" kau termenung apa tu? " terjah Zack sambil membawa dua cawan air.
" Eh , Takde pape lah " dalih Zuhdi sambil tersenyum.
Zack duduk di hadapan Zuhdi. Air tersebut diletakan di hadapan Zuhdi. Kini mereka berada di sebuah kafe yang berada di tingkat 3.
" Nah aku belanja , semoga muka tenuk kau hilang lah lepas minum air aku belanja " seloroh Zack.
" Thanks , cerita tu start pukul berapa ? " tanya Zuhdi selepas menyedut airnya.
" pukul 7:10 pm lama lagi " jawab Zack sambil mengerling ke arah jam tangannya yang sedang menunjuk pukul 6:30pm.
" mereput lah kita dekat sini " keluh Zuhdi perlahan.
" terpaksa lah " ujar Zack pula.
" salah kau lah, tak pandai select time " balas Zuhdi lagi.
Zack hanya menjeling Zuhdi.
" Ni adik kau mana? " tanya Zuhdi sambil matanya melilau mencari kelibat adik Zack. Saja nak ubah topik.
" tuha , dia ni lasak sikit , macam monyet tak boleh duduk diam " marah Zack.
Zuhdi memandang ke arah adik Zack yang sedang bermain-main di dalam kafe tersebut . Ada saja benda dia nak usik dan teroka, nasib baik lah pelanggan di situ tidak begitu ramai.
" Biasalah budak kecil memang camtu, tak baik cakap adik kau macam tu " terang Zuhdi sambil matanya ralit bermain telefon.
" kita tak macam awak ada adik perempuan " perli Zack.
Akhirnya Zuhdi mengalah untuk berlawan mulut bersama Zack. Dia tahu selagi dia tidak mengaku kalah selagi tu la Zack tak nak kalah.
" Haziq ? Mari sini duduk " ajak Zuhdi dengan lembut. Akhirnya Haziq mengikut juga dengan kata-kata Zuhdi.
" See ? Dia ikut cakap aku. Dia dengar apa yang abang hensem cakap " Zuhdi menambah sedikit pujian untuk diri sendiri.
" eleh gedik . Tempeleng kau kang " Marah Zack ke arah Haziq . Haziq membalas dengan jeliran.
****
Kini mereka mengambil keputusan untuk menemankan adik Zack pergi ke Kidford supaya dia tidak terlalu bosan apabila duduk dengan mereka berdua. Memandangkan cerita belum mula lagi, ada baiknya juga mereka beri peluang pada Haziq untuk bermain di tempat yang betul.Haziq leka bermain di dalam kolam bola kecil manakala Zack dan Zuhdi hanya memerhatikan Haziq dari bangku yang berhampiran dengan tempat Haziq bermain.
" kau kenapa banyak termenung je ? " tanya Zack sambil menunggu jawapan dari Zuhdi.
Sejujurnya, dari mula lagi Zack melihat tingkah laku Zuhdi. Sahabatnya ni lebih banyak termenung dan kadang-kadang apa yang mereka bualkan selalunya tak berhubung. Dia pasti Zuhdi ada memendamkan sesuatu.
" erm , entah lah wei. Aku rasa lain sangat. Kadang-kadang aku pun tak faham kenapa " jawab Zuhdi sambil menolak rambutnya ke belakang.
" lain macam mana ? " tanya Zack pelik.
Zuhdi tidak menjawab tetapi hanya menggelengkan kepalanya. Entah, dia sendiri pun tak faham. Perasaan ni macam ada sesuatu yang kosong dan rasa perlu didiami dan seseorang tu sentiasa menghantuinya.
" Wait!! Kau jangan cakap dengan aku yang kau fall in love dengan Dahlia " agak Zack dengan sedikit terkejut.
" kan aku dah cerita kat kau tadi , bila aku tidur atau mengelamun sekejap mesti bayang-bayang muka Dahlia muncul kat fikiran aku . Padahal aku tak terfikir pun " beritahu Zuhdi dengan tak nak kalah.
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...