BAB 29

8.5K 278 3
                                    

Syafa duduk termenung di sofa. Bosan gila. Tak tahu nak buat apa. Seperti biasa dia merebahkan tubuh ke katil. Termenung lagi memandang siling. Sudah beberapa hari Errie meninggalkannya berseorangan. Rumah pun sunyi je.

Syafa mengeluh. Lain betul perasan bila berseorangan ni. Ada je yang tak kena. Rasa macam... rindu? Err.. tak, tak. Bukan.. kesunyian, yeah kesunyian!

Tiba-tiba wajah Errie pula muncul di depan mata. Syafa terkejut. Syafa menampar-nampar mukanya. Hisy, sejak bila pula pandai berangan ni. Syafa memandang siling semula. Wajah Errie lagi. Aduh....

Syafa memalingkan tubuh. Dia bertiarap sambil menutup mukanya dengan bantal. Seketika kemudian handphonenya berbunyi. Syafa melihat screen. Ergg! Kenapalah Errie je kat mana-mana.

Buat apa tu?

Terpaksa juga syafa membalas text Errie walau dalam hati berusaha untuk tidak mahu memikirkan soal Errie.

Takde. Baring2 je.

Punat send ditekan. Tiba-tiba senyum terukir. Best juga berchat dengan Errie ni. Selalunya tak pernah pula. Tunggu Errie out station dulu barulah dapat nak berchat-chat bagai. Err... rasa gedik pula.

Tak rindu aku ke?

Syafa telan liur ketika membaca mesej dari Errie. Rindu ke?

Dari meniarap, syafa mengubah posisi. Dia menghadap siling semula.

Syafa menaip sesuatu. Rindu.

Syafa ketawa apabila melihat perkataan tersebut. Gila ke nak cakap macam tu. Niatnya untuk memadam semula tetapi tidak tahu dimana silapnya, handphonenya terlepas dari tangan.

"Aduh!" Nasib kau la syafa handphone landing atas muka. Syafa menggosok-gosok mukanya kerana kesakitan. Apa tidaknya, handphone besar tu jatuh atas muka. Sakit tu doh. Syafa melihat semula screen handphone.

Send.

Terkejut beruk syafa. Alamak!!! Syafa sudah kaku. Rasa macam nak nangis pun ada juga. Macam mana boleh terhantar mesej ni.

Double tick.

Syafa mencampak handphonenya ke sisi. Dia berlari ke sekeliling bilik.

"Aahhh!!" Kemudian syafa melompat-lompat pula di atas katil. Syafa tidak sanggup untuk melihat handphonenya sekarang ni. Malunya tebal berinci-inci. Muka jangan cakap la. Macam lada masak dah.

Dia berguling-guling di atas katil. Macam mana ni? lagaknya seperti orang gila saja. Tolong!! Syafa menampar-nampar pipinya.

"Tolonglah cakap semua ni mimpi. Tolonglah.. "

Dengan nafas yang berat syafa memberanikan diri melihat semula whatsapp mereka. Syafa tidak mempedulikan rambutnya yang mengerbang itu.

Bluetick.

Syafa rasa nak pengsan masa tu juga. Maknanya Errie sudah baca. Ya Allah.. malunya. Dimana nak letak muka ni? Syafa masuk ke dalam selimut.

Tiba-tiba handphone syafa berdering menandakan ada panggilan masuk. Aduhai....Perlahan-lahan syafa mencapai handphonenya di sisi. Syafa menelan liur melihat nama si pemanggil.

Syafa mencampak handphonenya. Dia kaku. Tidak tahu mahu berbuat apa. Handphone syafa berdering lagi. Rasa macam nak nangis....

Terpaksa syafa menjawab juga panggilan keramat daripada Errie.

"Assalamualaikum." Errie memberi salam.

"Wa..waalaikum.. ss..salam." Adeh.. baru nak jawab salam pun dah terkumat-kamit.

"Err.. Errie aku mengantuk la. Nanti la kita sembang-sembang." Kata syafa pula. Gila kau. Malu gila sekarang ni.

Errie diam. Aduh.. dia ni dah kenapa pula. Syafa seperti cacing kepanasan.

"Betul ke?" Tanya Errie. Suaranya berubah 360°. Syafa telan liur.

"Betul.. betul aku mengantuk sekarang ni." Kata syafa. Dia mahu menghabiskan perbualan ini secepat mungkin.

Errie diam lagi. Aduh.. benci betul macam ni. Baru sahaja syafa mahu mengucapkan salam, Errie kembali bersuara.

"Betul kau rindukan aku?" Suara Errie sudah berubah nakal. Syafa menggigit bibir. Mak aih...

"Hah? Oh.. err.. haah, aku rindu gila dengan kau. Aku rindu nak bergaduh, nak sepak kau, nak tarik rambut kau. Hahaha." Syafa mencipta pembohongan. Ketawa pula sengaja dibuat-buat. Mati aku. Getus hati syafa.

"Penipu." Kata Errie pula. Ringkas tapi menusuk kalbu. Syafa mengeluh.

"Betul la. Aku bosan gila kat sini. Kalau ada kau boleh ajak gaduh." Kata syafa cuba untuk meyakinkan Errie yang dia tidak merindui Errie sebab dia suka dengan Errie tapi sebab bosan.

"Malu-malu pulak. Cakap je la rindu nak tengok muka aku yang cute ni. Nak malu buat apa? Suami kau juga kan. Tak ada apa-apa yang nak dimalukan antara suami isteri ni." Kata Errie. Padahal dia sendiri malu juga dengan syafa. Pandai nak cakap je. Haha

Syafa rasa macam nak muntah. Siapa la yang rindu nak tengok muka dia yang... cute? Hm memang cute pun. Tak dapat dinafikan wajah Errie lebih kepada comel berbanding kacak. Mungkin sebab lesung pipi di kedua belah pipi dia kut. Entahlah..

"Perasan." Kata syafa perlahan. Tapi syafa yakin Errie dengar apa yang syafa cakap tadi apabila mendengar Errie ketawa kecil.

"Errie, boleh tak aku nak keluar kejap." Kata syafa berhati-hati. Memandangkan Adam sudah keluar dari hospital, syafa mahu keluar dengan Adam untuk membeli makanan berbuka puasa nanti. Malas nak pergi bazaar. Ramai sangat orang. Lagi bagus kalau masak sendiri. Bukannya susah. Ye kerr tak susah.. Maggie pun hentam je nak masak.

"Buat apa?"

"Nak beli barang dapur. Nanti aku iftar Maggie lagi kau juga bising." Betul juga kan? Errie ni kalau bab-bab nasihat dia la nombor satu.

Errie diam. Berfikir mungkin.

"Kau keluar seorang je ke? Kalau seorang aku tak benarkan. Kalau jadi apa-apa aku juga yang susah." Risau Errie bila syafa keluar sorang-sorang.

"Tak. Aku keluar dengan Adam."

Hati Errie rasa panas dengar nama tu. Sikit-sikit Adam. Hisy! Menyampah.

"Tak ada kawan lain ke selain dia? Perempuan?" Tanya Errie.

'Tak boleh jadi ni. Aku setengah mati merindu, dia boleh pula keluar dengan Adam.' Hati Errie berbisik. Geram sungguh.

"Tak ada. Lagipun aku dah lama tak jumpa dia. Rindu sangat kat dia." Lebih kurang sebulan kut syafa tak jumpa Adam. Sahabatnya dari dulu. Dia dah anggap Adam sebagai abangnya. Hanya Adam tempat dia berkongsi suka dan duka.

Errie semakin panas. Boleh dikatakan Errie cemburu? Errie masih menafikan yang dia sedang cemburu. Dia cuba mengawal perasaan. Kalau Adam boleh pula mengaku rindu, yang aku ni tak ada pula. Rindu nak bergaduh ada la. Hisy, tak patut!

"Bolehlah.. please.." Mendengar suara syafa, sejuk pula hati Errie. Seganas-ganas syafa dengan Errie, syafa masih meminta izinnya. Walaupun Errie melihat syafa masuk telinga kanan keluar telinga kiri semasa Errie memberi pesanan panjang lebar sebelum pergi, nampaknya syafa sedang mendengar. Cuma wajahnya sahaja dibuat-buat tak endah. Comel la syafa ni.

"Hm.. pergilah. Tapi jangan lama-lama. Kalau dah gerak bagi tahu. Kalau balik pun bagi tahu juga, okay? Jaga mata, jaga hati." Kata Errie sebelum menamatkan perbualan. Syafa tersenyum senang. Dapat juga keluar. Yes!

Syafa menghubungi Adam. Setelah mendapat kata putus dari Adam, syafa berjalan menuju ke bilik mandi.

"Jaga mata, jaga hati? Hmm.. maksudnya apa, eh?" Syafa kurang faham maksud Errie. Apa-apa je la... Dengan senang hati, Syafa menyanyi kecil ketika membasahkan tubuh.

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now