BAB 36

8.6K 269 10
                                    

Nasib baiklah syafa mengantung kunci rumah di handphonenya, kalau tidak, terpaksa balik semula ke rumah Errie la jawabnya.

Rindu pula dengan rumah lamanya ini. Lama tidak pulang. Masuk sahaja ke dalam rumah, syafa menhenyakkan tubuh di sofa. Dia memandang siling. Terlayar semula peristiwa tadi ketika dia dikatakan jijik dan kotor.

Apalah nasib syafa apabila difitnah sebegitu rupa. Hatinya luluh, pedih, panas, sakit, terbakar, meletup kebabom. Sampai hati Errie menghina tanpa mengetahui kebenarannya. Syafa reda atas semuanya. Sebab itu dia tidak menceritakan perkara yang sebenarnya kerana dia yakin suatu hari nanti semuanya akan terbongkar. Perancangan Allah kan lebih baik. Kita hanya perlu berserah kepadaNya sesungguhnya Allah maha mengetahui atas segala sesuatu.

Air mata menitis lagi untuk kesekian kalinya.

"Hisy! Kenapalah aku nak menangis pasal ni." Syafa mengesat air matanya. Walaupun dia cuba untuk tidak menangis namun siapa yang tidak sedih bila dihina oleh suami sendiri pulak tu.

Handphone syafa berdering menandakan ada panggilan masuk. Apabila melihat nama si pemanggil, syafa menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, syafa jom keluar lepas tu berbuka sama-sama."

"Malaslah." Kata syafa.

"Alah, jomlah.. Kita tengok wayang, lepas tu kita iftar sekali. Nak tak? Aku belanja." Adam mencuba lagi. Bulan puasa ni kalau duduk rumah rasa nak tidur je. Lebih baik keluar jalan-jalan.

"Not interested. Dah la aku nak tidur. Penat." Kata syafa lagi. Tiada mood mahu tengok wayang. Orang tengah sedih Adam bawa pula nak bergembira. Tak ada mood!

"Kenapa dengan suara kau? Kau menangis ke?" Tanya Adam apabila mendengar suara syafa yang agak sarut dan sengau.

"Mana ada. Tak ada la." Kata Syafa menafikan. Tidak mahu membuat Adam risau apatah lagi punca pergaduhan Errie dan Syafa adalah disebabkan oleh Adam. Syafa tidak mahu Adam rasa bersalah.

"Kau jangan nak tipu. Kalau kau ada masalah, cerita kat aku. Jangan tanggung sorang-sorang. Manatahu la aku boleh tolong." Kata Adam. Kenal sangat dengan sikap syafa yang suka berahsia. Kalau tak tanya sampai bila-bila la syafa tak akan bagitahu. Nak kena paksa sikit baru nak buka mulut. Itulah syafa. Haih...

"Tekak aku kering la. Eh, tadi kau kata nak keluar kan, jomlah.. kesian aku tengok kau ni."

"Apa kata kau ajak Errie sekali baru best. Lagipun tak baiklah kalau kita berdua je keluar. Yelah, kau kan dah kahwin."

Syafa terkejut dengan cadangan Adam itu. Gila ke apa?

"Eh, tak payah."

"Kenapa pulak? kami boleh kenal-kenal." Kata Adam lagi. Ish gila betul cadangan Adam ni. Nak kenal-kenal konon. Errie tu dah cemburu dengan kau tahap gaban Adam. Jangan pandai-pandai kalau taknak hilang gigi.

"Err.. Dia busy. Lain kalilah. Biar aku je la teman kau keluar." Kata syafa terpaksa.

"Okay, tak apa la kalau macam tu." Kata Adam. Setelah mematikan talian, syafa masuk ke dalam bilik. Syafa baring di atas tilamnya sambil memandang siling.

Terpaksa la syafa memenuhi permintaan si Adam ni. Sebenarnya dia sengaja untuk menukar topik. Bukannya dia tidak kenal dengan si Adam. Selagi dia tidak tahu, selagi itulah dia paksa nak suruh cerita. Lastly, dia juga kena mengalah. Macam sekarang ni, terpaksa la syafa ikut kemahuan Adam.

************************

"Seronok kan cerita tadi. Sweet je." Kata Adam. Mereka berjalan beriringan menuju ke sebuah restoran kecil di situ memandangkan sekejap lagi masuk waktu berbuka.

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now