Bab 52

6.9K 275 12
                                    

" asalamualaikum " Zuhdi masuk ke dalam kondominium nya .

" sayang ? " panggil Zuhdi .

Tiada sahutan . Zuhdi menapak ke dalam bilik tidur mereka . Pintu dikuak tapi tiada jugak orang .

" sayangg ? " panggil Zuhdi lagi .

Kali ini kaki nya dibawa ke bilik tetamu atau lebih dikenali sebagai tempat kegemaran Dahlia didalam kondo ini selepas bilik tidur mereka . Pintu dibuka Zuhdi melangkah ke dalam .

" sayang ? sayang buat apa tu ? " tegur Zuhdi mesra lalu mengambil tempat disebelah Dahlia .

" sampai hati abang buat saya macam ni " ujar Dahlia dalam esakan .

" sayang ? sayang kenapa ? apa yang abang buat ? " soal Zuhdi dengan cemas lalu Zuhdi duduk dihadapan Dahlia yang berada dibirai katil .

" tak sangka awak akan berkahwin dengan Amanda kan ? tak sangka " Dahlia menekankan perkataan ' berkahwin ' .

Zuhdi sedikit terkejut atas perubahan panggilan Dahlia untuk nya . Zuhdi memegang tangan Dahlia .

" sayang ? a ..a .. abang boleh explain " ujar Zuhdi dengan terketar-ketar .

" kau nak explain apa lagi Zuhdi ? kau nak bagitahu aku yang semua tu tipu ! kau takpayah cerita pun aku dah tahu " riak wajahnya berubah .

" ya Allah sayang , siapa yang beritahu sayang ? siapa ? " tanya Zuhdi makin cemas .

" bakal isteri kau tu la , aku tak sangka kau macam ni Zuhdi , tak sangka sangat " ujar Dahlia dengan nada kecewa .

" sayang please biar abang explain , please dengar dulu " pujuk Zuhdi lagi .

" kau sayang aku kan ? " soal Dahlia .

" demi Allah , abang sayang sangat dekat sayang " ujar Zuhdi sambil meraih tangan Dahlia .

" kalau kau sayang aku , aku nak kau ceraikan aku " ujar Dahlia lembut tetapi tegas .

Luluh hati Zuhdi mendengar apa yang Dahlia katakan . Dengan tidak semana-mana air mata jantan nya tumpah .

" sampai hati sayang buat abang macam ni , sayang tahu kan abang cintakan sayang , hati abang tak pernah  terbuka kepada sesiapa selain Dahlia Nasuha " Zuhdi berkata dengan lembut sekali .

" aku kecewa dengan kau , aku tak sangka kau lelaki seperti itu " air mata Dahlia menitis terkena tangan Zuhdi yang berada dipeha nya .

Esakan Dahlia semakin kuat .

" aku dah buat keputusan , kalau kau taknak ceraikan aku , biar aku pergi jauh dari hidup kau , aku taknak tengok muka kau , kau boleh berbahagia dengan Amanda " Dahlia segera bangun lalu meninggal kan bilik itu .

Zuhdi mengikuti isteri nya . Mereka menuju ke dalam bilik tidur mereka .

" sayang ? please sayang jangan tinggalkan abang " rayu Zuhdi .

Dahlia melepaskan beg baju yang baru disusun nya tadi .

" saya dah tak kuat bang , abang ingat sayang suka tinggalkan abang macam ni , sayang cintakan abang . tapi abang kecewa kan sayang . hati sayang kecewa sangat abang tahu tak " lagi sekali Dahlia menangis semahu-mahunya .

" sayang bagi abang peluang untuk betul kan keadaan ni , bagi abang peluang untuk tebus kesalahan abang " pujuk Zuhdi lagi .

" maafkan saya abang , ini keputusan saya , saya akan pergi jauh dari abang , terima kasih sebab jaga saya . saya cintakan abang . tapi keadaan tidak mengizinkan . saya minta diri dulu . asalamualaikum Zuhdi Arfan " Dahlia melangkah keluar dari kondo itu .

Senior Itu Aku Punya! Where stories live. Discover now