Dahlia dan Alia menuju ke tapak perhimpunan bersama. Mereka masuk dalam barisan kelas 3 Orbit. Ucapan dari guru bertugas tidak di ambil kisah oleh mereka berdua ini adalah disebabkan ucapannya sama saja macam minggu lepas. Setelah guru itu habis memberikan ucapan kini tiba giliran Tuan Azman untuk memberi ucapan
Tuan Azman tidak lah begitu banyak ucapan yang ingin diberikan malah beliau lebih kepada menanyakan khabar pada pelajar-pelajar dan guru. Setelah Tuan Azman memberi sedikit ucapan, semua pelajar menuju ke kelas masing-masing untuk P&P seperti biasa , dalam perjalanan nak ke kelas , Dahlia di tahan oleh Zuhdi dan Zack . ' mula dah ' keluh Dahlia dalam hati .
Dahlia cuba untuk melepasi Zuhdi , tapi Zuhdi lebih pantas menghalangnya . Zack hanya memerhati dari belakang .
" kau ni sehari tak kacau aku memang tak sah kan " marah Dahlia dengan nada sedikit tinggi .
Zuhdi hanya diam .
" Jom lah wei " ajak Zack dengan menarik lengan Zuhdi setelah dia melihat guru disiplin dari jauh.
Zuhdi mengeluh dengan kasar apabila melihat guru disiplin itu . " Kau sabar jap . Dahlia Nasuha , kau ingat eh kita belum settel lagi " pesan Zuhdi , mukanya hampir rapat dengan Dahlia .
Dahlia berasa tidak selesa kerana muka mereka hampir rapat . Dahlia memijak kaki Zuhdi . Zuhdi menjerit kesakitan . Dahlia mengambil kesempatan untuk lari .
" Dahlia!! Kau tunggu!! " jerit Zuhdi dengan marah . Mereka berdua mula berlari setelah guru disiplin itu mendengar jeritan Zuhdi .
Dahlia lari seperti tidak cukup tanah takut-takut guru disiplin itu akan melihatnya .
" Dahlia . Kenapa lambat masuk kelas? " Soal Cikgu Wan iaitu guru Sejarah Dahlia.
" erm minta maaf cikgu saya pergi jumpa pengetua tadi " tipu Dahlia dengan tergagap-gagap.
Cikgu Wan memandang ke arah Dahlia pelik .
" Tak mengapa , kamu boleh duduk sekarang " arah Cikgu Wan lalu Dahlia segera duduk di tempatnya .
" Kau pergi mana tadi? " tanya Alia dengan separuh berbisik.
"nanti aku story " balas Dahlia.
Setelah itu mereka kembali fokus untuk menyalin nota yang berada di papan putih . Pintu kelas 3 Orbit di ketuk perlahan oleh seseorang.
"Ye , ada apa Zuhdi? " tanya Cikgu Wan setelah Zuhdi masuk ke dalam kelas Dahlia.
Dahlia terkejut beruk lalu cuba untuk menyorokkan mukanya.
" Aduh dia nak apa lagi ni " bisik Dahlia kepada Alia.
" Entah lah . Habislah kau " ujar Alia perlahan.
" saya nak jumpa dengan Dahlia Nasuha sekejap sebab pengetua nak jumpa " beritahu Zuhdi dengan lancar dan sedikit kuat.
" Oh , bukan tadi dia dah jumpa ke ? " Soal cikgu Wan.
" Tadi pengetua lain kot " jawab Zuhdi.
Cikgu Wan mula pelik .
" Dahlia , sila ikut abang Zuhdi " arah Cikgu Wan.
Dahlia terkejut lalu lambat-lambat bangun dari tempat duduknya lalu mengikuti Zuhdi keluar dari kelas .
Mereka berdua menuju ke pejabat , beberapa minit kemudian mereka tiba di hadapan pintu pejabat .
" aku tak tipu la " ujar Zuhdi lalu masuk ke dalam pejabat . Dahlia hanya mengikutnya dari belakang .
" ha Dahlia?masuk , ni ayah Zuhdi kawan daddy " beritahu Tuan Azman .
" Adi ni anak aku Dahlia Nasuha , ala budak yang selalu gaduh dengan Afan tu , Suha ni Tan Sri Zuhadi ayah kepada Zuhdi Arfan , kawan lama daddy " ujar Tuan Azman lagi .
Dahlia mula tunduk di hadapan Tan Sri Zuhadi lalu dia duduk di sofa berdekatan .
" Oh jadi dia ni lah yang selalu gaduh Afan tu , comel je " puji Tan Sri Zuhadi .
Dahlia tersenyum malu . Zuhdi hanya tertunduk malu lalu dia mula menjeling Dahlia .
" Kau ni Adi , tengok tu kembang dah diorang " gurau Tuan Azman lalu menghamburkan tawanya , begitu juga dengan Tan Sri Zuhadi .
" Daddy panggil Suha ada apa? " tanya Dahlia setelah tawa mereka reda.
" ada hal mustahak perlu kamu berdua tahu " jawab Tan Sri Zuhadi dengan serius . Dahlia dan Zuhdi agak terkejut dan keliru.
******
Continued in next chapter..
Apa yang berlaku?! Dan apa tindakan Dahlia dan Zuhdi?! Nanti kan laa yaa^^
Vote and comment
Thanks
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...