BAB 3

13.9K 456 0
                                    

Syafa hanya memegang kuat tali pinggang keledar. Gila la lelaki ni laju betul lelaki ni bawa kereta. Tapi dimana ni? Ini bukan jalan menuju ke destinasinya.
Syafa menepuk dahi. Bodohnya aku. Kenapalah mudah sangat aku percaya dengan lelaki ni. Kalau lelaki ni ada niat lain macam mana? Walaupun dia tolong aku tadi tak bermakna dia ni baik sangat. Ular tetap ular, lelaki tetap lelaki.
Syafa memandang lelaki disebelahnya. Dia menelan liur sebelum bersuara.

"Pak cik.. ini bukan jalan yang saya selalu ikut tau.." Syafa menarik nafas panjang-panjang. Takut melihat wajah selamba lelaki disebelahnya memandu kereta.

"Err.. pak cik.. turunkan je la saya kat sini. Lagipun hujan dah berhenti turun dah ni" Kata Syafa. Cuba memancing lelaki disebelahnya namun hampa.
Dia tak hiraukan aku? Takkan dia dah niat dari awal dah? Oh my gosh!

"Pak cik!" Jerit syafa. Kelihatan Errie sudah tersenyum kecil.
Confirm dia ada niat tak baik dengan aku ni. Terasa pahit liurnya kala ini.
Errie sudah memberhentikan keretanya di bahu jalan.

"Eh kau pehal ni jerit-jerit hah? Tak habis-habis nak jerit" Geram sungguh dengan gadis disebelahnya ini. Tapi comel!
Melihat muka gadis ini seperti ketakutan lantas dia tersenyum. Dia sudah agak apa yang bermain di fikiran gadis itu saat ini. Dia meneruskan pemanduannya.
Syafa sudah hilang arah.
"Eh pak cik nak kemana ni? Jangan macam-macam dengan saya. Saya sepak kang." Kata syafa berani membuatkan tawa Errie pecah.

"Kau mampu ke lawan aku?" Syafa menelan liur mendengar kata-kata itu. Bertambah takut melihat senyum meleret Errie.
Syafa berdehem berlagak berani. Ingat aku takut sangat ke? Setakat kau seorang apalah sangat. Eleh yang tadi tu ramai memang la aku takut.

"Eh, ini syafa kirana lah. Ingat aku takut ke dengan kau yang langsung tak menakutkan ni. Badan besar gini je nak berlagak kuat? Huh! Piiii laaa!" Kata syafa agak berani. Sebenarnya syafa main hentam je cakap. Besar gini nak lawan. Abang sado ni.
Errie ketawa sinis. Oh Syafa kirana nama dia. Hm nice name. Syafa menelan liur. Baru sahaja Errie ingin berkata sesuatu, syafa terlebih dahulu memotong.

"Aku lompat ni kalau kau macam-macam. Lompat ni.. serius" kata syafa. Dia berpura-pura menunjukkan aksi ingin melompat keluar. Gila ka nak lompat betul-betul. Arwah aku. Melihat senyuman lelaki itu membuatkan dia gerun.

"Kita pergi mana ni?" Tanya syafa. Mahu menangis dia dibuatnya. Errie menjeling ke arah syafa sekilas. 'Nak nangis la tu.' Getus hatinya.

"Kau ni. Rileks la. Ini jalan shortcut la nak pergi rumah kau. Kalau nak ikut jalan yang kau selalu ikut tu, jammed la. Sampai subuh pun tak sampai-sampai"
Errie memandang wajah gadis itu sekilas. Ada riak tidak puas hati terpamer di wajah itu.

"Pak cik ni! Cakap la awal-awal. Buat orang sakit jantung je tahu tak?" Marah syafa. Kurang ajar betul la lelaki ni. Punyalah dia takut tadi.

"Kau takut ke?"

"Jangan banyak tanya boleh tak?"

"Uish garangnya." Seronok pula rasanya mengusik gadis di sebelahnya ini. Melihat syafa mencebik membuat dia ketawa.

"Pak cik apesal ni? Ketawa sorang-sorang ni? Dah tak betul eh?" Laju syafa berkata. Hairan dia dengan sikap lelaki ini.

"Eh, apasal kau panggil aku pak cik? Main hentam je panggil aku pak cik. Kau ingat aku tua sangat ke?" Hairan betul. Semua orang cakap Errie ni baby face, syafa je yang panggil dia pak cik. One in a million!
Syafa memerhati wajah Errie dengan kening yang berkerut. Memang la handsome tapi...
Errie sedar renungan syafa. Tidak senang duduk dia dibuatnya. Tiba-tiba tawa syafa pecah.

"So, pak cik nak cakap pak cik muda? Still study?" Kata syafa dengan tawa yang masih bersisa.
"Aduh, pak cik, meh sini syafa cakap sikit.." syafa sudah mendekatkan bibirnya di telinga Errie. Errie pula hairan dengan sikap syafa tapi dia tetap mahu mendengar apa yang syafa ingin katakan. Dia mendekatkan telinganya di bibir syafa. Nasib jalan ni kurang kereta, kalau banyak kereta guna jalan ni memang terbuang mereka berdua kena langgar kereta.

"Kalau tua pak cik, tua je laa.." kata syafa lantas menyambung ketawanya. Lucu betul la lelaki ni tau la muka tu putih nak mampus, kulit macam baby tapi tak payah la nak mengaku-mengaku muda. Mata aku ni setakat tengok cara berpakaian dah tahu umur berapa. Muka? Tak main la. Syafa menggeleng-geleng. Lawak betul!

"Kau agak-agak la umur aku ni berapa?" Tanya Errie.Hah! Yakin sangat aku tua ye.. Jaga kau.

"Hmm..." syafa berfikir-fikir. Syafa melihat lelaki disebelahnya. Muka macam muda tapi dari cara dia berpakaian.... syafa memegang dagunya. Tengah berfikir la konon.

"Around forty kut.." Teka syafa.

'Kurang ajar juga perempuan ni. Aku punyalah baby face macam ni kau kata aku empat puluh-an'
Getus hati Errie.

"Excuse me? Aku tak tua sangat macam tu okay!" Kata Errie sambil menjeling tajam.

"Dah tu?" Tanya syafa hairan. Aik, salah ke?

"Aku lahir tahun 1985. Hah kau kira la sendiri." Kata Errie malas

Syafa mengira-kira. Dahinya berkerut.

"30?" Tanya syafa meminta kepastian. Ye ke? Boleh percaya ke?

"Yalah! Tak percaya pulak." Geram sungguh Errie bila kena cakap tua.

"Muka pak cik err... muka kau memang la nampak muda tapi cara berpakaian ni. Ish lain la." Kata syafa dengan muka kebingungan Pak cik lagi.. Nasib sempat buat correction hehehe.

"Hm apa-apa je la." Malas Errie melayan karenah syafa. Errie sudah memberhentikan kereta di depan pintu pagar rumah syafa.

"Ini kan?" Tanya Errie.

Syafa melihat nombor rumahnya seraya mengangguk.
Baru sahaja Syafa ingin keluar dari kereta, Errie tiba-tiba bersuara.

"Tapi kan... saya belum kahwin tau.." kata Errie sambil memandang syafa. Nakal pandangannya.
Syafa menelan liur. Apa maksud lelaki ni? Tiba-tiba hujan turun lagi. Agak lebat berbanding tadi.

"Err pak cik eh... err encik... ah ya encik.. err terima kasih la hantar saya sampai rumah. Thanks." Kata syafa. Tindakan yang membuat syafa kaget tahap maksima apabila Errie semakin merapat.

"Err... encik..." panggil syafa.
"Jangan nak macam-macam dengan saya. Saya sepak kang hah koma encik tiga hari. Encik jangan main-main dengan saya."
Syafa sudah hilang sabar. Ish dia ni kalau aku dah hilang sabar memang aku tumbuk muka dia ni.
Syafa hairan melihat wajah Errie yang berkerut-kerut.

"Hah! Dapat pun!" Kata Errie.

Errie menunjukkan payung yang diambil di tempat duduk belakang. Bersusah payah dia mencapai payung tersebut yang kebetulan berada di belakang kerusi syafa.
Punyalah syafa malu. Perasan sangat yang Errie ni nak apa-apa kan dia. Ish!
Bukan Errie tidak tahu apa yang bermain di kepala otak syafa. Sengaja ja dia. Seronok nak usik syafa.

"Nah payung. Hujan tu lebat sangat." Kata Errie. Syafa mengambil payung itu seraya mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih." Ucap syafa ikhlas. Errie hanya mengangguk.
Apabila sudah memastikan syafa masuk ke dalam rumah, kereta Errie meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now