BAB 40

10.2K 314 12
                                    

   Syafa singgah sekejap di supermarket untuk membeli sesuatu.

"Err.. Hai?"

  Syafa yang asyik membelek-belek bungkusan maggie (maggie itu wajib haha xD) terus berpusing menghadap si empunya suara.

"Remember me?" Tanya lelaki itu. Syafa cuba mencerna wajah lelaki dihadapannya ini. Siapa pula ni? Tiba-tiba nak menegur. Buat orang terkejut je. Tapi macam kenal je. Eh.. kejap, kejap..

"Haikal ke? Yang duduk satu flight hari tu?" Syafa sudah ingat sekarang. Tapi rasanya ini bukan kali kedua mereka berjumpa. Kat mana syafa pernah melihat lelaki ni ya?

"Yes. Saya ingatkan awak tak ingat saya. Beli apa?" Tanya Haikal. Matanya tepat memandang Maggie di tangan syafa. Laju syafa meletakkan semula Maggie tersebut. Aduh, buat malu je.

"Err.. tak ada beli apa-apa pun. Saja jalan-jalan." Kata syafa. Tidak selesa dengan keberadaan Haikal, syafa terus meminta diri.

"Saya balik dulu la ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Eh, awak balik dengan siapa?" Tanya Haikal tiba-tiba.

Soalan ni macam kenal sangat. Mesti nak tolong hantarkan. Macam syafa tidak biasa dengan soalan sebegitu.

"Seorang je. Tak apa saya boleh balik sendiri." Belum sempat Haikal berkata, syafa sudah memberi kata putus. Fikiran apa syafa ni? Belum cakap pun dah tahu. Hebat, hebat.

"Tak apa. Biar saya hantar. Tak baik gadis balik sorang-sorang. Jom."

  Syafa dah agak dah. Nak tolak pun dah tak guna. Haikal sudah berjalan dihadapannya. Syafa mengeluh tapi kakinya tetap mengekori langkah Haikal.

"Kenapa jalan sorang-sorang. Suami awak mana?" Tanya Haikal semasa mereka berada di dalam kereta. Oh.. ingat lagi dengan Errie rupanya.

"Err.. dia sibuk sikit." Tipu syafa. Takkanlah nak beritahu yang mereka sedang bergaduh. Ya Allah, ampunilah aku kerana menipu di bulan yang mulia ini.

Haikal hanya mengangguk. Dia fokus memandu. Seketika kemudian mereka hanya berdiam diri.

"Awak tinggal kat kawasan ni ke?" Tanya Haikal memecahkan kesunyian.

Dah syafa bagitahu ini jalan ke rumahnya, memang la syafa tinggal kat kawasan ni. Haikal ni pun satu.

"Ha'ah." Jawab syafa ringkas.

"Sunyinya." Kata Haikal lagi. Yang ini syafa setuju. Kawasan perumahan tempat tinggalnya memang agak sunyi. Tak tahulah kenapa. Nak kata tak ada orang tinggal, rasanya rumah semuanya full.

"Eh, kenapa tu?" Haikal menunjuk ke arah semak-samun. Syafa juga turut memandang ke arah semak yang dimaksudkan.

Haikal memperlahankan keretanya. Seorang perempuan sedang di tarik masuk ke dalam semak. Tiba-tiba teringat pula kejadian beberapa tahun lalu. Rasanya ini adalah tempat yang sama syafa di tarik oleh seorang lelaki.

"Haikal..." Syafa memandang Haikal. Faham dengan pandangan syafa, Haikal memberhentikan keretanya. Haikal keluar dari kereta untuk menolong perempuan yang di tarik ke semak samun itu. Syafa juga memberanikan diri untuk keluar. Perempuan itu harus diselamatkan. Dia tahu dan faham perasaan perempuan tersebut.

  Terkejut syafa apabila Haikal dan lelaki tersebut bergelut. Tumbuk sana tumbuk sini. Syafa bergegas ke tempat perempuan tersebut. Yang ini lagi mengejutkan. Perempuan itu ialah Dayana! Dayana menangis teresak-esak. Pakaiannya koyak rabak. Dah la seksi, pakaian pun koyak, macam tak pakai baju pula.

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now