" Daddy pengetua ke atau Suha pengetua ? " Zuhdi memerli Dahlia setelah mereka berdua keluar dari bilik pengetua.
Dahlia menjeling ke arah Zuhdi. " Diam lah kau ! " jawab Dahlia lalu mempercepatkan langkahnya. Zuhdi hanya mengekorinya dari belakang sambil ketawa.
" eh, eh, berhenti sekejap " arah Zuhdi sambil menghalang jalan Dahlia.
" kau nak apa lagi, kau nak daddy aku bagi surat lagi ke " tanya Dahlia dengan malas.
" daddy kau dengan papa aku kan kawan, apa kata kau pujuk daddy kau lagi sekali suruh dia jangan gantungkan sesi persekolahan kita " cadang Zuhdi.
Dahlia berfikir sejenak. " kau fikir senang ke nak pujuk daddy aku tu, kalau dia dah buat keputusan memang keputusan dia muktamad. Kau tak ingat ke aku kena perli tadi " adu Dahlia. Zuhdi terdiam. Dahlia meneruskan langkahnya.
" Dahlia!! " panggil Zuhdi lagi. Dahlia menoleh ke belakang dengan malas.
" kau dengan aku belum settle lagi eh, kau ingat tu " beritahu Zuhdi lalu dia mula membuka langkah menuju ke kelasnya.
Dahlia hanya memekakan telinga lalu menuju ke blok A di mana kelasnya berada. Nasib baik tak jauh sangat.
Di kelas Dahlia Nasuha ..
" Asalamualaikum " Dahlia memberi salam sambil mengetuk pintu kelas 3 Orbit. Guru yang sedang mengajar pula menjawab salam Dahlia lalu mengizinkan Dahlia masuk.
" kau gaduh dengan Zuhdi lagi ke ? " soal Alia iaitu sahabat karib kepada Dahlia.
Dahlia mengangguk malas lalu mengeluarkan buku nota Geografi untuk menyalin nota yang berada di papan putih. Alia menggeleng lalu meneruskan menyalin nota tersebut.
Di kelas Zuhdi..
Zuhdi masuk dengan selamba tanpa memberi salam. Nasib baik tiada guru ketika itu lalu dia berjalan ke tempat duduknya iaitu disebelah Zack, sahabat karibnya.
" asal happy semacam je muka kau ? " tanya Zack sambil menepuk bahu Zuhdi.
" Aku kena gantung " beritahu Zuhdi dengan gembira. Surat yang baru didapatinya tadi ditayangkan pada Zack.
Zack ternganga dan cemburu. " untunglah kawan ~ "
" asal kau kena gantung, gaduh dengan budak tu lagi ke ? tapi kenapa kena gantung pulak, macam tak logik je " ujar Zack seperti berminat ingin tahu.
Zuhdi mengangguk sambil tersenyum. " ala lagi pun bukan aku yang pengetua, so saya hanya menurut perintah.. "
Zack mengeluh malas. " dari kau form 3 wei sampai sekarang form 5. Kau masih setia gaduh dengan dia, hebat gila kau ni " ujar Zack sambil menepuk tangannya.
Zuhdi tersenyum bangga. Betul apa dikatakan oleh Zack, perang dingin antara dia dan Dahlia memang sudah lama dan masih lagi tiada kata putus dalam perang itu.
" best sangat ke gaduh dengan budak bawah umur tu ? " tanya Zack lagi.
" Ade lah sikit, aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat gaduh dengan dia, aku rasa macam happy je gaduh dengan dia lagipun dia kelakar gak kadang-kadang dengan muka blurnya tu " beritahu Zuhdi sambil tersengih.
" amboi, kau dah angau dengan dia ke apa ni ? " Zack mula pelik dengan sikap sahabatnya itu.
Zuhdi terdiam seketika lalu menyimpan buku-bukunya di laci meja. Ketika dia ingin menyimpan buku di bawah meja, Zuhdi merasakan sesuatu. Dia meraba-raba dalam laci mejanya.
" sejak bila laci meja aku ada sampah, mesti kau yang buat kan Zack ? " tanya Zuhdi lalu mengeluarkan semua kertas-kertas dari laci mejanya.
" bukan aku lah gila tu surat cinta dari peminat-peminat kau lah, aku pun dapat tapi aku dah buang sebab tak penting pun " ujar Zack dengan nada bangga.
Zuhdi menjeling ke arah Zack. Zuhdi memang selalu sangat dapat surat dari peminatnya. Tidak janggal baginya kerana dari form 1 lagi ramai yang meminatinya dan juga sahabatnya Zack.
" hi Zuhdi!! " tegur Tasya dengan gembira. Tasya ialah sebahagian peminat Zuhdi dari Zuhdi form 1 lagi.
Zuhdi menjeling ke arah Tasya lalu meronyokan ke semua surat cinta yang dia terimanya di hadapan Tasya.
" ini untuk awak " Tasya menghulurkan sepucuk surat kepada Zuhdi tanpa mengambil kisah dengan surat yang dirongokan oleh Zuhdi tadi.
" untuk aku eh ? " tanya Zuhdi dengan nasa kurang bijak.
Zack merampas surat tersebut lalu diberikan kepada Zuhdi. Zuhdi pula bangun lalu berdiri di hapadan kelas. Dalam masa yang sama, Zack pula menepuk meja berkali-kali untuk memberitahu pelajar kelasnya supaya memberikan perhatian kepada Zuhdi yang berada dihadapan kelas.
" Attention please!!! " Zuhdi mula bersuara dengan suara lantang. Dengan serta merta satu kelas tertumpu kepada Zuhdi yang berada di hadapan kelas.
Tasya memandang ke arah Zuhdi pelik. Zuhdi membuka surat itu lalu dibacanya kuat di hadapan kelas.
" Kepada Zuhdi Arfan ,
Hi Zuhdi , I sebenarnya dah lama minat dengan u , dari form 1 lagi , tapi u yang jual mahal dengan I , u nak tahu tak I teringin sangat nak kita kawan . I'm in love with u Zuhdi Arfan .From : Natasya Sophia "
Zuhdi melipatkan kertas itu semula. Muka Tasya merah padam akibat menahan malu. Kini satu kelas berpaling muka lalu memandang ke arah Tasya sambil berbisik antara satu sama lain.
" sorry la, mak aku tak bagi bercinta" beritahu Zuhdi lalu mengoyakkan kertas itu di hadapan kelas.
Kringgg!!!
Lonceng tanda waktu rehat berbunyi. " geng ! Jom rehat" ajak Zuhdi lalu membuang cebisan kertas itu di hadapan kelas.
Zuhdi dan sahabatnya keluar dari kelas dengan machonya. Pelajar lain semua berbisik-bisik antara satu sama lain, Tasya diam lalu segera beredar dari kelas itu setelah mengutip cebisan kertas tadi.
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...