Zuhdi bangun dari tidurnya setelah pintu biliknya di ketuk bertalu-talu .
" Adik? Bangun solat subuh! " kejut Sarah dari luar pintu biliknya.
" hmm " jawab Zuhdi dengan kuat.
Zuhdi segera bangun lalu menuju ke bilik air untuk menyiapkan diri untuk solat subuh. Usai solat subuh, Zuhdi mengemaskan tempat solat dan katilnya. Setelah itu, Zuhdi menapak keluar dari biliknya lalu menuju ke dapur untuk sarapan.
" Akak? " Panggil Zuhdi setelah tiba di meja makan.
Sarah keluar dari dapur sambil membawa sedulang roti dan sebotol susu segar dari peti sejuk. Zuhdi mengambil tempat di hadapan Sarah setelah Sarah meletakkan makanan.
Setelah bersarapan Zuhdi menapak menuju ke sofa yang berada di hadapan televisyen. Punat di alat kawalan jauh di tekannya. Sarah menuju kearah Zuhdi setelah membersihkan meja makan.
" adik? Bertunang dengan siapa? "
" Dahlia Nasuha "
" lawa tak? "
" Dia tak lawa , dia comel "
" akak nak jumpa dia boleh tak? teringin jugak nak jumpa adik ipar "
" jumpa lah nanti kalau adik free adik ajak akak datang rumah dia "
" umur dia berapa? "
" 15 tahun " jawab Zuhdi.
" mudanya , dia tak kesah ke kena kahwin dengan adik? "
" Dia tak kesah , dia ikut je apa yang family dia buat untuk dia , yang penting ia terbaik untuk kedua-dua pihak " terang Zuhdi lagi.
Sejujurnya, Sarah sudah tahu siapa bakal adik iparnya itu, dia saja mahu menanyakan pada Zuhdi sebab dia nak tengok bagaimana reaksi dan intonasi Zuhdi menjawab soalannya. Adakah dalam keadaan terpaksa ataupun rela.
Tapi tengok gayanya, adiknya ini betul-betul rela untuk memulakan hubungan ini. Sarah tersenyum kecil melihat Zuhdi, dia tak sangka bahawa adiknya ini matang walaupun usia baru 17 tahun.
" stay strong ya dik, doa banyak-banyak dan berserah pada Allah " pesan Sarah sambil menepuk bahu Zuhdi.
" Adik masuk bilik dulu ya kak? " izin Zuhdi lalu menapak naik ke dalam biliknya. Pintu bilik di tutupnya. Matanya di pejam kan rapat, tapi akhirnya terbuka semula. Rambutnya di tarik ke belakang dengan kasar. Dia menuju ke bilik air untuk mencuci muka.
Zuhdi kalau boleh, dia memang nak menafikan yang dia tiada hati pada Dahlia tapi hati ni tak memberikan kerjasama. Hatinya sentiasa sahaja berdetak apabila teringat akan Dahlia. Dah macam tak normal pula.
*****
" Wah ! Lawa cincin, siapa bagi ? " soal Alia sambil matanya memandang ke arah cincin pada jari manis Dahlia.
" oh, ni cincin hadiah abang aku bagi, lupa nak tanggalkan semalam " terang Dahlia dengan sedikit gagap.
" abang kau? Yang Dani tu ke? " soal Alia lagi.
" tak.. abang Mal " jawab Dahlia dengan sedikit jelas.
Setelah mendengar jawapan Dahlia, Alia kembali menyimpan bukunya ke dalam beg. Memandangkan guru mata pelajaran belum sampai, Alia mengambil keputusan untuk mengulangkaji pelajaran. Lagipun sekejap lagi waktu rehat.
" Oh ya?!, aku lupa lah, aku kena jumpa daddy. Nanti kita jumpa dekat kantin, Bye " Dahlia mencipta alasan lalu dia terus menuju keluar dari kelas.
Sebenarnya Dahlia nak lari dari disoal lagi oleh Alia. Mentalnya tidak bersedia lagi untuk mencipta alasan yang baru. Dahlia meneruskan perjalanan untuk membuang masa, tidak lama lepas itu dia tiba di blok kelas Zuhdi.
' alamak? salah jalan pulak. kenapa aku tak boleh perasan aku dah sampai sini ?? ' monolog Dahlia.
Belum sempat dia nak bertukar arah, tiba-tiba kedengaran suara yang agak bising dari tingkat atas. Bunyi seperti kerusi yang di baling. Ada budak gaduh ke ??
Bunyi untuk semakin kuat, sah ini mesti ada budak bergaduh. Memandangkan sekarang waktu rehat, jadi blok ini tidak ada ramai pelajar sebab semua sudah turun rehat.
Dahlia membuka langkah perlahan lalu dia naik ke tingkat 1 di mana bunyi itu datang. Setelah tiba , Dahlia terkejut kerana kerusi yang tersusun rapi sebelum ini menjadi berterabur dan ada yang sudah patah kerana di campak oleh Zuhdi ke dinding .
" Baam!! "
Kerusi yang seterusnya di campak ke dinding membuatkan Dahlia terkejut.
" Zuhdi! kau dah kenapa ni ?! " tegur Dahlia dari muka pintu.
' budak ni terencat akal ke apa ?!! ' sempat lagi Dahlia mengutuk Zuhdi di dalam hati.
Zuhdi memandang sekilas ke arah Dahlia lalu dia menyepak meja dengan kuat dan membuatkan meja itu terbalik. Sah Zuhdi ni dah gila.
" Zuhdi! Kau nak jahanamkan harta benda sekolah dah kenapa? " marah Dahlia dengan tahap yang tidak dapat di bendung lagi.
Dia kini menghampiri Zuhdi. Tapi dia tetap jagakan jarak takut dia pulak yang kena baling kerusi oleh Zuhdi. Zuhdi memandang ke arah Dahlia .
Dia menghampiri Dahlia, Dahlia berasa takut lalu dia mengundur setapak ke belakang dan akhirnya dia terperangkap di antara dinding dan Zuhdi yang berada di hadapannya.
Dahlia cuba untuk elak diri dari Zuhdi lalu dia keluar ikut tepi Zuhdi tapi Zuhdi lagi pantas lalu dia menghalang setiap sudut yang mampu untuk Dahlia melepaskan diri. Dahlia terkedu seketika.
" Kau pa... " belum sempat Dahlia berkata tangan Zuhdi pantas menekup mulut Dahlia.
Wajah Dahlia diperhatikannya lama. Dahlia pula mula rasa tak selasa dengan tindakan Zuhdi, tak lama lepas itu air mata mengalir di pipi. Jujurnya dia takut sangat melihat keadaan Zuhdi sekarang.
Zuhdi seperti kembali ke realiti, dia pantas menjauhkan diri dari Dahlia yang sedang menangis di hadapannya.
" I'm sorry ... " ucap Zuhdi perlahan sebelum jatuh terduduk di hadapan Dahlia.
" kau dah tak waras ke ha?!" soal Dahlia dalam tangisannya.
" I'm sorry, aku tak bermaksud nak buat kau macam ni ? I'm sorry because I'm in love with you !!! " suara Zuhdi dinaikkan satu not.
Dahlia terkejut apabila mendengar suara Zuhdi. In love ??
"Keluar!!!" tengking Zuhdi dengan muka seperti hendak memakan orang.
" apa yang kau merepek ni Zuhdi? " soal Dahlia lagi.
Dia mula menghampiri Zuhdi yang masih terduduk di atas lantai.
" Aku dah jatuh cinta dengan kau!! tak kan kau tak faham lagi!! " Zuhdi mula menengking Dahlia.
Zuhdi pantas bangun lalu dia menyepak meja yang berada tidak jauh dari Dahlia. Meja itu hampir saja mahu kena pada Dahlia. Tapi nasib baik Dahlia sempat elak.
"Aku benci kau Zuhdi Arfan !! " balas Dahlia lalu dia segera beredar dari tempat itu dengan air mata mengiringi.
Zuhdi pula , hanya terduduk di atas lantai sambil tangannya kasar menolak rambut ke belakang. Dia bangun lalu menumbuk cermin tingkap hingga pecah, tangan yang luka di hiraukannya.
Dia amat kesal akan tindakan yang dia lakukan pada Dahlia dan dia mula sedar akan perkara itu. Zuhdi mengeluh perlahan dan beristifar di dalam hati.
Vote and comments
Thnks*******
Hey! Sorry laa sb dah lme tk update! Sis busy sngt harap korng faham laa^^.amacam best tk bab kali ni? Kalau best banyak² kn laa vote yaa^^
Wahh!! Nmpknya Zuhdi dah brterus terang dgn Dahlia,dan Dahlia mula membencinya.sorry laa sb bab kali ni agak sedikit byuntae hahahahahaha
Thnks for 49k reads
Bye..-8:35mlm
-2/4/16
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...