SYAFA sedang berjalan berhati-hati melintasi beberapa orang lelaki di kawasan itu. Sudah dua kali dia diganggu oleh beberapa kumpulan lelaki nakal.
Syafa melihat kumpulan lelaki itu. Takut juga dia jika dia diganggu untuk kali ketiga. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan setelah matanya bertaut dengan salah seorang lelaki dalam kumpulan lelaki itu.
' Aduh mati kau syafa.. siapa suruh gatal sangat mata tu nak tengok dorang.' Gumam syafa. Syafa kaget melihat lelaki itu sudah berjalan ke arahnya. Rakan-rakannya yang lain sudah mengalih perhatian kearah syafa setelah melihat rakan mereka yang tiba-tiba berjalan ke syafa.
Syafa berjalan dengan laju. 'Mati aku! Ish dah la jalan ni sunyi. Macam manalah aku boleh sampai kat sini'
Syafa mengeluh lega apabila dia sekarang berada di kawasan yang agak riuh dengan orang-orang sekeliling. Dia pun memperlahankan langkahnya. Namun langkahnya mati apabila kumpulan lelaki itu sudah mengelilinginya.'Mati aku.' Getus hatinya.
Sudah dua minggu mamanya mendesak dia untuk berkahwin. Isu umur dan isu gay juga yang ditimbulkan. Sudah banyak kali Errie menekankan yang dia bukannya gay. Namun ibunya tidak yakin terhadapnya.
Errie menghempas-hempas kepalanya perlahan di stereng kereta.
"Macam mana aku nak buktikan yang aku ni bukan gay?"
"Yes, jawapannya kahwin."
"Tapi dengan siapa?"
Sudah macam orang gila Errie berkata-kata sendirian di dalam kereta.
"Kalau nak kahwin dengan staf office, semua dah kahwin kut.." Errie mengeluh. "Tulah pasal.. tak nak kawan dengan perempuan.. sekarang kan dah susah."
"Okay aku tutup mata then, first perempuan yang aku nampak aku akan kahwin dengan dia. Okay!" Cadang Errie. Gila juga cadangan itu. Tapi dia sudah tidak kisah. Dia puas dengan desakan mamanya. Errie menarik nafas panjang-panjang dan perlahan-lahan menutup matanya. Macam budak-budak pulak dia berkelakuan seperti ini. Dia melakukan ini kerana terpaksa. Dia harus membuktikan yang dia tidak gay. Dan dalam masa yang sama dia akan membuat perjanjian dengan bakal isterinya itu. Sebab apa? Sebab pertama adalah dia tidak bersedia untuk menguruskan hal rumah tangga dan kerja. Disebabkan dia ni seorang yang kerja je memanjang, so, dia perlu bersedia untuk semua itu. Dan sebab kedua, dia perlu mencapai impiannya terlebih dahulu. Iaitu... menjadi CEO di syarikat abanya. Dia perlukan kepercayaan abahnya untuk dia mengendalikan syarikat. Setelah semuanya telah dicapainya barulah dia akan berkahwin. Tapi segalanya sia-sia kerana desakan ibunya yang tak henti-henti. So, perjanjian tu penting.
Setelah lama menutup mata, perlahan-lahan Errie membuka mata. Berdegup-degup jantungnya. Siapalah perempuan malang itu ya? Dia mengeluh. Satu perempuan pun takda yang lalu. Yang dia nampak hanyalah sekumpulan lelaki.
Baru sahaja Errie ingin menutup mata semula, di melihat sesuatu di hadapannya. Keningnya berkerut. Kelihatan seorang gadis sedang dikelilingi beberapa orang lelaki.
Takkan nak diam je kut. Tapi kalau dia nak bantu pun... uish ramai tu...
Errie mengira jumlah lelaki di hadapannya tidak jauh dari keretanya."Satu.. dua.. tiga.. empat.. li..ma.. Ramainya! Tapi kalau gadis tu kena rogol macam mana?" Errie berfikir-fikir.
"Ish lantak la!"
"Korang nak apa ni?" Syafa berlagak berani padahal dalam hati tidak putus-putus dia berdoa.
"Uish, garangnya." Kata salah satu lelaki dihadapannya. Lalu mereka semua ketawa jahat kecuali lelaki yang bertaut mata dengannya sebentar tadi. Lelaki itu hanya memandangnya. Pandangan yang sukar ditafsirkan oleh syafa. Berbeza dengan pandangan rakan-rakan lelaki itu. Pandangan jahat dan menakutkan.
Syafa menelan liur apabila salah seorang daripada mereka mendekatinya.
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
Roman d'amourDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...