" terima kasih sebab bawak aku keluar hari ni. Nasib baik la kau ada, kalau tak mereput la aku " ucap Dahlia dengan ikhlas.
" sama-sama " jawab Zuhdi lalu memandang ke hadapan semula. Dahlia membuang pandangan keluar tingkap kereta.
" Dah sampai " Zuhdi menarik brek keretanya yang kini berada di hadapan kediaman keluarga Dahlia.
" siapa tu wei?" tanya Zuhdi. Dia ke arah hadapan rumah Dahlia dan di situ ada seorang lelaki berdiri dengan gaya yang runsing.
" siapa pulak datang ni " bisik Dahlia lalu cuba untuk keluar dari kereta Zuhdi.
" Jangan! Biar aku teman kau " pelawa Zuhdi sambil menghalang Dahlia keluar dari kereta.
Dahlia mengangguk tanda faham. Mereka berdua keluar dari kereta secara berjaga-jaga. Setelah tiba berdekatan dengan lelaki itu Zuhdi memberanikan diri untuk menegurnya.
" Excuse me, what are you doing here ? " belum sempat Zuhdi hendak menegurnya Dahlia sudah bertanya dahulu.
" suprise !! " ujar lelaki itu lalu memeluk Dahlia.
Zuhdi terkejut melihat tindakan lelaki itu yang tiba-tiba sahaja memeluk Dahlia. Dia mula ingin mencapai lengan lelaki itu tetapi niatnya terhenti apabila mendengar suara Dahlia.
" Abang ! " balas Dahlia lalu membalas pelukan lelaki itu.
' Abang? ' bisik hati Zuhdi lalu dia sedaya upaya untuk beriak biasa.
" Abang ni Zuhdi Arfan, Zuhdi ni abang aku Daniel Darwish " Dahlia memperkenalkan abangnya kepada Zuhdi. Mereka berdua bersalaman.
" who is he? Your boyfriend right? " gurau Darwish untuk mengenakan adiknya.
" Bukan lah, kawan sekolah. Senior " jawab Dahlia selepas menghamburkan tawanya.
Darwish angguk tanda faham.
" abang mesti penat kan so abang masuk dulu lah, ni kuncinya " arah Dahlia lalu memberi kunci rumah kepada Darwish.
" jangan lama-lama " pesan Darwish sambil tersenyum meleret.
" Yela yela" jawab Dahlia lalu menolak abangnya masuk ke dalam pagar rumah.
" jemputlah masuk, minum dulu ke. cuaca pun panas ni baik kau rehat dulu " ajak Dahlia.
Zuhdi hanya mengangguk lalu mengikuti Dahlia dari belakang. Mereka berdua menuju ke taman mini milik arwah Datin Dalia yang berada di sebelah kolam renang.
"duduk la dulu, aku masuk ambil air dulu " pelawa Dahlia lalu segera masuk ke dalam rumah mengikut pintu sliding door yang berada di situ.
Sementara menunggu kedatangan Dahlia bersama air, Zuhdi juga sempat melihat pokok-pokok bunga yang berada di situ. Nampaknya pokok ini dijaga dengan penuh teliti. Siap ada penangkap serangga lagi dan beberapa hiasan lain.
Air di kolam renang juga nampak bersih dan ada dua buah pelampung berbentuk donat dan unicorn. Mungkin milik adik Dahlia. Tidak lama kemudian kelibat Dahlia muncul bersama dulang yang ada 2 gelas jus anggur di atasnya.
" jemputlah minum" dulang itu diletakkan di meja yang berada di hadapan mereka.
" terima kasih " ucap Zuhdi lalu meneguk air itu dengan rakus. Lega juga tekaknya apabila Dahlia mempelawanya minum sebentar.
" Kau tak pernah cerita pun yang kau ada abang " tanya Zuhdi setelah meneguk air anggur itu. Kini airnya tinggal separuh.
" sebab macam tak penting, buat apa nak bagitahu " balas Dahlia pula.
" okayy sekarang aku tanya? Go on tell me " desak Zuhdi pula.
" Oh nak tahu lah ni ? Darwish tu abang aku yang kedua. Dia study dekat Korea. Hari ni dia balik mungkin sebab cuti semester " terang Dahlia secara ringkas.
" Oh, so kau ada 2 abang, yang sulung siapa ? " tanya Zuhdi seperti berminat.
" Ikmal. Dia ada syarikat dekat Manchaster so memang jaranglah dia balik sini "
" Patutlah tak pernah nampak" balas Zuhdi.
" Sama lah macam kau, ada 4 adik beradik kan " soal Dahlia pula.
" betul , cuma tulah aku sorang je lelaki. tapi kan dari mana kau tahu? " Zuhdi mula pelik kerana yang hanya tahu dia ada 4 adik beradik ialah Zack sahaja.
" kau dah lupa ke aku pernah datang rumah kau masa uncle buat kenduri doa selamat. so dari situlah aku tahu " terang Dahlia.
Zuhdi mengerutkan dahinya untuk memaksa otaknya untuk kembalikan memori yang dikatakan oleh Dahlia. Argh tak jumpa pulak memori tu, biar jelah !
" kau ada 2 kakak kan? betul tak " soal Dahlia untuk mematikan kerutan di dahi Zuhdi.
" betul, yang sulung kak Hanis, dah kahwin. Tinggal si kak Sarah je belum sebab sekarang ni dia dekat Turkey kalau dia ada dekat sini memang dia je yang selalu cari pasal dengan aku. Nasib baik yang last si kecik tu kecil lagi, kalau tak memang aku kalah lah jawabnya " tambah Zuhdi lagi .
Dahlia mula buat muka pelik. " Eh sekejap kau ada adik kecik ke ? Tak pernah tengok pun "
" Sabtu nanti aku bawak dia jumpa kau " pesan Zuhdi lalu mengerling ke jam tangannya. Nampak gayanya waktu tidak mengizinkan untuk mereka terus berbual.
" Kenapa kena tunggu Sabtu ? " tanya Dahlia pelik.
" Dia ikut mama aku pergi Turkey, tengok kak Sarah " jawab Zuhdi sambil berdiri.
" Nasib kak Hanis ada dekat sini kalau tak sorang-sorang lah aku " tambah Zuhdi lagi.
" Kalau dia takda enjoy lah kau kan " teka Dahlia.
" Eh mestilah lelaki kan " jawab Zuhdi sambil ketawa .
" Ok lah aku balik dulu , terima kasih untuk air ni . Sedap sangat " pamit Zuhdi lalu menuju ke pintu pagar rumah Dahlia.
" hati-hati , terima kasih sekali lagi " ucap Dahlia.
Zuhdi hanya mengangguk lalu dia menuju ke keretanya. Setelah keretanya hilang dari perkarangan rumah Dahlia , dia mula masuk ke dalam semula .
****
Vote and comment
Thank you
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...