Bab 35

10.4K 423 6
                                    

Tuan Azman > Datuk Azman
Bapak Dahlia ada title Datuk ya kawan-kawan 😁

****

Tan Sri Zuhadi masuk ke dalam wad bersama Doktor Ilyas . Kelihatan Zuhdi berdiri sayu disebelah katil Datuk Azman . Tan Sri Zuhadi menghampiri nya . " kenapa ni ? " soal Tan Sri Zuhadi yang kelihatan risau melihat wajah sedih anak nya itu .

Zuhdi hanya diam . Doktor Ilyas mengechek badan Datuk Azman . Doktor Ilyas mengechek nadi Datuk Azman . Ternyata tidak bergerak . " innalillah " ucap Doktor Ilyas lalu menutup semula seluruh badan Datuk Azman . Tan Sri Zuhadi mula sebak apabila lihat Zuhdi yang sedang menahan air mata dari keluar .

" tabah kan hati ya nak " Tan Sri Zuhadi mengusap -  usap belakang anak nya itu untuk menyalurkan semangat . Dia tahu anak nya sudah banyak membantu keluarga besan nya itu . Dan banyak dugaan telah diterima nya dalam usia semuda ini .

" kenapa ni bang ? " soal Puan Sri Qarina yang baharu sahaja masuk kedalam wad bersama Dahlia kerana disuruh oleh Doktor Ilyas . Dahlia pandang sekilas ke arah katil Datuk Azman . Dahlia pantas menghampiri katil milik bapa nya itu .

Air mata kian bertakung di tubir mata . Dan akhirnya menitis jua . Zuhdi menghampiri Dahlia , dia menarik Dahlia dalam pelukan nya , kepala Dahlia berada di dada sasa milik Zuhdi . Pelukan itu amat kemas dan membuat kan Dahlia tidak mampu menepis .

" daddy dah tak de " Zuhdi kelihatan tenang . Semakin lama semakin kuat tangisan Dahlia . Badan Dahlia sedikit terenjut - enjut menahan sedan . Tan Sri Zuhadi dan isteri nya kelihatan sebak lalu menapak keluar dari wad untuk memberi ruang kepada mereka berdua .

" ke . . ke . . kenapa daddy tin . . tinggalkan Suha kenapa " Dahlia sedikit gagap akibat kesan dari tangisan nya tadi . Zuhdi semakin sebak . Tangisan Dahlia makin lama makin laju . Zuhdi memegang kedua - dua belah pipi Dahlia supaya mata nya tertunpu ke arah mata Zuhdi .

" walau apa - apa pun , saya akan sentiasa ada bersama awak , saya janji saya tak akan tinggalkan awak , saya akan jaga awak selama saya masih bernafas " Zuhdi bercakap dalam nada yang serius . Dahlia kian sebak air mata nya mengalir perlahan - lahan jatuh ke pipi .

Ibu jari Zuhdi pantas mengelap air mata Dahlia yang kian banjir di muka milik Dahlia . Lalu menarik Dahlia didalam pelukan nya . Badan Zuhdi terasa berat dan terasa Dahlia tidak bergerak dalam pelukan nya , tangisan nya pun sudah berhenti .

Perlahan Zuhdi meleraikan pelukan nya untuk melihat wajah Dahlia . " em , boleh pulak dia tidur haih " Zuhdi mula mengangkat Dahlia lalu baring kan nya ke sofa yang berdekatan dalam wad itu . Wajah Dahlia dipandang sekilas . Mata Dahlia kian bengkak akibat menangis .

Mata dan hidung nya kelihatan merah . Jari nya mula mengelap sisa air mata Dahlia . Terbit perasaan sayang di dalam dada nya . Tidak sangka budak secomel Dahlia setabah ini apabila menerima dugaan yang berat . Zuhdi bangga dengan sikap isteri nya itu . Perlahan dahi Dahlia dikuncup nya . Lalu meninggalkan Dahlia tidur disitu bersama Datuk Azman untuk kali terakhir .

****

Dahlia masuk ke bilik nya selepas acara tahlil Mia dan Datuk Azman habis . Semua tetamu sudah pulang ke rumah kecuali Tan Sri Zuhadi dan isterinya . Zuhdi menapak masuk ke dalam bilik Dahlia , pintu bilik diketuk tetapi tiada sahutan dengan perlahan Zuhdi membuka pintu bilik Dahlia lalu masuk kedalam .

Mata nya melilar mencari kelibat isteri nya itu . Kelihatan Dahlia menangis sambil memeluk gambar Datuk Azman sekeluarga di tepi katil . Esakan Dahlia sangat halus , dengan segera Zuhdi menuju ke arah Dahlia . Zuhdi duduk disebelah Dahlia sambil tangan nya memaut bahu isteri nya .

" jangan la menangis lagi , daddy dengan Mia mesti sedih kalau tengok awak macam ni " pujuk Zuhdi dengan nada suara yang agak lembut . Dahlia mengangkat muka nya dari posisi menunduk . Mata yang penuh dengan air mata memandang ke arah anak mata Zuhdi .

" ke . . ken . . kenapa orang yang saya sayang . . se . . semua tinggal kan saya " suara yang serak akibat menangis membuat kan Zuhdi terasa sebak . Zuhdi merapatkan tubuh nya bersama Dahlia . Dahlia ditarik dalam pelukan nya .

" semua tinggalkan saya , mummy , daddy , Mia . " tambah Dahlia dengan sedikit jelas . Zuhdi mengusap belakang Dahlia . "allah lebih sayang kan mereka , saya tak akan tinggal kan awak , kecuali ajal yang datang , saya akan jaga awak , itu janji saya " ucap Zuhdi dengan ikhlas . Dahlia terasa sedikit selesa selepas di peluk oleh Zuhdi .

Semenjak kejadian ini menimpa diri nya . Dia sering dipeluk dan dicium oleh Zuhdi . Dahlia terasa agak selamat bila bersama Zuhdi . Dan hati Dahlia sentiasa tenang apabila melihat wajah suami nya itu . Dan dia berasa tidak sanggup untuk meninggalkan Zuhdi .

Adakah dia sudah jatuh cinta dengan Zuhdi ? Dia sendiri pun tidak tahu . Cuma perasaan sayang terhadap Zuhdi sudah lama berputik , semenjak Zuhdi menjadi tunang nya dahulu dan perasaan sayang nya semakin bertambah apabila Zuhdi sudah selamat menjadi  suami nya yang sah .

Tiada lagi suara menangis atau esakan dari Dahlia mungkin dia sudah redha atas pemergian orang yang di sayangi . Tanpa sedar Dahlia mengetatkan pelukan nya . Zuhdi terkejut lalu membalas pelukan isteri nya dengan penuh sayang . Zuhdi menguncup dahi Dahlia perlahan . Mereka berdua tertidur dalam pelukan di tepi katil .

TAMAT . Eh ? Ahahaha gurau je laa .

Vote and comments
Thnks

****

Asalamualaikum , story ni belum tamat lagi laa ahahahah sis gurau je , story ni panjang lagi . Yeayy ! ! Cuti ! ! Ahahahaha . Sorry laa kalau bab ni tak best ke ? Bosan ke ? Tapi sis dah try untuk buat bab yang best .

In sha allah dalam cuti ni sis akan update tiap hari hue hue . Ramadhan hampir tiba , dah beli baju raya ke ? Eh ? Puasa pun belum ahahahaha . Dah ganti puasa yang tertinggal ke belum ?

Kepada readers yang beragama islam selamat berpuasa . Lakukan lah amalan yang baik dalam bulan Ramadhan nanti ya ^^ , jangan ponteng puasa nanti tak dapat duit raya ahahaha .

Okk sis stop sini dulu , in sha allah esok sis update bab seterusnya .

Thnks for 104 k reads 😘💕
16 : 18
28 / 5 / 16
Bye . .

Senior Itu Aku Punya! Where stories live. Discover now