" terima kasih sebab belanja aku tadi " ucap Dahlia lalu berjalan bersebelahan dengan Zuhdi.
Dahlia mula rasa selesa berkawan bersama Zuhdi. Zuhdi hanya mengangguk tanda sama-sama .
" Kita nak pergi mana ni ? " tanya Dahlia setelah menaiki escalator sebanyak dua kali.
" jalan-jalan " jawab Zuhdi sepatah.
" pusing-pusing je? Tak kan la tak singgah kedai mana-mana? " balas Dahlia pelik.
" Erm entah la aku tak tau nak pergi mana sebenarnya " jawab Zuhdi sambil memerhati ke sekeliling.
" aku tahu! jom ikut aku " Dahlia menarik lengan Zuhdi yang berlapik dengan lengan kemeja.
" dey agak-agak la nak tarik aku camtu " ujar Zuhdi setelah Dahlia berhenti menariknya. Lengan baju yang ditarik oleh Dahlia tadi dirapikan semula.
" kedai buku? Ala bosan la " rengek Zuhdi setelah melihat kedai di hadapannya.
" ikut je la kau nak SPM kan? Dah jom masuk " ajak Dahlia sambil memaksa Zuhdi masuk.
Dahlia menarik Zuhdi ke sudut buku menengah atas.Dahlia membelek-belek buku yang berada di rak yang tersusun cantik itu.
" kau paling lemah subjek apa? " tanya Dahlia ke arah Zuhdi.
Zuhdi pandang Dahlia pelik.
" ermm entah la aku rasa macam tiada " jawab Zuhdi lalu mengikut Dahlia membelek buku.
" yeke? Serius la " Dahlia mula pelik. Tak mungkin tiada.
" Ermm aku selalu dapat markah rendah dalam subjek Addmath " jujur Zuhdi lalu memilih buku Matematik Tambahan.
" addmath? Berapa markah kau selalu dapat? "
soal Dahlia lalu pergi ke rak di mana buku Matematik Tambahan berada." 60 lebih je " jawab Zuhdi lalu meletakan semula buku itu di tempat asalnya lalu mengikut Dahlia dari belakang.
" okay la tu kau nak dapat markah berapa lagi? 200% ? " Dahlia memerhati Zuhdi yang sedang leka mencari buku rujukan.
" Markah exam aku selalu nya dapat markah 70 lebih 80 lebih, tapi sampai je addmath aku dapat 60 lebih " beritahu Zuhdi lalu memegang buku yang dipilihnya.
Dahlia megangguk tanda faham. " at least kau lulus, tapi suka hati kau lah "
" Dah jom pergi sudut menengah rendah pulak " ujar Zuhdi lalu menarik lengan Dahlia yang dilapik oleh lengan bajunya.
" subjek ape kau lemah? " tanya Zuhdi pula.
" Aku lemah subjek Geografi " ujar Dahlia jujur lalu membelek buku-buku itu.
" Ala kacang je tu " Zuhdi memilih buku rujukan untuk Dahlia.
" ini buku untuk kau, aku dah pilihkan jangan risau nota dia semua lengkap sebab dulu pun aku guna buku ni " beritahu Zuhdi.
" jom pergi bayar " ajak Zuhdi lalu berjalan menuju ke kaunter.
" semuanya RM50 ringgit dik " ujar juruwang itu.
" biar aku bayar " pelawa Dahlia.
" takpe biar aku bayar, niat aku baik " Zuhdi seperti tak nak kalah.
" Emm baiklah " Dahlia akur lalu mengalah.
" untung adik sebab dapat boyfriend macam dia ni dah la baik hensem pulak tu " jujur juruwang itu setelah menyambut huluran wang Zuhdi. Mereka berdua tersenyum malu.
" terima kasih tau " ucap Dahlia setelah keluar dari kedai buku itu.
" sama-sama kasih, belajar rajin-rajin " pesan Zuhdi sambil mengenyitkan matanya.
****
Thank you
HAPPY CHINESE NEW YEAR GUYS
GO LUCKY YA ^^
THNKS FOR 1K READS
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...