Bab 17

12.8K 514 8
                                    

Dahlia mula merebahkan badannya ke atas katil dengan kasar. Fikirannya mula kusut tentang majlis pertunangannya bersama Zuhdi .

" haih ! Tak suka lah macam ni " rungut Dahlia seorang diri .

Semua bantal yang terletak di katilnya mula di lempar ke bawah . Habis berterabur bantal-bantal tersebut di atas lantai .

Air matanya mula mengalir dengan perlahan .

" Suha ? " panggil Darwish .

Dia mula menapak masuk ke dalam bilik Dahlia lalu mengambil tempat di sebelah adiknya itu .

" Suha masih tak boleh terima ke? " Soal Darwish .

" erm..entah lah " balas Dahlia tidak bersemangat.

" Suha ? Abang rasa Suha kena cuba untuk terima perkara ni. Memang lah abang cakap macam senang tapi nak tak nak Suha kena terima. Lagi pun Suha bertunang dengan Zuhdi bukannya dengan orang luar " tambah Darwish lagi .

" Memang Zuhdi tu bukan orang luar, tapi hati Suha bukan untuk dia. Perasan tak boleh paksa bang " adu Dahlia dengan jujur .

" Suha , perasaan tu boleh wujud kalau Suha buka hati dengan rela , mungkin lepas Suha kahwin dengan dia , perasaan itu akan muncul dengan sendiri ? , kita mana tahu kan " balas Darwish dengan semangat.

Dahlia menghembuskan nafasnya dengan kasar. Memang perasaan tu boleh wujud dengan sendirinya. Tapi hati dia ni boleh terbuka ke ?

" Abang Mal tak balik ke ? Suha rindu dia lah " adu Dahlia lalu melentokkan kepalanya di bahu Darwish. Saja mahu tukar tajuk.

" Kamu jangan risau , time Suha bertunang nanti in sha allah Abang Mal balik sini " pujuk Darwish .

" Okay lah Suha pergilah tidur , tak nak la sedih-sedih lagi ok ? bye good night sayang " Darwish menguncup dahi adiknya setelah itu dia mula menapak keluar dari bilik Dahlia . Dahlia merebahkan badannya semula .

Iphone 6S Dahlia mula berbunyi menandakan ada orang telefon . Dahlia merengus perlahan lalu menyambut panggilan itu dengan kasar.

" Hello ! "

" Garangnya sayang , rileklah "

" Abang Mal ?! , Ya Allah rindunya dekat abang , bila abang balik sini ? "

" Abang busy lah sayang , in sha allah abang akan cuba balik minggu depan "

" Balik lah awal . Suha rindu lah "

" Abang Dani kan ade? Kenapa dia buli sayang ke? "

" So far tak lah , sejak dia balik dari Korea ni perangai dia dah lain maksudnya dia dah matang "

" Baguslah macam tu . Lega abang dengar "

" Dah lewat ni , Suha tidur lah ya . Bye sayang good night "

Dahlia mematikan panggilan tersebut dan sekali lagi telefonnya bergetar menandakan ada orang telefon . Nama 'orang gila ' mula terpapar di skrin . Dahlia mengangkat panggilan itu setelah habis merungut .

" Hello? "

" Lah tak tidur lagi ke ? "

" Tak ngantok lagi "

" Ye ke ? Ke kau fikir pasal tadi ? "

"..."

" Dahlia ? "

" Hmm.. "

" Dah lah jangan fikir lagi . Dah terlambat untuk kita berpatah semula kan ? lagipun aku ada dengan kau "

" Hmm "

" Ok now pergi tidur and jangan fikir lagi . Bye good night . sweet dream sayang "

Zuhdi mematikan panggilan tersebut. Dahlia masih lagi terkaku dengan ucapan selamat malam dari Zuhdi . Dia mula tersenyum kecil. Mungkin betul apa yang Darwish katakan tadi. Nak tak nak dia kena juga buka hatinya untuk Zuhdi.

Di rumah Zuhdi..

Zuhdi.P.O.V

" Arghhh!! Gile betul laa aku ni!! Yang kau pergi cakap perkataan ' sayang ' dah kenapa Fan? Kau suka dia ke ? " aku mula menyalahkan diri sendiri .

' Aku suka dia ke? ' Bisik hati aku . Aku mula melangkah keluar ke balkoni yang terletak berdekatan dengan bilik aku . Aku termenung seorang diri.

Suka? Cinta? Macam tak logik. Otak aku ni pun bukannya matang dan aku masih tak cukup umur untuk belajar semua tu. Aku masih mentah. Ya Allah, permudahkan lah segala urusan keluarga kami ini...

END POV

****

Vote n comment
Thanks for 5k reads
Sorry bab ni sikit :'))

'HAPPY BIRTHDAY TO ME !!!! '

Officially 14
Yehet~

Senior Itu Aku Punya! Where stories live. Discover now