" Abang tak cakap pun abang balik hari ni " ujar Darwish setelah mereka semua masuk ke dalam rumah. Dahlia menuju ke arah abang-abangnya sambil membawa sedulang air untuk mereka minum.
" Abang saja je nak buat surprise , abang ingat kalau abang balik mengejut macam ni dapat layanan yang baik , ni tak kena pukul dengan adik sendiri " ngadu Ikmal sambil meletakkan kepalanya di bahu Dahlia. Dahlia tersenyum kecil . Darwish tersengih-sengih .
" Dani fikir mamat bangla mana yang datang nak jual karpet , rupanya Abang Mal " terang Darwish atas kejadian yang berlaku beberapa minit tadi. Ikmal mula memandang Darwish dengan jelingan maut.
" kau kata aku bangla? Bangla muka hensem camni? Wahh!! Mulut kau makin menjadi sekarang ni kan? Kau sini! " Ikmal menuju ke arah Darwish.
Darwish cuba untuk lari tetapi gagal dan acara WWE pun bermula.
" abang sorry bang! Sakit bang! Suha tolong Abang Dani! " panggil Darwish dengan kesakitan.
" sayang jangan tolong dia , kau ni over sangat dah kenapa ? abang duduk kat belakang kamu je kot tak akan la sakit sangat , lembik la Dani ni " Ikmal menjentik dahi adiknya.
" sakit laa.. abang ingat abang ringan ke? Berat abang tahu tak? Sakit pinggang Dani , Suha tengok abang Mal buat abang " adu Darwish lalu mengadu ke Dahlia . Dahlia tertawa bahagia.
" Elehh.. sikit-sikit mengadu.. nampak sangat kamu ni lembik.. ni baru sikit dah sakit.. " kata-kata Ikmal membuatkan Darwish tersenyum malu.
" korang ni kalau tak gaduh memang tak sah kan? " kata Dahlia sambil mengemaskan semula bantal-bantal kecil yang berterabur di lantai akibat acara WWE sebentar tadi.
" Dani yang mula dulu sayang , pukul dia " adu Ikmal lalu menarik telinga Darwish.
" aduh jangan la tarik telinga Dani dah merah dah " Darwish mengusap telinganya perlahan .
" dua-dua salah , Mintak maaf sekarang " Arah Dahlia . Ikmal dan Darwish memandang ke arah satu sama lain lalu mereka meminta maaf sesama sendiri .
" Daddy dengan Mia mana ? " Tanya Ikmal sambil meneguk secawan air yang di sediakan oleh Dahlia. Sudah 40 minit juga lah dia duduk tetapi kelibat bapa dan adiknya masih lagi tidak kelihatan.
" daddy temankan Mia tengok movie " jawab Darwish.
Beberapa minit kemudian , pintu utama rumah tersebut di buka dari luar . Kelihatan Tuan Azman bersama Mia yang baru pulang dari menonton wayang.
" Eh , Ikmal bila sampai ? " tanya Tuan Azman dengan sedikit terkejut.
" baru je tadi " jawab Ikmal lalu menyalam bapanya.
" abang Mal , Rindu nya dekat abang " jerit Mia sambil memeluk Ikmal untuk melepaskan rindu.
" Abang pun rindu Mia . Mia sihat tak ? Best outing dengan daddy ? " tanya Ikmal lalu membalas pelukan adik bongsunya itu.
" sihat je , best bang . Mia dapat patung minion ni , daddy yang belanja " terang Mia dengan pelatnya. Dia mula menunjukkan patung itu pada Ikmal . Ikmal hanya melayan karenah Mia .
" Daddy ? Bila balik? " tanya Dahlia yang baru sahaja selesai mandi dan berbaju.
" baru je sampai " terang Tuan Azman. Dahlia mengambil tempat di sebelah Mia .
" ey busuknya dia , pergi naik mandi sekarang . Melekit-lekit " arah Dahlia. Mia meletakan patung minion itu di atas peha Dahlia .
" Baiklah " balas Mia lalu berlari menuju ke tingkat atas untuk mandi .
" Mal balik ni , Company dekat sana siapa yang jaga ? " tanya Tuan Azman lalu mengambil tempat di sebelah sofa Ikmal duduk.
" Kevin ada " jawab Ikmal lalu memeluk bantal kecil yang berada di sofa tempat dia duduk.
" abang balik berapa lama " tanya Darwish pula.
" 2 minggu je , lepas majlis tunang Dahlia abang balik sana , abang teringin nak tengok adik abang ni tunang " jawab Ikmal lalu memeluk bahu Dahlia. Dahlia tersenyum kecil .
" Kau tu bila balik Korea ? " pertanyaan Ikmal membuatkan Darwish tersedak.
" Dani cuti sebulan , sekarang kan cuti semester " jawab Darwish dengan batuk yang masih berbaki.
" daddy nak naik atas dulu , daddy nak rehat . Korang bertiga , Jangan bising okay ? " Pesan Tuan Azman. Mereka bertiga mengangguk tanda akur.
Setelah Tuan Azman naik ke tingkat atas mereka bertiga sambung menonton televisyen.
" abang " panggil Darwish.
" Apa dia " saut Ikmal sambil matanya subuk pandang ke arah telefonnya.
" jom lawan PS4 dengan Dani , Dani tahu abang bukan boleh menang pun " cabar Darwish. Ikmal membuntangkan matanya .
" Okay jom , kalau abang menang abang smackdown kau erh " ujar Ikmal . Darwish setuju dengan cabaran Ikmal lalu mereka mula main Dahlia hanya menonton sahaja mereka main .
Di rumah Zuhdi..
Zuhdi baring di atas katilnya sambil termenung ke arah siling. Zuhdi teringat akan kata-kata yang diucapkan olehnya di hadapan Dahlia di sekolah tadi.
' asal aku cakap macam tu dekat dia , aku suka dia? ' monolog Zuhdi di dalam hatinya .
Zuhdi cuba untuk menutup matanya untuk tidur akibat terlalu penat. Selepas saja pulang dari sekolah , Zuhdi bersama Zack bermain bola keranjang sebentar.
Di fikirannya asyik terfikir tentang Dahlia , senyuman Dahlia , tawa Dahlia dan muka Dahlia tengah marah. Begitu comel baginya.
' Aku suka dia ke? ' Bisik hatinya lagi.
Zuhdi menekupkan mukanya di atas bantal lalu dia menjerit sekuat hati . Telefonnya berbunyi menandakan ada orang telefon . Dia lantas menjawab panggilan itu .
' Haih apa lah yang dia nak ' bisik hati Zuhdi .
" Hello? "
" Ha jawab pun ingatkan tidur tadi "
" Mana ada tidur . Kau nak apa Zack ? "
" jom tengok wayang nak? Cerita Boboiboy " "
" Boboiboy? Sorry lah wei aku dah besar bukan budak kecik lagi , matanglah sikit Zack "
" Bukan aku yang nak tengok! Nihaa adik aku yang nak tengok , umi aku yang suruh temankan , tu lah aku ajak kau sekali "
,
" Si Haziq ke ? "" Yelah siapa lagi kalau bukan dia , jom lah "
" Hm , tapi kau payung ok ? "
" Haih yelah , aku otw ni cepat sikit siap ! "
" Ok bye "
Zuhdi mematikan panggilan lalu dia menuju ke arah bilik mandi untuk bersiap .
*******
Vote and comment
Thanks
Bye..
YOU ARE READING
Senior Itu Aku Punya!
RomantizmKisah antara Dahlia Nasuha dan Zuhdi Arfan, pertemuan mereka untuk kali pertama tidaklah begitu indah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan. Perkara ini menyebabkan pengetua sekolah mereka terpaksa ambil tindakan yang berat iaitu dengan...