Bab 27

11.6K 432 8
                                    

*ting! - tingkap pecah* (sound efect fail 😂)

" Astagfirullahalazim " ucap Dahlia sambil mengusap dadanya.

Dahlia terkejut lalu dia meneruskan perjalanan dengan air mata yang menitis. Dahlia tahu bunyi tersebut datang dari kelas yang Zuhdi sepahkan.

Dia segera menuju ke port biasanya iaitu di belakang sekolah. Dahlia menangis sepuas-puasnya. Dia tidak menyangka bahawa Zuhdi tergamak buat dia seperti itu. Ikutkan hati, dia memang takut akan Zuhdi sekarang ni.

" Dahlia? " sapa seseorang dari belakang Dahlia.

Dahlia menoleh lalu dia segera mengelap sisa air matanya. Mukanya di sorokkan supaya lelaki itu tidak melihatnya sekarang.

" Abang Aiman ? Abang dah lama ke dekat sini? " tanya Dahlia dengan suara seraknya.

Aiman tersenyum lalu mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya lalu di hulurkan kepada Dahlia. Dahlia mengambilnya lalu dia menyeka sedikit air matanya. Aiman mengambil tempat di sebelah Dahlia.

" Dahlia menangis kenapa? " tanya Aiman dengan ramah.

Dahlia tersentak dengan segara dia cuba untuk memikirkan jawapan yang agak munasabah .

' kalau aku cakap aku gaduh dengan Zuhdi apa pulak dia cakap nanti ' bisik hatinya .

" Dahlia gaduh dengan Zuhdi lagi ke? " teka Aiman.

Dahlia tersentak. Dah kenapa dia sebut nama Zuhdi ?

" bukan la , tak de kena mengena dengan dia " dalih Dahlia.

" Habis tu sebab apa? "

Dahlia pula hanya leka membina jawapan palsu di otaknya.

" em..em.. ni masalah family Dahlia, Dahlia tak boleh cerita dengan sesapa " jawab Dahlia.

Aiman mengangguk lalu dia tertumpu di jari Dahlia . Kelihatan sebentuk cincin.

" Cincin tunang Dahlia ke? " agak Aiman.

Dahlia tersentak gila. Otaknya lingat memikirkan jawapan palsu sekali lagi.

" n..ni cincin abang Dahlia kasi " tipu Dahlia.

" yeke ? " soal Aiman dengan nada yang sinis.

" Dahlia masuk kelas dulu ya bang , tak baik berdua-duaan dekat sini , assalamualaikum " Dahlia segera bangun lalu menuju ke blok B untuk menuju ke kelasnya.

Aiman hanya menjawab salamnya lalu dia menghembus nafas dengan kasar. Jawapan yang diberikan Dahlia tadi bermain di telinganya.

" Man? Buat apa dekat sini? puas aku cari kau " tegur seseorang di belakang Aiman.

Aiman menoleh lalu dia termenung ke hadapan semula satu hembusan kasar di lepaskannya lagi.

" Kau tu , buat apa dekat sini? " tanya Aiman.

Mail mengambil tempat di sebelah Aiman .

" kau ni, kau yang suruh aku cari stok en. aku dah dapat lah ni " terang Mail lalu Mail menghulurkan sekotak rokok jenama Dunhill ke arah Aiman . Aiman menolaknya dengan kasar.

" Aku takde mood lah nak hisap, kau hisap lah " marah Aiman.

Mail mengeluarkan sebatang rokok dan pemetik api, rokok tersebut di letakannya di mulut lalu rokok itu di nyalakan. Asap yang disedut oleh Mail berkepul-kepul keluar dari mulutnya .

" Kau still nak try Dahlia ke ? better kau lupakan je niat suci murni kau tu. " terang Mail rokok tersebut di sedutnya lagi.

Aiman menjeling ke arah Mail. Kotak rokok terletak di tengah antara mereka di ambil oleh Aiman rokok di cucuh lalu Aiman menyedut rokok itu dengan nikmat .

" aku nak Dahlia tu !  Zuhdi tu? Aku tak goyang laa dengan dia, aku boleh rampas Dahlia dari dia bila-bila masa je " Aiman menghembus asap rokok itu dengan kasar.

" kau ingat, Dahlia nak pandang kau ke? Muka kau memang baik, pandai tapi hati kau tu macam setan " balas Mail tersenyum sinis.

Dia saja mahu buat Aiman sedar diri. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Rokok yang tinggal sedikit tu di pijaknya lalu puntung tersebut di campaknya di dalam semak yang berada di belakang sekolah.

" Mulut kau ni macam palat jugak kan ? kalau hati aku macam setan, hati kau macam apa ? bidadari syurga ? " perli Aiman.

" What ever la bro, aku ada sentiasa dekat belakang kau, dah lah aku gerak dulu " pamit Mail lalu dia segera beredar dari situ sambil membawa sekotak rokok itu bersama. Aiman meneruskan penghisapan rokoknya seorang diri.

Di kelas Zuhdi sepah kan...

Zuhdi termenung seorang diri. Darah di tanganya yang sedang menitik kerana menumbuk cermin tingkap di hiraukannya. Zack yang muncul tiba-tiba berlari ke arah Zuhdi.

" Ya allah, kau pahal ni?! Dengan kelas yang macam kena boom, cermin tingkap pecah dengan tangan kau yang luka " marah Zack.

Zack mengeluarkan sapu tangannya lalu menutup luka di tangan Zuhdi. A

" Fan? Cer cerita dengan aku pahal ni? "

" Aku baru tinggalkan kau sekejap, terus jadi macam ni ? kenapa ? " tanya Zack lagi.

" takde apa lah "

" ya ke takde apa? bukan aku suruh kau jujur ke dengan Dahlia ? pasal perasaan kau ? "

" aku dah jujur dengan dia , tapi dia boleh benci pulak dengan aku " terang Zuhdi.

" ouh , patutlah kelas ni kena 'boom' cinta di tolak rupanya " tambah Zack lagi.

" Bukan lah babun, kelas ni kena ' boom ' bukan sebab Dahlia " terang Zuhdi lalu Zuhdi mengetuk kepala Zack. Zack mengaduh kesakitan .

" Habis tu? " tanya Zack sambil tangannya mengusap kepalanya.

" kau kenal tak Aiman Naufal kelas 5 Bumi yang geng dia semua budak kelas 5 Neptune , dia sorang je yang agak pandai " Zuhdi turut mengusap kepala Zack akibat kesian.

Zack cuba untuk mengingati .

" Budak yang minat Dahlia , masa Dahlia form 1 tu ke? "

" dialah siapa lagi kalau bukan budak munafik tu "

" munafik ? asal munafik lak? " tanya Zack blur.

" depan cikgu acah baik, tapi belakang cikgu merokok and ponteng je tahu, munafik laa tu " terang Zuhdi.

" Tadi dia jumpa aku dia tiba-tiba je cakap pasal Dahlia, aku syak dia yang tinggalkan nota hari tu " terang Zuhdi lagi.

Zack menayangkan muka terkejutnya. Aiman tahu ke yang Dahlia dan Zuhdi ada hubungan ??

" wait ? macam mana dia tahu kau ada apa-apa dengan Dahlia " balas Zack pelik.

" itu aku tak pasti dari mana dia dapat sumber, sebab tu aku rasa kesal sebab ada orang dah tahu pasal hal peribadi aku "

" ala, kau kena tenang. mungkin perasaan kau je kut, mana tahu Aiman tu main agak je. kita jangan syak gila-gila dengan dia "

" entahlah Zack, aku tak kisah semua orang tahu pasal hubungan aku dengan Dahlia tapi aku tak nak Dahlia yang rasa tak selesa " jujur Zuhdi

" Sudah lah Fan, kau bukan buat perkara jahat pun . Insyallah takde apa tu. Pasal Aiman tu kau takyah risau sangat. Kau ingat Dahlia nak ke dengan si Aiman tu. Kalau dia nak Aiman tu, dah lama lah dia pergi kat Aiman " terang Zack panjang lebar.

" Dah lah jom balik kelas " ajak Zack. Zuhdi akur lalu mereka menuju ke kelas bersama.

Vote and comments
Thnks

******

Heyy,sorry laa sebab baru nak update,ape lah author ni lembab sangat -.-!! Ahahahahaha sorry gile guys sis tkde idea nk buat T^T huhuhuhu.

Kali ni idea sis datang sebab tu laa sis update ^^,sorry laa kalau bab ni tk best huhuhuhu.

Thnks for 52k reads ^3^
Okk bye

10/4/16
-01:25 pagi

Senior Itu Aku Punya! Where stories live. Discover now