Bab 31

11.2K 532 10
                                    

" ni sesuai tak ? " tanya Dahlia sambil menunjukkan cincin bertahtakan berlian di jari manisnya.

Zuhdi mengangguk malas. Sudah 1 jam setengah bershopping barang untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung minggu depan. Walaupun majlis itu dibuat secara kecil-kecilan tapi tetap juga penat.

Majlis Dahlia dan Zuhdi juga hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Baju pengantin sudah siap diuruskan oleh Puan Sri Qarina dan Hanis iaitu kakak Zuhdi. Barang hantaran pula diuruskan oleh Dahlia dan Zuhdi.

Tema mereka untuk majlis akad nikah ialah warna putih dan krim. Majlis tersebut juga akan berlangsung di kediaman keluarga Dahlia dan selepas acara akad nikah, majlis doa selamat akan diadakan pada hari yang sama.

" em serius lah sikit " bentak Dahlia.

" sesuai sangat, semua benda sesuai dengan awak, awak pun sesuai dengan saya jugak " Zuhdi cuba untuk bergurau bersama Dahlia.

" tak nampak ke kita dekat public , malu lah sikit " pesan Dahlia.

" dah ke belum ni ? saya penat dan lapar awak tahu tak ? Cepat lah sikit Dahlia Nasuha " suara Zuhdi cuba dilentok - lentokan.

" sabar lah Zuhdi Arfan, lepas ni kita makan eh ? saya tengah rambang mata ni " pujuk Dahlia lalu kembali mentatap cincin di jari manisnya.

" tapi kan Dahlia? kalau saya jadi awak, saya akan pilih cincin yang ni " ujar Zuhdi sambil tangannya mencapai cincin yang berada di hadapannya.

Dahlia menyambut huluran Zuhdi, cincin itu disarungkan di jari manisnya. Cantik dan ringkas, batu permatanya juga tidak begitu besar dan nampak lebih cantik.

" saya ambil ni lah "

****

Setelah selesai segala perkara yang perlu diselesaikan, akhirnya mereka tiba di food court yang terletak tidak jauh dari kedai cincin tadi.

Dahlia duduk di meja berhampiran sementara Zuhdi pergi memesan makanan. Sementara menunggu, sempat juga Dahlia memeriksa semula senarai barangan yang perlu di beli yang disediakan oleh Puan Sri Qarina.

Tidak lama lepas itu, ada seseorang yang berdiri di hadapan Dahlia duduk. Zuhdi yang tidak jauh dari situ hanya mengerutkan dahinya dengan pelik. Siapa pula tu ??

" Dahlia ke ni ? "

" eh ? Abang Aiman buat apa dekat sini ? " soal Dahlia dengan separa terkejut.

Zuhdi pula pantas menghampiri meja itu sambil membawa makanan mereka. Oh, Aiman rupanya. Aiman turut terkejut melihat figura Zuhdi yang tiba di sebelah Dahlia.

" saja jalan - jalan tak sangka terserempak dengan Dahlia dekat sini " Aiman menjeling ke arah Zuhdi.

Zuhdi hanya mengabaikan Aiman kemudian dia menghidangkan makanan itu pada Dahlia. Dahlia yang berada ditengah-tengah mula merasakan situasi yang tidak enak. Dia melihat dua jejaka dihadapannya sedang membalas jelingan, seperti mereka tidak boleh berjumpa.

" em . . Dahlia dengan dia ni buat apa dekat sini ? " soal Aiman dengan menjeling ke arah Zuhdi.

" study, tak kan camping pulak " balas Zuhdi bagi pihak Dahlia.

Dahlia hanya tersengih. Aiman memandang Zuhdi dengan pandangan meluat. Aiman seperti dapat merasakan sesuatu yang cuba di sorokkan oleh Dahlia dan Zuhdi. Dia juga sempat menjeling ke arah barangan yang berada di atas kerusi itu.

' Orked Wedding ? bukan ni kedai hantaran kahwin ke ?' monolog Aiman sambil memerhatikan plastik barangan milik mereka berdua.

" oh takpelah kalau macam tu, abang pergi dulu sebab wayang dah nak start ni, bye Dahlia " pamit Aiman lalu meninggalkan mereka berdua.

Senior Itu Aku Punya! Where stories live. Discover now