Bab 15

13K 473 9
                                    

Dahlia masuk ke kelas dengan lemah . Nasib baik cikgu yang seterusnya belum tiba . Dahlia meletakkan kepalanya di atas meja .

" Suha? , kau okay tak ni?? " tanya Alia dengan agak risau. Dahlia mengangkat mukanya .

" Wei beb , pahal muka kau macam baru lepas nangis ni ? " tanya Alia dengan terkejut . Dahlia hanya mampu tersenyum .

" aku tidur dekat pejabat daddy tadi tu lah aku masuk lambat " jawab Dahlia sambil tersengih .

" Kau jangan nak tipu aku , kau baru lepas nangis kan? " agak Alia.

Dahlia hanya mengangguk lalu memeluk sahabatnya. " nanti aku story okay ? " beritahu Dahlia lalu dia menuju ke luar kelas .

" Kau nak pergi mana tu?? " tanya Alia lalu mengejar Dahlia dari belakang.

" aku nak pergi toilet sekejap " beritahu Dahlia lalu mempercepatkan langkahnya. Alia hanya setia menunggu Dahlia di dalam kelas.

Dahlia masuk ke dalam tandas. Mukanya di cuci dengan air sinki yang dingin. Dahlia menyimbahkan air ke mukanya banyak kali . Setelah itu , dia mengelap mukanya menggunakan tisu yang disediakan. Dahlia berjalan keluar dari tandas dengan lemah. Dia mula menapak ke kelas semula.

" Dahlia? " panggil seseorang dari belakangnya.

Dahlia menoleh dengan malas.

" aku nak cakap dengan kau sekejap ? Boleh? " pamit Zuhdi.

Dahlia tidak membantah. Mereka berdua mula menuju ke sebuah pondok yang terletak agak jauh dari blok kelas menengah atas.

" kau nak cakap apa ? " tanya Dahlia .

" err , kau serius ke nak kahwin dengan aku ? " tanya Zuhdi dengan teragak-agak.

Dahlia mengeluh perlahan. " Kau nak tahu tak , aku rasa sekarang ni rasa nak terjun gaung je . Nak lari dari masalah tapi apa kan daya ini realiti dan bukan mimpi..."

" Mungkin jawapan aku ni tak masuk akal tapi aku serius " tambah Dahlia lagi .

" Lagipun , ni kehendak daddy aku . kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang . Ini mungkin plan mereka untuk masa depan kita " air mata Dahlia mula bertakung . Zuhdi terdiam lalu mengeluh.

" Tapi kita terlalu muda . Aku tak bersedia lagi nak pikul tanggungjawab yang besar " adu Zuhdi.

" Samalah . Tapi aku ni bawah umur . Pt3 pun tak lepas lagi . Aku rasa kalau orang lain dengar mesti dorang akan cakap tak masuk akal langsung dan kau ingat dorang sokong ke kahwin muda ni " balas Dahlia. Zuhdi mula terdiam .

" kau pasti ke pilihan yang kita buat ni ? Yela kita kan selalu bergaduh, tak sehaluan pula tu. Boleh ke kita duduk sebumbung ni, dan pasal mulut orang tu kita tak boleh nak buat apa. Bukan kita suka-suka pun nak kahwin " Zuhdi mula mengetuk kepalanya dengan gulungan buku.

" Hm . Aku tak bersedia lagi tapi aku kena hadap juga " jelas Dahlia .

" Betul tu . Mata kau sembam ni orang lain tak tanya ke ? " tanya Zuhdi dengan agak risau.

" biarlah nanti pandai-pandai lah aku cover " jawab Dahlia.

" Er , Daddy ada pesan sabtu ni rumah kau ada buat dinner. Mungkin nak bincang pasal benda ni kot " pesan Zuhdi .

Dahlia mula tersentak apabila Zuhdi memanggil bapanya ' Daddy '. " Sejak bila kau panggil daddy aku ' daddy ' ni ? "

" sejak tadi " jawab Zuhdi sambil tersengih.

" Dah lah pergi masuk kelas . Study elok-elok. Kau jangan risau lah, perkara ni memang terjaga rapi. So no one will hurt you sebab aku ada " pesan Zuhdi. Dia mula berdiri , begitu juga dengan Dahlia.

" baiklah " balas Dahlia. Mereka berdua mula menapak menuju ke kelas masing-masing.

Di kelas Zuhdi..

Setelah Zuhdi tiba di kelasnya, dia masuk ke dalam kelas tersebut tanpa memberi salam. Haih Zuhdi , nasib baiklah cikgu tak masuk lagi .

" Kau pergi mana tadi ? Dari first kelas , kelas yang ketiga baru kau masuk ? Elok tak payah masuk sampai rehat je terus. Ke kau serong ( ponteng ) ? Kau serong tak mengajak kan ? Oh ceni member eh . Takpe " Zack mula buat-buat merajuk.

" Acik kau , kau ingat aku suka-suka ke tak masuk kelas . Aku ada problem lagi besar dari merajuk kau tu " beritahu Zuhdi lalu mengetuk kepala Zack dengan gulungan buku yang di bawanya tadi bertemu dengan Dahlia.

" Aduh , sakit lah jebon . Problem apa . Tulah lain kali cerita dekat aku ni tak berahsia pulak " balas Zack sambil mengusap kepalanya .

"Ok lah cerita dia macam ni , pada zaman dahulu ... " belum sempat Zuhdi ingin bercerita , Tasya and the geng datang ke meja mereka berdua.

" Hi Zuhdi , Hi Zack! " sapa Tasya dengan riang.

" kau nak ape lagi " balas Zuhdi dengan kasar. Hal ini membuatkan Tasya dan kawan-kawannya sedikit tersentak.

" U ni boleh rilek tak. Sikit-sikit nak marah. Emosi betul. I datang sebab nak bagi buku je" balas Tasya dengan geram. Buku tersebut diletakan di hadapan Zuhdi. Zuhdi hanya menayangkan muka toyanya sahaja . Tiada masa nak layan si Tasya ni.

Vote and conment
Thanks

Senior Itu Aku Punya! Where stories live. Discover now