BAB 13

2.1K 147 0
                                    

Katilda berjalan ke tempat menyalakan unggun api.Unggun api sudah dinyalakan.Katilda melabuhkan punggungnya di atas sebuah batu besar berhampiran unggun api itu.Malam ini agak sejuk.Merehatkan diri di hadapan unggun api mungkin boleh memanaskan dirinya.

Cassandra menyapa Katilda daripada belakang."Awak, di sini ya, puas saya cari awak."

"Maaf kalau buat awak risau.Apa awak buat cari saya? Ayah awak dah makan?"

"Ayah saya dah makan.Saya mahu dengar cerita daripada awak.Ceritalah tentang pengalaman awak di istana.Saya mati hidup semula pun tak akan dapat jejakkan kaki di sana." Cassandra duduk di sebelah Katilda.

"Awak ingat saya permaisuri ke kat sana? Saya ni banduan.Tapi, saya berbeza.Saya dikurung di situ tanpa mengetahui apa sebabnya.Saya pernah bertanya tentang sebab itu, tapi pengawal telah diamkan saya dengan penumbuknya.Saya bersumpah saya tidak akan tanya lagi."

"Saya sangat bersimpati dengan awak.Mungkin awak ada sesuatu yang dimahukan oleh Denna.Tapi, tak kan awak tidak ingat langsung hari pertama awak di situ?"

"Saya tak ingat apa-apa.Mungkin air minuman saya telah diletakkan sejenis posyen.Mungkin tujuannya untuk melupakan masa lampau.Saya harap saya boleh minum posyen tu sekarang.Saya tak nak ingat langsung tentang Denna, Kerajaan Dracbarrow dan Draccastle.Saya mahu jadi penduduk biasa."

"Denna sudah bersusah payah untuk awak.Saya rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila dia dapat awak semula."

"Mungkin.Pernah ke saya ceritakan tentang sahabat saya di penjara?"

"Belum.Ceritakanlah.Saya sudi dengar," Cassandra memegang tangan Katilda yang agak sejuk walaupun mereka berhadapan dengan unggun api.

"Dia seorang lelaki."

"Teman lelaki awak kan?" Cassandra mengukir senyuman manja.

"Nama dia Gordon.Awak mesti pernah dengar bukan?"

Jantung Cassandra berdegup kencang.Dia dapat rasakan ini satu berita buruk - sangat buruk.

"Dia baru sahaja di sana, beberapa bulan lepas.Selepas dia mencuri daripada seorang bangsawan.Saya gembira, akhirnya saya ada seorang kawan untuk berbual.Kami dipisahkan dengan dinding batu yang keras.Tapi, saya masih dapat mendengar daripadanya."

"Apa yang dia telah ceritakan kepada awak?"

"Segalanya.Dia banyak beritahu saya tentang adiknya yang cantik.Tentang cita-citanya.Dia mahu jadi seorang pemanah yang handal dan berkhidmat untuk puak pemberontak untuk menjatuhkan Denna.Kami tak boleh cerita banyak tentang hal-hal politik.Pengawal dapat mendengarnya."

"Dia kata saya cantik.Wah, selama ni dia tak pernah pun cakap macam tu.Dia pernah beritahu saya tentang cita-cita dia.Tapi, dia tak pernah pun ajar saya cara untuk pertahankan diri.Dia kata dia tak mahu saya cedera, perlawanan memang memeritkan."

"Saya harap saya tak perlu cerita lagi.Awak akan menyesal kalau mendengarnya."

"Ceritakan," Cassandra memberi riak muka yang serius.

"Ok, jangan salahkan saya kalau awak tak boleh berhenti menangis sepanjang hayat awak"

"Saya dah kata, saya sedia!"

"Ok.Saya ada dengar, pengawal bawak dia keluar penjara untuk perbicaraan.Perbicaraan tu bukannya adil pun.Sesiapa yang ditangkap kerana mencuri, dia mesti membayar balik sepuluh kali ganda kepada pemilik wang dan pihak istana."

"Dia tak membayarnya kan? Apa yang terjadi selepas tu?"

"Saya dengar, ada dua pilihan.Bersumpah untuk taat setia kepada Ratu....atau"

"Atau??"

"Mati.Saya dengar dia dicampakkan ke dalam kandang singa hidup-hidup.Saya pasti dia sudah tenang di sana.Dia sanggup mati daripada menjadi pembelot.Hatinya sangat cekal.Saya sangat kagum dengan pendiriannya.

Cassandra memandang ke bumi.Air matanya menghujani tanah gersang ini.Dia cuba melawan tangisannya, tapi dia tidak mampu.Dia berteriak seperti orang gila, dia tidak mampu untuk melawan kesedihannya.

Katilda memeluknya dengan erat."Menangislah Cassandra, menangislah sepuas hati awak.Janji dengan saya, lepas ni awak lupakan segalanya.Menangislah."

"Saya janji, impian abang awak akan jadi kenyataan.Semangatnya,kekuatannya, kebijaksanaannya mengalir dalam diri awak.Awak sendiri yang akan memerdekakan kami.Dia sentiasa bersama awak."

"Saya ni lemah.Saya tidak mampu untuk pertahankan keluarga saya.Saya tidak berada di sisinya semasa dia memerlukan saya.Saya memang perempuan bodoh," kata Cassandra teresak-esak.

"Dia tidak mahu libatkan awak dalam masalah ni.Dia cakap, 'perjuangnnya telah tamat, tapi perjuangan awak baru sahaja bermula.'Ini bukan satu kebetulan Cassandra, pertemuan kita telah ditakdirkan oleh Tuhan.Saya percaya, Dia tahu semua ini akan berakhir dengan satu kemenangan."

"Macam mana kita nak berlawan dengan Denna? Dia ada segalanya.Tentera, harta dan kepercayaan raja-raja yang lain."

"Segalanya tidak mustahil apabila kita berusaha.Awak mesti ingat, kita tidak akan menentangnya berdua sahaja."

"Apa maksud awak?"

"Saya tau ada sebuah pekan berdekatan sini.Kalau awak boleh bawak saya ke sana, kita akan dapatkan bantuan ketenteraan."

"Awak sungguh berani.Macam mana kalau kita ditangkap nanti? Awak dah bersedia nak mati?"

"Pernah ke saya beritahu awak yang saya dah bunuh Tuan Puteri Sylvia dan beberapa orang pengawal bersenjata sebelum sampai ke sini."

"Awak ni siapa sebenarnya?"

"Saya tak tau.Kekuatan tu datang dengan sendiri.Saya tak mintak pun semua tu terjadi.Awak mesti membunuh atau dibunuh."

"Awak istimewa.Saya dapat rasakannya.Awak sangat tenang walaupun segala rintangan mendatang." Cassandra mengesat air mata terakhirnya.

"Awak dah berhenti menangis"

"Ya.Ia dah berhenti dengan sendirinya.Segalanya tidak dapat diselesaikan dengan air mata kan?"

"Denna tak layak terima tangisan awak."

Cassandra tersenyum mendengarnya.Jika dia buang tangisan tu, dia akan jadi seorang srikandi yang hebat.

"Awak tak nak tidur ke? Dah lewat ni." Tanya Katilda kepada Cassandra.

"Jomlah." Katilda menghulurkan tangannya untuk membantu Cassandra bangun.

Cassandra berjalan ke khemahnya meninggalkan katilda di belakang.

Kenapa aku rasa tak sedap hati? Apa yang Denna telah rancangkan sekarang.Dia mungkin sedang mencari aku.Aku tidak boleh lama di sini.

Katilda masuk ke dalam khemah.Cassandra sudah tidur.Dia hanya berselimut dan berbaring di atas tanah.

Katilda melabuhkan punggungnya di atas tanah dan berbaring di sebelah Cassandra.Tanah ini agak sejuk, tetapi tidak sesejuk penjara.Katilda menarik selimut dan tidur berbantalkan kedua-dua belah tangannya.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now