Dahlia bangun dari lenanya . Kepala terasa berdengut - dengut seperti di tenyeh oleh penggelek jalan . Pernah rasa ke ? Em entah laa . Dahinya berpeluh - peluh . ' mimpi rupa nya ' . Matanya cuba di buka luas . Terdapat seorang jururawat di hadapan katil tempat dia tidur .
Zuhdi yang duduk di sofa berhampiran menghampiri Dahlia . Apabila Dahlia bergerak secara tidak langsung . " sayang dah sedar , alhamdulillah " ucap Zuhdi sambil menguncup dahi Dahlia . Dahlia tidak mengelak kerana baginya Zuhdi lah perlindungnya .
" kita dekat mana ? " soalnya . Zuhdi pelik ' mungkin dia lupa apa yang terjadi ' ingat Zuhdi , " hospital " jawab Zuhdi ringkas dan padat . " saya mimpi buruk tadi " adu Dahlia dan dia termenung seketika mengenang mimpi buruk sebentar tadi .
" awak mimpi apa " perasaan ingin tahu Zuhdi membuak - buak . " sa . . Sa . . Saya mimpi daddy koma , da . . Dan Mia dah meninggal " adu Dahlia dalam esakan yang ditahan . Zuhdi duduk dibirai katil Dahlia . Kepala Dahlia ditarik lalu meletakkan nya di dada milik Zuhdi .
" shh . . Jangan nangis sayang , saya tetap ada dengan awak " pujuk Zuhdi , ubun - ubun isteri nya dikucup penuh sayang . " tolong beritahu saya , itu mimpi je kan " muka Zuhdi diperhatikan nya . Muka Zuhdi kelihatan sayu . Air mata Dahlia nenitis dengan laju .
Zuhdi pantas menarik Dahlia ke dada bidang nya itu . " istifar , allah lebih sayang kan Mia , saya sentiasa ada bersama awak sayang sabar " pujuk Zuhdi sambil mengosok - gosok belakang Dahlia . Dahlia mengetatkan pelukan nya . ' lantak laa hari ni je aku dapat peluk dia lepas ni jangan harap ' sempat lagi Dahlia mengingati diri nya .
****
Alhamdulillah . Jenazah Mia selamat di ke bumi kan pada tengah hari tadi . Ikmal dan Darwish pula on the way pulang ke tanah air apabila mendengar berita itu . Dahlia dan Zuhdi kembali ke hospital untuk mendengar khabar tentang Datuk Azman . Dahlia menunggu Zuhdi di ruangan bapa nya . Dalam hati nya tidak putus - putus berdoa agar ayah nya sedar dari koma .
Zuhdi pula pergi ke ruangan Doktor Ilyas kerana Doktor Ilyas mahu menyampaikan sesuatu . Zuhdi menarik kerusi yang berada di depan meja Doktor Ilyas . " ada apa dok ? " soal Zuhdi dengan tidak sabar untuk tahu . Doktor Ilyas menanggalkan cermin matanya . Mata nya pandang muka Zuhdi dengan pandangan yang tajam .
" Datuk Azman sudah tidak boleh bertahan , tekanan degupan jantung nya makin lama makin perlahan dari manusia normal seperti kita ( okk sis hentam shja ) " air muka Zuhdi berubah sayu . ' ya allah tabah kan laa hati isteri aku untuk tempuhi dugaan mu ya allah ' doa Zuhdi air mata menitis tanpa dia sedar .
" ja . . ja . . jadi berapa lama tempoh dia untuk hidup ? " soal Zuhdi dengan sedikit gagap . Doktor Ilyaa yang sedang menyemak maklumat pesakit lalu berhenti seketika untuk berfikir sejenak .
" jika allah sayang dia , bila - bila masa sahaja , allah akan ambil nyawa nya " terang Doktor Ilyas . Zuhdi mengelap semula air mata nya yang menitis ke pipi .
****
Dahlia memeluk erat ibu mertua nya dengan air mata . Puan Sri Qarina memeluk erat menantu nya sambil menggosok belakang Dahlia supaya Dahlia sedikit tenang . Manakala Tan Sri Zuhadi dan Zuhdi pula sedang sibuk berbual tentang dugaan yang menimpa anak lelaki nya itu .
" maafkan papa sebab tak dapat nak tolong Afan kebumi kan arwah , papa ada mesyuarat sorry sangat - sangat " beritahu Tan Sri Zuhadi dengan sedikit bersalah kerana tidak dapat membantu anak besan nya akibat terlampau sibuk pasal kerja di office .
" sokay laa papa , Afan boleh settel kan sendiri , Afan kan dah besar " terang Zuhdi dengan sedikit bangga . Tan Sri Zuhadi tertawa melihat kebanggaan anak lelaki nya itu . " Ikmal dengan Darwish bila balik sini ? " tanya Tan Sri Zuhadi .
" dia orang ? Em . . Abang Mal cakap malam ni flight , abang Dani tak tahu laa bila flight dia " terang Zuhdi . Mata nya terpandang ke arah Dahlia yang kelihatan lemah didalam pelukan ibu nya . Terbit perasaan kesian melihat isteri nya . Begitu juga dengan Tan Sri Zuhadi .
" papa nak Zuhdi jaga Dahlia dengan baik , walaupun kau orang bukan kahwin atas dasar cinta , tapi papa nak Zuhdi cuba cintakan dia , papa tahu Zuhdi boleh bahagia kan Dahlia " pesan Tan Sri Zuhadi . Zuhdi mendengar pesanan bapa nya dengan tekun . " baik laa pa , Zuhdi akan cuba cintakan Dahlia " jawab Zuhdi .
" bagus , dah jom teman kan papa pergi tengok Datuk Azman dekat dalam " pelawa Tan Sri Zuhadi . Zuhdi hanya mengikut lalu mereka menapak masuk ke dalam wad milik Datuk Azman . Mereka menapak masuk meninggalkan Puan Sri Qarina dan Dahlia diluar .
Jari milik Tuan Azman sedikit bergerak apabila Zuhdi dan Tan Sri Zuhadi menghampiri katil nya . " Man ? Kau okey tak ? " soal Tan Sri Zuhadi setelah besan nya itu dapat mengecam mereka berdua . Datuk Azman mula mengangguk dengan perlahan . Tan Sri Zuhadi keluar dari wad untuk memanggil doktor tinggal Zuhdi bersama Tuan Azman .
" Suha ma . . ma . . mana " tanya Tuan Azman dalam kepayahan . Zuhdi mula menghampiri katil Tuan Azman untuk mendengar lebih jelas . " dekat luar , daddy nak Afan panggil dia ke , Afan panggil dia kejap " belum sempat Zuhdi mahu memanggil Dahlia . Tuan Azman menghalangnya .
" tak . . pe . . perlu ,daddy taknak Suha tengok daddy dalam saat - saat terakhir macam ni " Tuan Azman mula bercakap dengan sedikit jelas bersertakan batukan kecil . " saat akhir ? " soal Zuhdi semula . Tuan Azman mengangguk tanda meng ' iya ' kan .
" daddy dah tak lama , daddy tak nak tengok Suha sedih sebab daddy " terangnya lagi . Mata Zuhdi mula berkaca . Tuan Azman mengenggam erat tangan Zuhdi . Zuhdi membalas genggaman itu . " tolong jaga Suha untuk daddy " pesan Tuan Azman .
" jaga dia macam nyawa Afan sendiri , cuba cintakan dia dengan sepenuh hati Afan , tolong lindungi dia dan sayangi dia dengan ikhlas dan jangan sakit kan hati dia " pesan Tuan Azman dengan sedikit lancar . Zuhdi mula mengelap airmata nya yang hampir menitis .
" akhir sekali , tolong jaga keluarga daddy baik - baik , dan jangan lupa jaga Mia " mata Tuan Azman mula berkaca . " daddy , Mia dah takde " ujar Zuhdi dengan tenang . Perasaan sebak cuba ditahan nya . Akhirnya , air mata Datuk Azman yang ditahan nya tadi akhir nya jatuh ke pipi .
" innalillah " ucap Tuan Azman perlahan . Zuhdi mula terasa sebak . " Mia dah panggil , daddy pergi dulu , ingat pesan daddy " airmata nya menjadi semakin deras . Zuhdi hanya mengangguk . Dengan perlahan Tuan Azman menyebutkan kalimah - kalimah allah yang indah .
Dan akhir nya , Tuan Azman kembali ke rahmatullah dengan tenang . Dengan perlahan Zuhdi menarik selimut milik Tuan Azman menutupi keseluruh tubuh Datuk Azman . Genggaman tangan Tuan Azman di lepas kan nya secara perlahan .
' tempatkan la nya bersama orang-orang yang beriman '
Vote and comment
Thnks****
Asalamualaikum , hey readers ku mwah hue hue , akhir nya sis dpt update bab kali ni walaupun bab ni agak sdikit ke laut , hrap korng suka ^^ , exam dh hbis, yeayy ! ! Freedom ! ! Yahooo ! ! Ahahahahah .Lepasni cuti leh la update selalu . Itu pon kalau rajin hahahaha . Kalau sesape nk sruh sis promote story meh laa pm ye ^^ , (klau ade laa) kalau sis up story bru ade ke org nk bce ? Spe stuju mohon komen . Okk laa sis cau lu sok skola .
Thnks for 98k reads .
00 : 07
25 / 5 / 16
Bye . .
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...