" pindah ? " soal Ikmal tidak percaya . Zuhdi yang leka bermain Iphone nya berhenti lalu memandang ke arah Ikmal yang sedang leka memberi makan ikan di taman mini Datin Dalia . Zuhdi menghampiri Ikmal .
" aah bang , sampai bila lagi kita orang nak duduk sini , lagi pun rumah Afan dekat dengan rumah ni , bila - bila pun Afan boleh datang " terang Zuhdi . Ikmal terasa sedikit serba salah .
" Suha kan masih bersekolah , lain la kamu dah habis sekolah , result SPM pun belum keluar lagi , kamu ada duit ke nak tanggung makan minum dan pakaian Suha ? Tinggal la sini dulu sampai Suha habis sekolah " pujuk Ikmal . Zuhdi pula yang terasa . Ada betul juga apa yang dicakap oleh Ikmal tadi .
Tapi dia perlu kan privasi untuk kenal dengan Dahlia lebih dalam . Ikmal meletakkan semula makanan ikan ditempat nya . " in sha allah Afan boleh tanggung segala keperluan Suha , lagi pun dekat office papa ada kerja kosong , sementara tunggu result SPM keluar , Afan boleh kumpul duit untuk tanggung Suha
Lagipun ini sudah jadi tanggungjawab Afan sebagai seorang suami , sampai bila lagi Afan nak bergantung pada papa dan abang , biar la kami belajar berdikari " ujar Zuhdi panjang lebar untuk meyakinkan Ikmal . Ikmal mengetap bibir nya . Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Zuhdi itu .
" em , kalau itu yang Afan nak . . abang izin kan je la , kamu dah bincang dengan Suha ke belum ? " Zuhdi menarik senyuman yang gembira akhirnya pujukan nya diterima . " in sha allah Suha setuju " ujar Zuhdi dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya .
" rumah kamu dekat mana ? " soal Ikmal lagi . " dekat Bukit Margosa " ujar Zuhdi
lagi . Ikmal bangun dari bangku berhampiran lalu mendekati Zuhdi . " jaga dia elok - elok , kalau nak dia sepenuhnya , tunggu dia habis sekolah ye ? Sabar tau " pesan Ikmal lalu masuk ke dalam rumah dengan senyuman .Muka Zuhdi memerah . ' haih ! Abang ni Afan tahu la ' bisik hati Zuhdi . Lalu masuk ke dalam rumah setelah pujuk rayu nya diterima oleh Ikmal . ' malam ni je la aku pujuk dia ' bisik hati nya lagi lalu menapak ke luar rumah untuk pergi ke Bukit Margosa .
****
Dengan muka yang masam , Dahlia membuka pintu kondo itu dengan kasar . Gila tak marah pindah dah la tak bawa berbincang . Tup Tap Tup Tap dia bawak aku lari . Haih ! Abang Suha tak nak duduk dengan dia T^T .
Sejurus pintu itu terbuka perasaan marah itu tiba - tiba hilang dari dalam diri Dahlia . Dia seolah - olah terpegun melihat isi kondo itu . Zuhdi yang baru tiba dengan beg baju mereka pandang Dahlia pelik . Zuhdi menghampiri
Dahlia ." kenapa ni ? " soal nya . Dahlia tersedar dari kekaguman nya . Muka nya berlagak biasa . " tak de pape " balas Dahlia dingin . Lalu masuk meninggalkan Zuhdi diluar . Zuhdi terpinga - pinga lalu masuk ke dalam bersama beg - beg itu . Beg - beg itu diletakkan di tepi sofa .
" jom , saya bawak awak ja . . " belum sempat Zuhdi menghabiskan ayat nya , Dahlia yang sedang memegang anak patung berbentuk gajah itu tertawa . ' wtf ? Camne dia leh jumpa benda alah ni ' bisik hati Zuhdi . Dahlia berhenti tertawa .
" ni awak punya eh ? " soal Dahlia dengan muka yang ditahan tawa . " ma . . ma . . mana ada , tu Fafa punya " tipu Zuhdi . Dahlia pandang Zuhdi dengan senyuman meleret . " yeke ? Habistu nama siapa ni ? " tanya Dahlia dengan tidak mengalah .
Lalu menunjukkan nama yang tentera di leher patung gajah itu . ' shit ! Camne dia boleh nampak ' bisik hati nya lagi . Nama di leher gajah itu tentera ' Afan Punya ' dan tulisan itu kelihatan seperti tulisan budak - budak . " ngaku je la ni awak punya " ujar Dahlia lagi .
" ok fine , tu saya punya , and stop gelak " akhirnya Zuhdi mengalah lalu merampas patung berbentuk gajah itu dari tangan Dahlia . " siapa bagi tu ? " tanya Dahlia ingin tahu . Zuhdi mencampakkan anak patung itu ke atas katil dari luar bilik . Lalu Zuhdi mengambil beg roda nya lalu tolak nya ke dalam .
" kak Af kasi , dia bagi masa saya umur 5 tahun " jujur Zuhdi dengan muka memerah sambil menarik beg roda Dahlia . " dah jom saya bawa awak ke bilik awak " Zuhdi menarik tangan Dahlia bersama . Mereka tiba dihadapan pintu bilik yang bersebelahan dengan bilik Zuhdi .
" ini bilik awak , tak sebesar bilik awak dekat rumah sana " Zuhdi menarik masuk beg Dahlia . Dahlia melabuhkan punggung nya di atas katil . " janji ada tempat tidur " Dahlia meletakkan beg tangan nya di atas meja kecil yang bersebelahan dengan katil .
" em , saya keluar dulu , kalau awak nak rehat , rehat la , saya nak mintak maaf sebab saya bawak awak lari datang sini " Zuhdi berkata dari balik pintu bilik . " saya tak kesah laa " ucap Dahlia setelah Zuhdi meninggalkan bilik itu .
****
Zuhdi mengetuk bilik Dahlia untuk mengajak Dahlia makan malam . Ketukkan pertama tiada sahutan ketukkan kedua pun begitu juga . Akhir nya Zuhdi menerjah masuk . Susuk badan isteri nya tiada di dalam bilik . Zuhdi menapak menghampiri katil Dahlia .
Kosong .
Zuhdi menapak ke bilik air untuk mencari isterinya . Perasaan risau mula menyelimuti hati nya .
Bluekkkk . . . .
Bunyi muntah itu mula buat Zuhdi bertambah risau . Kaki nya pantas menuju ke arah bilik air . Kelihatan Dahlia lesu ditepi jamban ( ? ) . Zuhdi menghampiri Dahlia . Dahlia tersenyum hambar . Muka nya pucat habis . Zuhdi mula risau . " awak okay ? " soal Zuhdi risau .
Badan Dahlia dirangkul dekat dengan nya . Dahlia mengangguk lesu . Zuhdi meletakkan belakang tangan nya di dahi Dahlia . Panas . Setelah cuci apa yang patut , Zuhdi membantu Dahlia bangun . Lalu Dahlia dibaringkan diatas katil nya . Selimut ditarik hingga ke dada .
" tunggu saya , nanti saya datang balik " pesan Zuhdi lalu bangun dari birai katil Dahlia . Tangan Zuhdi ditarik oleh Dahlia tanda jangan - pergi . Zuhdi perlahan - lahan meleraikan genggaman tangan Dahlia . " saya turun sekejap je nanti saya datang balik " Zuhdi memastikan Dahlia . Dahlia hanya mengangguk lesu .
Setelah sepuluh minit Zuhdi menghilangkan diri , akhirnya dia tiba di bilik Dahlia dengan sedulang bubur ayam dan segelas susu segar dan sedikit ubat untuk Dahlia . Dulang tersebut diletakkan di meja berhampiran katil itu . Zuhdi menapak ke birai katil Dahlia dengan semangkuk bubur .
" awak , bangun makan dulu " kejut Zuhdi perlahan - lahan . Dahlia tercelik , Zuhdi membantu Dahlia untuk duduk . Setelah baca bismillah , satu sudu bubur mendarat dimulut Dahlia yang disuapkan oleh Zuhdi . Perasaan sayang mula terbit dihati Zuhdi .
Bagi Zuhdi , Dahlia ialah seorang budak yang patut diuruskan dan disayangi seperti budak kecil . Perasaan cinta nya terhadap Dahlia mula mekar sejak dia bertemu gadis itu . Suapan keempat terhenti kerana Dahlia sudah tidak mahu makan .
Segelas susu dan ubat dicapai oleh Zuhdi . " nah minum ni , lepas tu makan ni " terang Zuhdi satu persatu . Dahlia meneguk susu tersebut lalu ubat di sambut nya dari tangan Zuhdi lalu menelan nya . Zuhdi berasa lega apabila Dahlia senang untuk makan ubat .
" dah tidur " Zuhdi mengambil semula gelas Dahlia lalu diletakkan diatas dulang semula , Zuhdi bantu Dahlia untuk baring semula . Belum sempat Zuhdi bangun untuk menghantar dulang , tangan nya dicapai oleh Dahlia . Zuhdi duduk semula dibirai katil .
" kenapa ? " soal nya . Dahlia mati kata , tangan nya yang berada ditangan Zuhdi masih digenggam rapi . " malam ni temankan saya " ucap nya lesu . Zuhdi ditarik oleh Dahlia untuk berbaring disebelah nya memandang katil Dahlia saiz king agak luas bagi mereka berdua .
Zuhdi hanya mengikut tindakan Dahlia . Dahlia baring , lalu dia terkejut apabila pinggang nya di rangkul oleh Zuhdi . Dahlia hanya membiarkan sahaja kerana bagi nya Zuhdi la perlindung nya . Akhirnya mereka tertidur sampai ke pagi .
Vote and comment
Thanks****
Asalamualaikum , hei , selamat berpuasa guys , sis nak mintak maaf jika ada salah silap dalam story ni hue hue , sis pon manusia biasa yang tak lari dari kesilapan . Maaf kan sis sebab tak dapat nak update setiap hari em yela , sis akan update bile sis ade idea je huhu .
Thanks for 122k reads / view
06 : 04
6 / 6 / 2016Bye . .
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...