" jom " ajak Zuhdi membuat kan Dahlia pelik.
' jom kemana pulak '
" pergi rumah mama , dia kata dia rindu awak , pergi siap cepat " Zuhdi sudah dapat membaca apa didalam fikiran Dahlia.
Zuhdi mengambil alat kawalan jauh lalu menukar ke siaran kegemarannya.
Dahlia masih duduk di situ dengan muka pelik.
" pergi lah siap cepat , saya tunggu ni " Zuhdi mula naikkan suaranya.
Dahlia bangun dengan malas lalu naik ke tingkat atas.
Zuhdi melihat Dahlia dari ekor matanya. ' haih! Nasib baik sayang '
****
" mama gembira sangat kamu datang sini " ujar Puan Sri Qarina dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya atas kehadiran menantunya itu.
Dahlia hanya menghadiahkan senyuman paling manis untuk mertuanya itu.
" mama ? Kak Ara mana ? " soal Zuhdi
Pelik selalunya kalau Dahlia datang dia lah orang pertama yang memeluk Dahlia, tapi sekarang tak de pun.
" kak Ara dia pergi mall dengan Farisya naik Pak Akob, dia kata nak beli barang untuk balik Turkey lusa " terang Puan Sri Qarina.
" lah cepat nya balik, kak Nes bila nak datang sini ?Kata teringin sangat nak jumpa adik ipar baru dia ni" Zuhdi menanyakan mama nya soalan sambil mata menjeling Dahlia disebelah Puan Sri Qarina.
" nanti dia datang lah tu , tak pun Afan je pergi rumah dia " cadang Zuhdi.
" nanti lah Afan pergi rumah dia " jawab Zuhdi malas lalu meneguk jus oren yang baru di hidangkan oleh isteri Pak Akob iaitu Mak Laila .
" papa mana mama ? " soal Zuhdi lagi.
" haih ! Biasalah dekat office je manjang " jawab Puan Sri Qarina malas.
Tan Sri Zuhadi memang kuat berkerja jarang dia berada di rumah pada siang hari melainkan waktu cuti.
" hari ni, Dahlia dengan Afan makan tengahari dekat sini dengan mama tau " pelawa Puan Sri Qarina.
Mereka hanya mengangguk.
" nanti Suha tolong mama masak okay " tawar Dahlia.
Puan Sri Qarina hanya setuju dengan pelawaan menantunya itu .
****
" duduk dengan Afan okay tak ? " tanya Puan Sri Qarina sambil menyiang ikan untuk buat ikan tenggiri masak lemak.
Walaupun Mak Laila ada untuk membantu, Puan Sri Qarina tetap memasak untuk keluarga tercinta. Mak Laila hanya membersihkan rumah ini sahaja tugas memasak pada Puan Sri Qarina.
" okay la jugak " balas Dahlia sambil matanya memandang ke arah mertuanya itu.
" mama harap , Dahlia boleh tahan dengan perangai Afan tu , dia tu manja dengan orang yang dia sayang " terang Puan Sri Qarina membuatkan Dahlia berhenti memotong kentang itu.
' manja dengan orang yang dia sayang ? Em . . '
" Afan tu dia cepat jatuh sayang dengan seseorang yang rapat dengan dia , tapi dia susah nak jatuh cinta, dia nakal sikit, manja, dia ada satu tabiat juga " Dahlia memenuhkan segala perhatian kepada Puan Sri Qarina.
" tabiat ? . . "
****
" em sedap nya bau ! " Zuhdi merapati dirinya dengan Dahlia . Pinggang Dahlia dirakulnya . Puan Sri Qarina yang melihat adegan itu tersenyum bahagia . Usai Puan Sri Qarina menuju ke dapur , Dahlia melepaskan diri dari dalam pelukan Zuhdi .
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomanceKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...