Bab 41

10.1K 377 19
                                    

" kau pahal termenung wei , ingat arwah Iqie ke ? " tebak Iman membuatkan mood termenung Dahlia hilang . " ish kau ni man " marah Alia . Iman hanya menayangkan muka selamba . " aku okay laa " beritahu Dahlia cuba untuk berlagak selamba .

" kau kalau ada prob story jela dekat kita orang , in sha allah kita orang akan tolong " pujuk Iman . Dahlia menghadiahkan senyuman hambar . " jom ah tukar baju sukan lepasni kan ada latihan merentas desa " ajak Alia sambil mengeluarkan baju sukan yang dibawa dari rumah .

" hm okay " begitu juga dengan Dahlia . " aku tunggu kat sini au " Iman kembali duduk ditempatnya . Alia dan Dahlia pula menuju ke bilik rehat untuk menukar baju sukan . Usai menukar pakaian , mereka kembali ke kelas . Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 berkumpul di padang untuk diagihkan kumpulan .

Selepas mengagihkan kumpulan , kumpulan pertama dilepaskan menuju ke keluar sekolah lalu berlari di taman perumahan yang berdekatan , begitu juga dengan kumpulan yang seterusnya . Dahlia , Alia dan Iman berlari bersama . Lima belas minit berlalu mereka bertiga masih bersemangat .

Dua puluh minit berlalu , Dahlia tertinggal agak jauh dari Alia dan Iman . Dahlia berhenti seketika Afiq yang berada dibelakang Dahlia dari tadi menghampirinya . " awak okay ? " soal Afiq . Dahlia hanya tersenyum hambar sambil berkata " saya okay " . Kepala Dahlia terasa pening , dalam sekelip mata pandang nya menjadi kabur dan gelap .

****

Dahlia cuba membuka matanya perlahan . Dahlia cuba mentafsir imej sekeliling . Bilik . Siapa bawa dia balik rumah ? . Minyak wangi ni ? Minyak wangi Zuhdi , ya memang dia . Zuhdi masuk ke dalam lalu menghampiri katil Dahlia . " dah bangun ! Makan ubat ni ! " arah Zuhdi masih dingin .

Dahlia perlahan - lahan bangun lalu menyandar di bantal yang berada di kepala katil . " camne saya ada dekat sini ? " tanya Dahlia takut - takut . " pihak sekolah call aku kata yang kau ni pengsan , aku yang bawak asal kau ingat Iqie ke yang bawak kau " sindir Zuhdi sambil menghulurkan dua biji pil ke arah Dahlia .

Muka Dahlia berubah apabila Zuhdi masih sebut nama arwah Iqie . Dahlia diam lalu mencapai pil itu . " awak masih marahkan saya lagi ke ? " soal Dahlia berani . Zuhdi terdiam . " dah kau makan ubat ni , aku nak masuk kerja balik , duduk rumah takpayah nak merayau ajak Iqie kuar la ape la " pesan Zuhdi dengan nada tegas .

Dahlia meletakkan ubat yang diberi oleh Zuhdi didalam dulang yang disediakan setelah Zuhdi meloloskan diri dari biliknya . Zuhdi masih marah ape nak buat ? Adu dekat abang Mal memang tak ah . Dahlia kembali menyelubungi diri menggunakan selimut yang tebal . Argh baik tidur .

****

Zuhdi menutup semula fail - fail yang diterima nya pagi tadi . Hati nya tak tenang asyik memikirkan Dahlia . Dia okay ke ? Jujur dari hati dia rindu sangat - sangat dengan Dahlia .
Ego yang menguasai dirinya sekarang ini . Bila difikirkan balik , dia tetap marah dengan Dahlia .

Tetapi perasaan rindu lagi tebal menyelubungi hati nya . Zuhdi termenung ke arah bingkai gambar sekitar majlis perkahwinan mereka . Zuhdi tersenyum kecil apabila teringat aksi telatah comel Dahlia . Dahlia Nasuha . Gadis pertama yang menambat hatinya sangat dalam .

Iqie . Apakah yang dibuat olehnya sampai Dahlia asyik ingat tentangnya ? . Bagaimanakah untuk menambat semula hati Dahlia supaya dia melupakan Iqie dan kembali kepada Zuhdi ? Ataupun beri Dahlia peluang ? Taknak . Ya ego lelaki memang kuat . Aku rindu dia .

****

Zuhdi masuk ke dalam kondo setelah seharian meninggalkan  isteri tersayang di rumah seorang diri . Gelap . Zuhdi membuka langkah menuju ke bilik nya . Uwekk ! . Bunyi itu datang dari mana ?
Uwekk ! . Lagi sekali bunyi itu datang . Yaa datang nya dari bilik Dahlia . Zuhdi segera melangkah ke bilik Dahlia .

Setelah tiba , mata nya meliar mencari figura isterinya . Bilik air isterinya di tuju . Kelihatan Dahlia terduduk lemah di bawah singki . Dengan muka yang pucat , badan yang agak susut dan rambut yang serabai . Ya Allah , adakah aku sudah mengabaikan isteri aku terlampau teruk ?

Dahlia tersenyum hambar atas kehadiran Zuhdi didalam biliknya . " awak dah balik ? Maafkan saya sebab menganggu awak dengan bunyi saya punya muntah " Dahlia cuba meminta maaf . Zuhdi menghampiri Dahlia , apabila Dahlia menunjukkan tanda-tanda untuk pengsan . Zuhdi mempapah Dahlia menuju ke katil .

" awak ? " Dahlia menarik tangan Zuhdi supaya jangan keluar dulu dari bilik ini . Zuhdi menoleh , " tolong jangan pergi duduk sini dulu saya nak cerita sikit , please ~ " Zuhdi akur lalu duduk disebelah Dahlia . " pertama sekali , saya mintak maaf sebab menyusah kan awak , saya tahu awak masih marah dengan saya pasal tempoh hari ,

Saya tak berniat pun nak buat awak marah saya supaya awak bencikan saya , dan saya tak berniat langsung nak bagi awak fakehope , jujur nya saya taknak cerita pasal arwah Iqie dekat awak " terang Dahlia panjang lebar . Zuhdi mula tertarik dengan apa yang Dahlia ceritakan . " arwah Iqie ? " soal Zuhdi semula . Tak percaya .

" ya arwah Iqie , dia dah meninggal dunia awal tahun lepas sebab kanser otak , saya nak bagi tahu awak tapi awak tak bagi saya peluang , sebab masa tu awak marah sangat saya tak berani nak bercakap , dan pasal saya cintakan Iqie tu memang betul tapi dulu , masa dia hidup , sekarang ni dia dah takde cuma perasaan rindu dan sayang masih ada ,

Sekarang ni saya ada awak , bila awak kata awak cintakan saya sebelum awak marah haritu , saya cuba untuk membalas semula cinta awak , tetapi tak sangka kita akan jadi macam ni , saya nak mintak maaf sangat-sangat sebab buat awak marah dan cemburu saya tak berniat langsung ,

Tolong la jangan buat saya macam ni , saya tak boleh bila awak tiada disisi saya , ya saya tahu Allah selalu ada disisi umatnya , tapi saya rasa lain bila awak tak de , rasa ada benda hilang iaitu awak " airmata jernih mula mengalir di pipi Dahlia . Ya Allah aku dah buat isteri aku menangis .

Dahlia mencapai tangan Zuhdi . Lalu mencium tangan Zuhdi lama . Terasa setitik airmata ditangan nya . Mula terbit rasa kesian . " saya nak mintak ampun dekat awak atas segala dosa saya dekat awak , awak tolong maafkan saya , saya janji tak akan fikir pasal lelaki lain lagi selain awak ,

Tolong jangan buat saya macam ni lagi saya terseksa awak tahu tak , saya sayang awak da . . da . . dan saya tak nak awak ceraikan saya , saya mohon sangat - sangat " kini Dahlia menangis dengan sendu sedan yang berbaki . Zuhdi mula sejuk hati , perasaan marah terhadap Dahlia makin hilang sedikit demi sedikit .

Zuhdi menarik Dahlia dalam pelukan nya . Kepala Dahlia kini berada di dada bidang milik Zuhdi . " sayang shh ~ , abang dah lama maaf kan sayang , abang nak mintak maaf juga sebab buat sayang macam ni , abang takde niat pun nak buat sayang macamni

Kalau sayang nak tahu , abang lagi terseksa , abang rindu sangat dekat sayang , rindu nak tengok muka manja  sayang , rindu nak peluk sayang , rindu segala nya tentang sayang , abang janji tak akan marah sayang lagi , cukup la ini yang terakhir " Zuhdi mencium ubun - ubun Dahlia dengan penuh sayang .

Zuhdi merapatkan dahi mereka bersama , kini jarak mereka amat lah dekat , hati Dahlia mula berdegup laju . " dan abang rindukan ini juga " lantas bibir Zuhdi mengucup bibir milik Dahlia , lama . Dahlia turut membalas ciuman itu .

Vote and comments
Thanks

****

asalamualaikum , hey awak semuanya , raya dah nak dekat , so sis disini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA !! , maafkan sis jika sis ade buat salah dekat korang semua , even kita tak kenal , sis nak mintak maaf sebab selalu sangat lambat update huehue .

Bab kali ni panjang sikit , sis harap korang suka laa ya , maaflah sebab ade sense babak ciuman tu , alaa normal laa kan laki bini huehue . Sis harap korang sabar menunggu hingga story ni habis  ^^  . Selamat beraya ya guys .

HAPPY EID MUBARAK !

Kiss and hug
Aby ;)

Senior Itu Aku Punya! Where stories live. Discover now