Usai mandi di dalam bilik tamu, Dahlia menapak keluar dari bilik tersebut lalu menuju ke dapur untuk membasahkan tekak yang kering. Ruang dapur agak gelap dan menyukarkan pergerakkannya. Dia mula berjalan dengan berhati - hati .
Akibat kecuaian yang tak dijangka, celah jari kaki Dahlia terlanggar bucu meja dengan secara automatik suara mengaduh kesakitan lalu terduduk di atas lantai. Air matanya hampir sahaja jatuh kerana sakit yang tidak boleh bendung.
Zuhdi yang baru keluar untuk mengambil angin di halaman rumah terus meluru ke arahnya akibat dengar satu suara.
" kenapa ni ? " soal Zuhdi setelah tiba dekat pada Dahlia.
Dahlia pandang ke arah muka Zuhdi, kejadian mula sebentar tadi berlayar di dalam fikirannya. Automatik mukanya merah padam. Zuhdi pelik dengan perubahan warna di muka Dahlia. Walaupun suasana dapur itu agak gelap ianya tidak menghalang untuk Zuhdi melihat wajah isterinya yang merah itu.
" sayang okay tak ni ? "
Dahlia memandang wajah Zuhdi sekali lagi. Dia ni biar betul ?!!
" saya tanya jawab lah "
" terlanggar bucu meja, sakit "
" boleh berdiri tak ? "
" boleh je, tapi bagi saya ruang "
Zuhdi mula memberi Dahlia ruang untuk dia bangun tapi Zuhdi tetap juga menghulurkan lengannya untuk senang Dahlia sambut untuk berdiri kemudian dia membawa Dahlia ke meja bar yang berada di dapur.
" duduk dulu saya ambilkan air " Zuhdi terus mencapai mug dari dalam almari lalu menuju ke peti sejuk.
Mug yang berisi jus oren itu di hulurkan ke Dahlia, Dahlia mencapainya lalu meneguknya dengan rakus. Zuhdi pula hanya berdiri di hadapan Dahlia.
" dah jom tidur, esok nak hantar abang Dani pergi airport "
Zuhdi mencapai tangan Dahlia. Dia sejujurnya terlupa akan hari esok. Nasib baik Zuhdi ingatkannya.
Pada esok pagi, Darwish akan pulang semula ke Korea Selatan kerana semester ke tiga telah bermula. Cutinya sudah tamat jadi kini masanya untuk pulang ke sarang.
Setelah tiba di bilik tidur, Zuhdi terus merebahkan diri di atas katil manakala Dahlia masih tercegat di sofa yang berada di dalam bilik itu.
" sini lah "
Zuhdi memanggil Dahlia sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya.
" ti . . tidur situ "
Zuhdi mengangguk. Dia menarik Dahlia ke katil.
' tak nak! ' jerit hati kecil Dahlia.
" saya tak usik awaklah malam ni, just tidur je "
Dahlia baring membelakangi Zuhdi. Mata yang di tahan dari tadi tertutup secara perlahan. Zuhdi melingkari tangannya di pinggang Dahlia dan membuatkan Dahlia terkejut. Tapi tidak ditepisnya, dia cuba abaikan pelukan hangat dari Zuhdi. Zuhdi terasa sedikit bahagia.
" good night sayang, sweet dream and i love you " ucap Zuhdi lalu mengucup pipi Dahlia.
Dahlia tersentak, hatinya terasa berdebar - debar,
' ya allah adakah aku cintakannya ? '
****
" Zuhdi jaga baby abang elok - elok tau " pesan Darwish sambil memeluk Dahlia.
Dahlia mula rimas kerana dari tadi dia dipeluk, dicium dan dicubit oleh Darwish.
' haih ! sabar je lah '
Zuhdi hanya mengangguk. Darwish melepaskan pelukannya daripada Dahlia. Darwish tersenyum kecil apabila Zuhdi dari tadi melihat dia dekat dengan Dahlia.
" nanti abang balik , abang nak anak buah abang okay ? " bisik Darwish lalu tertawa.
Dahlia mencubit lengan Darwish. Darwish mengaduh kesakitan. Zuhdi pandang pelik ke arah dua beradik itu. Darwish kemudian berjalan ke arah Zuhdi untuk mengatakan perkasa yang sama. Zuhdi terkedu apabila mendengar bisikan dari Darwish.
" doakan perjalanan Dani dipermudahkan ya daddy ? daddy jaga kesihatan tau "
Darwish menyalam tangan Tuan Azman kemudian dia memeluk Tuan Azman dengan erat. Sejujurnya, Darwish berat hati untuk meninggalkan bapanya yang sedang berusaha membesar adik-adik perempuannya.
" belajar rajin - rajin ya? kalau dah sampai jangan lupa call daddy " pesan Tuan Azman.
Darwish hanya mengangguk lalu menuju ke arah Mia yang sedang duduk di troli bagasi. Mia yang sedang leka bermain Ipad kemudian menyambut pelukan Darwish.
" Mia abang pergi dulu tau, Mia jangan nakal - nakal, jangan bagi daddy marah okay ? "
Kemudian Darwish menguncup dahi adik bongsunya itu. Mia membalas dengan pelukan yang lebih erat. Darwish membalas pelukan adik bongsunya itu.
" abang jangan lupa balik sini tau ? Nanti kalau abang balik jangan lupa bawa buah tangga " pesan Mia pula.
Darwish hanya tertawa mendengar permintaan adiknya itu. " bukan buah tangga, tapi buah tangan "
" Zuhdi ? Jaga adik abang elok - elok okay? jangan sakitkan hati dia, jangan marah - marah dia , dia tu manja sikit " pesan Darwish separuh berbisik kepada Zuhdi supaya Dahlia tidak dengar .
" in sha allah , Zuhdi akan jaga kan dia untuk abang " balas Zuhdi lalu menyalam tangan abang iparnya itu.
" belajar rajin - rajin tau , jangan nak main telefon je tahu " pesan Darwish sambil mencium pipi Dahlia. Dahlia memeluk Darwish.
" jangan lupa Suha dekat sini tau "
" Dani pergi dulu ya semua ? asalamualaikum "
Darwish menolak troli bagasinya lalu menuju masuk ke balai pelepasan setelah mereka semua menjawab salamnya.
' bye Malaysia ! '
****
" Zuhdi, Suha daddy gerak dulu tau, jaga rumah ni elok-elok okay? nanti daddy bawa balik buah tangan okay ? " pesan Tuan Azman sambil tangannya lingat memasukan beg kerjanya ke dalam bonet kereta.
Zuhdi dan Dahlia tengok dari muka pintu. Tuan Azman akan ke Terengganu untuk merasmikan sebuah dewan sekolah yang baru sahaja siap di bina. Sekolah itu juga merupakan kenalannya jadi tidak manis pula jika menolak jemputan itu.
" Mia jangan nakal-nakal tau, dengar cakap daddy " pesan Dahlia pula lalu mencium pipi adiknya itu.
" tapi kan daddy, siapa yang jaga Mia bila daddy kerja nanti ? "
" takpe Mia boleh duduk dengan cikgu kaunseling dekat sekolah tu, lagi pun acara tu kejap je tak lama "
" jaga diri elok - elok tau " Zuhdi juga menyisipkan pesanan untuk Mia. Mia memeluk erat dua orang yang disayanginya.
" abang janji dengan Mia, jangan buat kakak Mia menangis, kalau tak Mia tak nak kawan abang " Mia yang petah bercakap membuatkan Zuhdi tertawa.
" iye abang janji " Zuhdi mencangkuk jari kelinkingnya bersama jari Mia. Mia mencium pipi Zuhdi lalu memeluknya. Zuhdi membalas pelukan badan kecil itu. Dahlia tersenyum.
" Zuhdi ? Jaga anak daddy tau , sayang kan dia macam mana Zuhdi sayangkan diri Zuhdi, Zuhdi kena sabar layan karenah manja dia tu " Tuan Azman mensisipkan pesanan untuk Zuhdi.
" in sha allah daddy , Zuhdi akan ingat semua tu "
Kereta milik Tuan Azman mula keluar dari dalam garaj rumah tersebut. Tangan kecil Mia melambai mereka dari dalam kereta, mereka hanya membalas lambaian.
Setelah kereta milik Tuan Azman hilang dari pandangan mereka masuk semula ke rumah tiga tingkat milik Tuan Azman.
Vote n comments
Thnks for 87k reads
13 / 5 / 2016
- 23 : 11
Bye . .
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...