Inilah saat paling digeruni oleh Katilda.Dia tidak kisah jika Tuan Puteri mahu membunuhnya, tetapi dia tidak mahu diseksa sehingga mati.Cukuplah apa yang dilaluinya selama ini.
Sylvia meninggalkan Katilda, lalu mendekati pengawal itu. "Wahai warden penjara, aku tahu kamu cintakan Katilda.Aku mahu kamu tunjukkan kesetiaan kamu sekarang,"kata Sylvia.
Pengawal itu mendongak ke arah Puteri Sylvia.Dia tidak faham apa yang dikatakan olehnya.
"Aku mahu kamu bunuh dia di hadapan aku.Ini tidak menjadi satu masalah bukan," kata Sylvia sambil tersenyum.
Pengawal itu tergamam mendengar arahan Tuan Puteri.Jika dia mengingkari arahan, dia juga akan dibunuh kelak.Tetapi, dia tidak sanggup untuk membunuh Katilda.Dia tidak tahu untuk membuat keputusan.Seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.
"Mengapa aku perlu buat keputusan seberat ini?"kata pengawal itu dengan perlahan.
Katilda memandangnya dengan senyuman manis,"Saya sudah sedia."
Pengawal itu hanya mendiamkan diri."Boleh saya tanya satu soalan?"kata Katilda kepada pengawal itu.
Lelaki itu memandangnya,"apa soalannya?"
"Siapa nama awak?" Tanya Katilda sambil tersenyum."Charles Chole", jawab pengawal itu.
"Saya akan ingat nama tu sehinggalah nafas saya yang terakhir,"kata Katilda.
"Saya janji, segalanya sekejap sahaja.Awak tidak akan rasa sakit langsung.Saya janji," kata pengawal dengan nada kesal.
"Kesakitan itu tak penting.Saya mahu segalanya berakhir.Itu sahaja," Katilda berserah.Tanpa disedarinya, setitis air mata mula gugur ke pipinya.
"Bila kita boleh mula, atau tamatkan?" kata Puteri Sylvia.
"Maaf kerana buat Tuanku menunggu.Kami sudah sedia" Kata Charles kepada Tuan Puteri.
"Aku tak mintak kamu bersedia! Aku cuma mahu dia mati.Itu satu perkara yang mudah bagi kamu bukan?" Katanya seolah-olah mahu membunuh seekor haiwan ternakan.Dia tidak perasan dia sedang berurusan dengan nyawa seorang insan tidak berdosa.
Charles bangun, seraya berdiri di belakang Katilda.Katilda memejamkan matanya.Tangannya digenggam erat.Dia kemudiannya menundukkan kepala.
Charles mengeluarkan pedangnya daripada sarung.Dia mengangkat pedangnya separas kepala."Kita akan berjumpa satu hari nanti bukan?" Air matanya cuba diseka.Sebak dan sayu mengerumuni dirinya.
"Ya, kita akan berjumpa" jawab Katilda dengan tenang.
Puteri Sylvia hanya memerhatikan mereka di sudut biliknya.Dia tidak mahu bajunya yang mahal dikotori oleh darah perempuan yang hina.
Charles menarik nafas panjang.Lantas, dia memenggal leher Katilda dengan pedangnya yang tajam.
Dengan tidak sengaja, Katilda mengelak serangan itu lantas berguling ke tepi.Katilda terkejut dengan tindakannya itu.Badannya seolah-olah bergerak dengan sendirinya.
Mata Sylvia terbeliak,"Cepat bunuh dia! Aku mahukan kepala dia!!"Kata Sylvia dalam nada yang tinggi.
Tangan Charles menggeletar.Dia terus berlari ke arah Katilda sambil menghayunkan pedangnya.
Katilda menendang tangan Charles dengan kuat.Darah mengalir daripada celahan jarinya.Pedangnya jatuh ke lantai bersama titisan darah.
Katilda berjalan ke arahnya. "Aku masih cintakan kau,"kata Charles tatkala air mata pertama melintasi pipinya.
"Cinta aku milik malaikat maut".
Dengan pantas, Katilda menendang dagu Charles.Katilda dapat merasakan rahang lelaki itu telah remuk ditendangnya.Darah mula memancut keluar daripada mulutnya.Sejurus selepas itu, dia tumbang menyembah bumi.
Puteri Sylvia tergamam melihat apa yang terjadi.Dia tidak dapat berkata apa-apa.Dia langsung tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku.
Katilda dengan pantas menggapai buku berkulit tebal di rak buku kecil berhampirannya, lalu membalingnya tepat mengenai dahi Puteri Sylvia.Paakk!!
Puteri rebah ke lantai.Balingan Katilda sebentar tadi benar-benar padu- mungkin sekali boleh memecahkan tengkoraknya.Katilda mengambil pedang milik Charles lalu berjalan ke arah Sylvia. Rambut perempuan itu digenggam lantas ditarik dengan kasar.
"Engkau perlukan seribu tahun untuk bunuh aku, perempuan sial," Bisik Katilda.Matanya kian memerah.
Sylvia telah pitam, dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk melawan.
Katilda memijak belakang perempuan itu.Bunyi retakan dapat didengari dengan jelas.Ahh, begitu indah bunyinya.
Katilda menjulang pedangnya ke udara.Lantas, dia menikam kepala Puteri Sylvia.Pedang itu menembusi dagunya.Darah memancut keluar bagaikan paip pecah.Sylvia tidak dapat menjerit, pedang itu telah menusuk gusinya.
Katilda sangat berpuas hati melihat 'hasil seninya'.Tidak sangka dia amat berbakat.
"Lebih baik aku cari jalan keluar dari sini.Inilah peluang aku untuk keluar daripada 'neraka' ni".
Matanya perlahan-lahan bertukar biru.Seperti api yang tenggelam di dalam ombak.
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantasyKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...