Dahlia berlari ke arah pintu sekolah kerana jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 7:28 pagi . Larian Dahlia terhenti apabila tiba di hadapan pintu sekolah. Pengawas yang bertugas di pintu pagar pantas mencatat nama Dahlia kerana dia sudah pun lewat.
Dahlia masuk ke dalam perkarangan sekolah bersama-sama dengan beberapa orang pelajar lewat selajn daripada dia. Oleh disebabkan dia datang lambat, dia terpaksa duduk bersama barisan pelajar lewat. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki datang dan duduk disebelahnya. Dahlia menoleh dan kemudian dia menjeling lelaki itu.
" Pahal kau nak jeling-jeling aku, bukan aku yang nak duduk sini, pengawas tu lah yang suruh " beritahu lelaki itu lalu membetulkan duduk berselanya.
Dahlia menoleh ke sebelah semula. " Aku tiada mood lah nak gaduh dengan kau hari ni" jawab Dahlia malas.
" Siapa nak gaduh dengan kau, kau yang mula dulu " balas lelaki itu lagi.
" okayy fine sorry sebab jeling kau " Dahlia meminta maaf dengan cara yang tidak ikhlas.
" eleh kalau tak ikhlas tak payah lah nak sorry-sorry bagai" perli lelaki itu dengan selamba.
" Dahlia Nasuha!! Zuhdi Arfan!! Senyap!! " tegur seorang guru dari atas pentas. Beliau baru beberapa minit sahaja memberikan ucapan mula menegur mereka berdua dengan tegas. Dahlia dan Zuhdi hanya tersenyum seperti kerang busuk kerana ingin menutup malu apabila ramai pelajar mula tertunpu pada mereka berdua.
" kau lah ni punca! " bisik Zuhdi yang mula tidak puas hati pada Dahlia.
" Eh kau aku pulak kau lah " balas Dahlia seperti tidak ingin mengalah.
" Saya kata senyap!!! " herdik guru itu lagi. Satu sekolah mula senyap apabila guru itu mula meninggikan suaranya. Dahlia dan Zuhdi tersentak.
" Saya bagi ucapan kat depan ni dengar laa!! " Tambah guru itu lagi dengan nada yang tegas.
" Lepas perhimpunan saya nak kamu berdua stay di sini " pesan guru itu lagi.
Dahlia dan Zuhdi mengeluh. " punca lah kau ni " marah Zuhdi dengan separuh berbisik.
Selepas perhimpunan..
" Kau lah ni punca. Dah satu kerja aku kena sapu semua sampah ni " ujar Zuhdi dengan nada marah.
Dahlia meletakan plastik sampah tersebut di atas timbunan daun yang baru di sapu oleh Zuhdi.
" aku pulak, aku dah mintak maaf kan, kau nak apa lagi. Lagipun aku jeling sikit, tu pun nak marah " ujar Dahlia sambil menjeling Zuhdi .
" Disebabkan kau la aku kena jadi makcik cleaner " tambah Zuhdi lagi tanpa menghiraukan alasan Dahlia.
" kau ni boleh diam tak, buat jela kerja tu asyik membebel je " bentak Dahlia pula apabila Zuhdi masih menyalahinya .
Zuhdi meletakan penyapu tersebut lalu membaling timbunan daun itu ke arah Dahlia.
Dia terkejut dengan balingan yang dibuat oleh Zuhdi." kau dah kenapa gila ?! " balas Dahlia sambil membaling semula timbunan daun itu pada Zuhdi.
" Dahlia , Zuhdi ikut saya pergi jumpa pengetua sekarang " panggil guru yang memarahi mereka beberapa minit tadi.
Dahlia dan Zuhdi berhenti membaling daun-daun itu lalu mengekori guru tersebut ke bilik pengetua. Dalam perjalanan ke bilik pengetua sempat lagi mereka bertepuk tampar dibelakang guru tersebut.
Di bilik pengetua..
" Kamu tahu kan kesalahan kamu berdua ? " soal pengetua itu dengan tegas. Mereka berdua mengangguk sambil menundukkan wajah memandang lantai.
" kesalahan kamu ada tiga , satu datang lambat , dua berbual ketika guru berucap dan ketiga kamu bergaduh , apa nak jadi dengan kamu berdua ni " pengetua itu mula menepuk mejanya.
Dahlia dan Zuhdi tersentak. Mereka tidak berani untuk bertentang mata dengan pengetua. Walaupun bilik ni ada penghawa dingin, tapi tetap ada juga peluh yang mengalir kerana takut.
" saya tiada pilihan lain kamu berdua digantung sekolah selama seminggu " tambah pengetua itu sambil tangannya menanda tangan di 2 helai borang.
" but daddy jangan lah macam ni, Suha tak salah dia yang salah? " rayu Dahlia sambil menunjuk ke arah Zuhdi.
" Asal aku pulak ? Dia uncle , dia yang mula dulu " balas Zuhdi dengan bersemangat.
" Sudah ! Daddy tiada pilihan lain kamu ni asyik bergaduh je. Tak boleh ke bertolak ansur dan berdamai sikit " marah Tuan Azman dengan tegas.
Tuan Azman ialah pengetua sekolah Dahlia dan ayah kepada Dahlia. Dahlia dan Zuhdi terdiam.
" Tapi daddy, kenapa sampai gantung sekolah ? Seminggu pulak tu. Daddy boleh je kan denda kitaorang " soal Dahlia seperti tidak puas hati.
Tuan Azman memandang ke arah anak gadisnya itu. " Daddy pengetua ke atau Suha pengetua ? " balas Tuan Azman . Dahlia terdiam dan Zuhdi sedaya upaya untuk menahan ketawanya.
" Uncle akan memaklumkan perkara ni pada papa kamu yang kamu digantung sekolah " beritahu Tuan Azman.
Tuan Azman mencapai telefon telekom yang berada disebelahnya dan nombor Tan Sri Zuhadi didail dan Tan Sri Zuhadi juga merupakan bapa kepada Zuhdi dan merupakan kenalan rapat Tuan Azman.
"Asalamualaikum , Adi ni aku Azman. Aku nak cakap yang anak kau ni di gantung sekolah, dia dan anak aku si Nasuha tu bergaduh lagi, hahaha biasa la tu budak-budak, tak lama seminggu je, baik terima kasih " Tuan Azman meletakan ganggangan telefon.
" Daddy tiada pilihan lain, ni suratnya. Sebagai ganti kamu berdua boleh masuk ke kelas, kerja yang tertunda tadi biar pekerja sekolah yang buat. Kamu boleh balik ke kelas " arah Tuan Azman.
Dahlia dan Zuhdi keluar dari bilik pengetua dengan malas.
****
thank youuu
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...