Syafa baru sahaja pulang daripada birthday party rakannya, Tika. Oleh sebab jarak rumah syafa dan Tika hanya 1 km, maka syafa mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Jam juga sudah sampai ke angka 8:30 malam.
Semasa dalam perjalanan, syafa rasa seseorang sedang mengikutinya. Syafa mempercepatkan langkah. Dalam hati dia tidak putus-putus berdoa. Apabila merasakan orang itu turut mempercepatkan langkahnya, Syafa sudah mula berlari. Namun apalah kudratnya apabila orang itu lebih cepat daripadanya.
Dia menarik syafa masuk ke dalam semak. Orang itu sudah menindihnya sekali gus mengunci pergerakan syafa.
"Tolong!!!" Syafa teriak meminta tolong. Oleh sebab kawasan itu agak sunyi, sangat mustahil orang dapat mendengarnya.
Lelaki itu sudah mengoyakkan baju syafa dengan kasar. Bahagian dada syafa sudah terdedah. Air mata syafa sudah berjuraian.
"Lepaslah!" Syafa berusaha menolak lelaki tersebut. Namun, hampa.
Kelihatan lelaki itu sedang membuka tali pinggangnya. Syafa sudah tidak terdaya lagi untuk menolak. Cuma mulutnya sahaja tidak henti-henti meminta tolong. Kini, dia hanya mampu berdoa sahaja.
"Syafa... Bangun."
Syafa tersedar seraya bangun dari baringnya. Errie hairan melihat syafa. Tidak pernah sama sekali dia melihat syafa mengigau semasa tidur.
Keadaan syafa masih sama. Dia bernafas dengan kuat. Dia takut. Dia resah. Tidak sangka kejadian itu masih menghantuinya setelah sekian lama dia cuba untuk melupakannya. Sudah lama syafa melupakan kejadian itu, namun ia datang semula.
"Mimpi buruk?" Soal Errie. Risau juga dia melihat syafa yang terdiam kaku itu.
Syafa hanya mengangguk bagi menjawab pertanyaan Errie. Fikirannya kosong.
"Dah, jom solat. Mimpi je tu. Subuh dah nak habis dah ni." Kata Errie lalu berjalan ke tempat solatnya.
Syafa sudah masuk ke alam nyata. Lantas dia beristigfar. Boleh pulak dia lupa nak solat. Dia melihat jam. Ya Allah!
"Kejap! Aku ambil wudhu dulu. Kita solat sama-sama." Kata syafa lalu bergegas ke bilik mandi.
Selesai sahaja mengambil wudhu, mereka solat berjemaah. Usai sahaja solat, Errie mengambil Al-Quran lantas membacanya. Syafa hanya duduk di sofa sambil mendengar Errie mengaji. Hatinya tenang sedikit. Rupanya pandai juga Errie bertaranum.
Setelah itu mereka keluar untuk bersarapan. Errie makan dengan berselera. Hampir 30 minit juga dorang mencari restoran Melayu kat situ. Akhirnya dorang jumpa jugak restoran melayu. Rindu nak makan makanan Malaysia. Wuhu!
Sedari tadi syafa hanya menguis-kuis nasi lemak di pinggannya. Langsung syafa tidak menjamahnya. Errie sedar dengan sikap syafa berubah 360° sejak tadi pagi. Biasanya syafa bukan main banyak mulut lagi tapi kali diam seribu bahasa pulak."Tak nak makan ke?" Soal Errie setelah melihat syafa yang langsung tidak makan. Asyik dengan sudu je.
Syafa diam. Sebenarnya syafa sedang melayan perasaannya yang sedang berkecamuk. Masih terbayang-bayang mimpi yang menghantuinya tadi.
"Masih teringat-ingat mimpi tadi ke?" Tanya Errie lagi. Walaupun Errie tidak tahu apa yang syafa mimpi sehingga membuat syafa diam seperti ini.
Syafa diam lagi.
Errie memuncungkan bibirnya. Sampai hati syafa tidak melayannya.
"Tengoklah nasi lemak tu sampai kenyang." Errie mula buat perangai. Merajuk ke apa ni?
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...