon ada.

"Habis bateri la. Jangan la marah-marah." Syafa pula terasa nak marah. Dari dalam bas lagi syafa dah tak tahan nak tidur, tiba-tiba si Errie ni muncul lepas tu marah-marah pula tu. Haih... jangan cabar kesabaran orang yang sedang period ni.

Errie mempamerkan wajah tidak puas hati. "Mestilah marah. Bini pulang lewat takkan abang senyum je. Tengok pukul berapa dah sekarang ni. Lain kali kalau pergi kerja ke pulang dari kerja ke biar abang je yang hantar. Tengok sekarang dah lewat baru balik. Tak baik tahu tak perempuan balik lewat macam ni. Kalau ada perogol ke, perompak ke, penyamun ke.. macam mana? Abang juga yang susah. Kalau ada penjual organ pulak macam mana? Dia culik syafa lepas tu dia potong badan syafa lepas tu dia tarik jantung, hati, buah pinggang syafa lepas tu dia jual lepas tu......"

"Hish! Bising la! Lepas tu... lepas ni... penjual organ la, tarik jantung, hati la apa la. Orang penat la. Kalau nak tolong urutkan kaki aku yang sakit ni boleh jugak.. Ini.. pulang rumah je membebel tak henti-henti." Nah, ambik kau. Buat orang perempuan marah lagi.

Errie terloncat ke belakang mendengar teriakan syafa. Punyalah bersungguh-sungguh dia menasihati syafa dengan contoh-contoh dia lagi. Boleh pulak dia marah. Sabar je la dapat bini yang macam ni. Ini baru permulaan.

Syafa membolos masuk ke dalam rumah. Malas hendak melayan karenah Errie yang agak pelik baginya. Nak tidur. Mengantuk!

Syafa sudah diam kaku di atas katil. Dah tertidur la apa lagi.
Errie memulas tombol pintu bilik. Dia mencari-cari kelibat syafa.

"Aik... belum sampai 5 minit sampai dah tidur. Syafa... syafa..." Errie ketawa kecil. Penat sangat syafa ni agaknya. Pulang-pulang je kena bebel. Dah la naik bas.

ERRIE terjaga dari tidur. Dia teringatkan syafa. Malam ini turn syafa pula tidur di sofa. Errie menggosok-gosok matanya lalu memandang ke arah sofa. Syafa tiada di sofa. Terkejut juga Errie seketika, rupa-rupanya syafa sedang solat.

Setelah memberi salam, syafa menadah tangan. Agak lama syafa berdoa. Errie duduk bersila di katil sambil memandang syafa. Lama betul syafa berdoa. Entah apa yang didoanya. Errie memandang jam di sisi katil.

11:15 p.m

Kini syafa sudah melipat telekungnya. Errie ralit memandang syafa yang sedang mengikat rambutnya. Entah mengapa dia merasakan syafa cantik malam ini. Wajah syafa berseri-seri. Errie memejam matanya rapat. Dia membuka matanya kembali.

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now