Bab 29

11.6K 480 9
                                    

Zuhdi termenung di balkoni biliknya. Luka di tangan akibat menumbuk tingkap di sekolah masih berbalut rapi.

' Dahlia? Kau pergi mana ? Aku rindu kau '

Sudah seminggu lebih Dahlia cuba elakan diri untuk jumpa atau terserempak dengan Zuhdi. Ternyata Zuhdi rindu akan gadis itu. Mungkin Dahlia masih marah dirinya kerana bertindak luar dari batas mereka.

Sumpah Zuhdi tidak ada niat untuk cuba usik Dahlia. Telefonnya berbunyi dengan nyaring. Lantas dicapainya.

'Zack gilo'

Zuhdi mengabaikan panggilan dari Zack. Zuhdi berniat untuk meminta maaf pada Dahlia tapi Dahlia asyik mengelak sahaja. Kemudian dia mendapat idea untuk memujuk Dahlia, lantas dia masuk semula ke dalam bilik semula.

Jaket berwarna hitam disarungnya ke badan dan kunci kereta serta telefon pula diletakan di dalam kantung jaket itu. Zuhdi menuruni tangga dengan pantas.

"Mama! Afan keluar kejap ! " laung Zuhdi dari pintu utama.

Dia masuk ke dalam kereta dan keretanya menyusur laju di atas jalan untuk pergi tempat yang dituju.

****

Usai berjoging Dahlia masuk ke dalam bilik nya dan mandi. Setelah menyarungkan baju di badan, Dahlia merebahkan badannya di katil. Bingkai gambar yang terletak rapi di meja kecil dicapainya . Wajah yang dirindui ditatap dengan air mata yang menemani.

" Suha rindu mama "

Tidak lama selepas itu, pintu bilik Dahlia diketuk dan Dahlia pantas menjawab ketukan itu.
" masuk ..."

Darwish masuk dengan muka gembira.

" Suha future husband kamu datang tu dia nak ajak keluar " Dahlia tersentak.

'Dia buat apa dekat sini ? Haihh ! ' bentak hati Dahlia.

"Cakap dekat dia Suha tak nak jumpa dia" arah Dahlia lalu menyelimuti dirinya.

Darwish agak pelik. " Kamu gaduh ke ? "

" Takde lah Suha cuma malas nak tengok muka dia " terang Dahlia tetapi dalam hati masih marah akan sikap Zuhdi tempoh hari.

Darwish melangkah keluar dari bilik Dahlia. Perlahan-lahan Dahlia keluar dari dalam selimut. Dahlia berasa lega lalu dia menyelimuti dirinya semula. Pintu bilik diketuk lagi.

Dahlia berdengus kasar. " masuklah.. "

Dahlia merasakan ada benda duduk di katil nya tetapi diabaikan nya mungkin itu Darwish. Dahlia terus mengabaikannya. Tapi dia pelik kenapa lama sangat abang dia duduk tapi tak cakap apa-apa ??

"Abang nak apa lagi ? " soal Dahlia yang masih dalam selimutnya. Dahlia pelik lalu dia perlahan-lahan keluar dari dalam selimut.

"Argh!!!" Jerit Dahlia lalu dia menutup kepalanya menggunakan selimut.

Zuhdi terjatuh akibat ditolak oleh Dahlia. Sempat juga Zuhdi mengaduh kesakitan, nasib baiklah Dahlia sempat menutup auratnya menggunakan selimut. Kemudian dia ternampak Darwish yang sedang berdiri di pintu. Dia tertawa melihat Zuhdi yang ditendang oleh Dahlia.

" aduh, sakit lah Dahlia Nasuha" adu Zuhdi sambil mengusap punggungnya yang sakit akibat jatuh dari katil.

" kau buat apa dekat sini? abang apa dia buat dekat sini ? " Marah Dahlia.

"Halahh kau ni tenang lah, abang kau pun ada dekat pintu tu. Bukannya aku sorang je masuk dalam bilik kau " terang Zuhdi lalu duduk semula di atas katil milik Dahlia.

" memanglah, tapi kau tahu tak ni bilik perempuan, tak malu ke ! " Marah Dahlia lagi.

" ok fine, i'm sorry " jawab Zuhdi lalu dia berdiri kemudian berjalan ke arah Darwish, dia mula berdiri di sebelah Darwish yang berada di pintu bilik Dahlia.

Senior Itu Aku Punya! Where stories live. Discover now