Sudah seminggu Mia dan Datuk Azman pergi meninggalkan Dahlia . Dan dalam seminggu itu juga Zuhdi masih curiga akan sikap isteri nya . Beberapa hari yang lalu selepas 4 hari pemergian Mia dan Datuk Azman .
Zuhdi sering mendengar suara Dahlia mengingau nama lelaki yang tidak dikenali nya . Dan selepas dia mengingau sebut nama lelaki itu . Dahlia terus nangis dalam igau nya . Zuhdi semakin hairan . Mahu bertanya lebih lanjut pada Dahlia takut dia makin sedih .
Akhir nya Zuhdi hanya membiarkan sahaja . Ikmal menapak menuju ke arah Zuhdi yang berada di taman kecil milik keluarga nya . Zuhdi kelihatan leka termenung . Ikmal menepuk bahu Zuhdi perlahan . Zuhdi agak sedikit terkejut .
" termenung apa tu ? " soal Ikmal . Zuhdi membalas dengan senyuman tawar . " tak da pape la bang " dalih Zuhdi . Dia tidak mahu abang ipar nya syak sesuatu dalam fikiran nya . Ikmal sekadar tersenyum . " Em . . em abang cuti sampai bila ? " Zuhdi cuba untuk membuka topik perbualan antara mereka .
" abang rasa abang tak balik lagi ke sana , abang akan pindah kan syarikat abang dekat China tu dekat sini , abang nak jaga rumah ni sehingga la abang berkahwin " terang Ikmal dengan jelas . Zuhdi hanya mengangguk .
" dan abang akan cuba kawal syarikat abang dan sekolah arwah daddy sekaligus , abang akan kawal sekolah tu dari jauh sehingga la abang jumpa guru besar yang sesuai untuk sekolah tu " tambah Ikmal lagi . " abang jangan risau , in sha allah Afan akan tolong abang jaga sekolah tu " pelawa Zuhdi dengan semangat .
" terima kasih la ya Fan sebab bantu abang sekeluarga , abang tahu abang dah banyak menyusahkan Afan dan keluarga Afan " Ikmal terasa sedikit serba salah kerana tidak dapat membantu Tan Sri Zuhadi menguruskan jenazah bapa dan adik nya .
" mana ada menyusahkan laa , keluarga abang , keluarga Afan juga " ujar Zuhdi dengan senyuman yang manis . Ikmal mati kata lalu dia termenung ke arah kolam renang kecil milik keluarga nya . " abang ? Afan nak tanya sesuatu boleh tak ? " pamit Zuhdi terlebih dahulu .
" tanya je la " Ikmal menjawab sambil mata nya masih melekat di kolam renang itu . " sebelum ni ? Dahlia eh ? Suha ada rapat dengan lelaki lain ke ? " tanya Zuhdi membuatkan Ikmal sikit tertarik dengan soalan itu .
" penah " jawab Ikmal sepatah lalu kenangan bersama arwah Iqie meliar didalam fikiran nya . Zuhdi sikit terkejut . " siapa ? " belum sempat Ikmal menjawab Dahlia datang dengan membawa seekor kucing ke arah mereka . " hai , nama saya bambam " Dahlia menghalakan kucing itu ke arah Zuhdi .
Zuhdi terkejut apabila tangan kucing itu mengusik lengan nya , Zuhdi terkejut lalu segera menjauhi Dahlia . Belum sempat Ikmal menghalang akhirnya Zuhdi jatuh ke dalam kolam akibat tidak pandang ke belakang ketika berundur .
Dahlia menghamburkan tawa nya . Melihat Zuhdi jatuh seperti nangka basi eh ? Busuk . Ikmal menghampiri kolam tersebut lalu membantu Zuhdi naik . " ada pulak pergi bantai gelak , tak baik gelak kan suami " bebel Ikmal . Zuhdi menyembungi kan tawa nya . Dahlia menarik muka .
" lain kali bantu bukan gelak " tambah Ikmal lalu membawa Zuhdi duduk di tepi kolam . Zuhdi duduk di tepi kolam sambil kaki nya berendam didalam kolam . " jaga sekejap , abang nak ambil tuala " pesan Ikmal lalu menapak masuk .
Zuhdi terbersin secara tiba - tiba akibat sejuk . Perasaan bersalah menerjah dalam hati Dahlia . Dahlia melepaskan bambam masuk kedalam rumah lalu menghampiri Zuhdi yang leka bermain dengan air . Kaki nya direndam ke dalam air seperti Zuhdi .
Zuhdi hanya mengabaikan Dahlia yang berada disebelah nya . Merajuk ? Of course laa gila tak merajuk aku jatuh dia boleh gelak bukan nak tolong , benci ! . Zuhdi kembali bermain bersama air . Dahlia dah dapat agak yang Zuhdi merajuk .
" em , sorry sebab gelak kan awak , serius tak leh move on awak jatuh tadi , barai gila " Dahlia kembali ketawa setelah kejadian tadi berlayar di fikiran nya . Zuhdi menarik muka masam . ' Ceh ! Sambung gelak lagi haih ! Pujuk la aku ' bisik hati Zuhdi .
" sorry eh ? Janji saya tak gelak lagi , dan janji tak nak ingat perkara ni lagi , jangan la merajuk lagi eh ? " rayu Dahlia dengan muka yang dicomel kan . Entah kenapa hati nya sakit bila lelaki dihadapan nya ini tidak mahu melayan nya . Macam menjauh rasa nya .
Zuhdi pandang Dahlia sekilas lalu menghadiahkan senyuman manis pada Dahlia dan automatik hati Dahlia dug dag dug dag . " kiss dulu " Zuhdi menghalakan pipi nya untuk dicium . Erk ? Cium ? . " eei gatal " Dahlia menolak muka Zuhdi .
Makin dug dag dug dag hati Dahlia . " alaa dengan bini sendiri tak salah kan ? Awak tak penah kiss saya , asyik saya je kiss awak " nada Zuhdi sedikit merajuk . Dahlia terasa sedikit bersalah .
Betul apa yang dicakap oleh Zuhdi . Balik - balik Zuhdi yang menyium nya . Dan dia tak pernah menyium suami nya walaupun sudah seminggu setengah mereka berkahwin . Dengan perlahan Dahlia mencium pipi Zuhdi dengan pantas . Zuhdi yang sedang leka bermain itu , terjeda sebentar .
Muka Dahlia merah tahan malu . " wow ! Hangat nya ! Nak lagi ! " pinta Zuhdi sambil menghala bibir nya ke arah Dahlia . Dengan pantas Dahlia menolak Zuhdi kedalam kolam . Zuhdi naik semula ke permukaan . " ohh , main kasar eh ? " Zuhdi menarik kaki Dahlia dari dalam air .
Dan akhirnya mereka berdua berada didalam kolam , membalas pecikan air sambil tertawa riang seperti budak kecil --' . Ikmal yang baru tiba terkejut apabila kedua - duanya basah kuyup dan sedang leka bermain air tak ingat dunia .
" apa nak jadi kau orang ni , umur dah meningkat tapi perangai macam budak - budak " bebel Ikmal lalu menghampiri kolam tersebut . Dengar sahaja Ikmal mula membebel mereka berhenti bermain sambil tersengih . " dah naik cepat , nanti masuk angin " ujar Ikmal .
Mereka naik mengikut tangga kolam . Ikmal menghulurkan tuala ke Zuhdi . " abang masuk dulu , kau orang kongsi la tuala tu abang malas nak naik atas ambil " pesan Ikmal lalu menapak masuk kedalam .
Zuhdi mengelap rambut nya yang basah itu . Dahlia pula terleka sebentar melihat kekacakan suami nya itu . Berambut basah menaikkan lagi kekacakan suami nya itu . Baju yang basah milik Zuhdi , melekat di lapisan kulit milik nya , dan menampakkan six pack dan dada bidang nya .
" nah , lap cepat nanti masuk angin pula " Zuhdi menghulurkan tuala yang baru diguna nya . Dahlia menyambut huluran itu perlahan . Lalu Dahlia mengelap rambut nya pula . Hachoo ! ! ! . Dahlia terbesin . Zuhdi menghampiri Dahlia lalu mengambil tuala di tangan Dahlia lalu mengelap muka Dahlia .
" tu la , lain kali lap muka dulu , lepas tu belakang telinga dan last belakang leher , lepastu baru lap rambut sepenuh nya " Zuhdi mengajar sedikit langkah - langkah untuk mengelakkan bersin ketika kesejukan . Dahlia terpegun sebentar .
Lalu tuala itu diletakkan di bahu Dahlia untuk mengelakkan sedikit kesejukan . " dah la jom masuk , nanti awak demam pula , pergi tukar baju saya nak buat coklat panas kejap " pesan Zuhdi lalu menapak ke dapur manakala Dahlia menapak ke atas untuk menyalin baju .
Vote and comment
Thanks****
Asalamualaikum , hey sorry sebab tak update semalam punya semalam sebab sis demam hue hue , tapi sekarang Alhamdulillah sis dah sihat ^^ . Rabu nanti free tak ? Jom pergi Aeon Big Seremban 2 sebab nanti sis ada dekat situ .
saje hangout dengan kengkawan . Kalau free boleh la kita lepak sesame . Pastikan korang duduk dekat area N.Sembilan huehue . Yang duduk area N.S nanti kite jmpe eh ? In sha allah .
Thnks for 109 k reads
00 : 52
31 / 5 / 16
Bye . .ig - abytulxnwyh
Eh ? Terpromote plak 😂 , alang² baca follow la yaa ^^ bye asalamualaikum .
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...