BAB 21 - MEIRA

1.8K 124 7
                                    

Degupan jantung lelaki berjubah itu dapat didengari Katilda.Tempo pernafasannya juga dapat dibaca oleh Katilda.Memang tidak disangkal lagi, orang disebalik jubah itu bukannya lelaki.Dia seorang perempuan.Wajahnya sukar untuk dilihat, agak mustahil untuk menganggar umurnya.

Gadis itu duduk menghadap Katilda.Dengan perlahan, dia menyelongkar poket jubahnya.Mungkin dia sedang mencari sesuatu.

Satu botol kecil yang diikat dengan tali dikeluarkan daripada poket.Gadis itu membuka perlahan penutup botol itu, lalu menitiskan cecair hijau pada bibir Katilda.

Katilda tidak dapat merasa posyen itu, mungkin lidahnya sudah kebas.Secara tiba-tiba,jantungnya berdegup kencang, darah dipam laju ke seluruh badan.Penglihatannya kembali pulih.Cecair itu barangkali merangsang pengaliran darahnya.

Akhirnya, Katilda dapat melihat dengan jelas gadis di sebelahnya."Tak payahlah nak tutup-tutup muka tu.Kau ingat aku tak nampak ke?" Katilda terdiam seketika.Dia cuba menggerakkan lidahnya ke tepi, ke atas dan membuat bunyi 'la la la'. "Aku boleh bercakap!!" Jerit Katilda keriangan.

Gadis itu menepuk dahinya, cuba mengukirkan senyuman palsu demi melayan kerenah Katilda."Ya, kau boleh bercakap.Racun tu dah berkumpul di tempat lain"

Gadis itu menolak hudnya ke belakang.Tak ada gunanya dia menyamar.Angin malam membelai lembut rambut perang-kemerahannya yang ikal mayang.Matanya yang keemasan dapat menambat hati setiap lelaki yang memandangnya.Kulitnya putih mulus ibarat bulan mengambang.Umurnya mungkin sekali dalam lingkungan 25 tahun dan sekurang-kurangnya telah mematahkan hati 30 orang lelaki.Tetapi, pandangan mata gadis itu nampak matang daripada usianya.

Katilda cuba menggerakkan tangan kanannya. "Ahhh!!" Teriak Katilda.Kesakitannya amat perit.Terasa bagai dipijak oleh but berpaku.

"Jangan bergerak.Kau cuma akan terukkan lagi keadaan." Nadanya sedikit risau.Tetapi, gadis itu cuba mengawal dirinya supaya tidak terlalu beremosi. "Macam mana aku nak rawat orang kalau aku sendiri terlebih risau," bisik hatinya.

"Apa dah jadi, kenapa aku tak boleh bergerak?" Soal Katilda separuh menengking.

"Darah orc yang kau isap tu..mungkin beracun," suaranya sedikit suram.

Penjelasan serba ringkas gadis itu membuat Katilda terpinga-pinga.

"Sebagai puntianak, kau tak boleh main teguk je darah sesuka hati." Ketenangan bermukim pada wajah gadis itu menampakkannya seperti seorang pakar.

"Hah? Sekejap..Satu dunia ke dah tau aku ni puntianak? Feymesnya aku..hahaha." Katilda tertawa sendirian.Selepas beberapa ketika, kesunyian bertapak kembali.Dia berharap gadis itu akan ketawa bersamanya.Tetapi, bukan semudah itu.

"Tak ramai yang dapat hidup lama lepas tau semua ni."Gadis itu membalas ringkas.Harap dia tidak akan dengar lagi 'kata-kata sampah' daripada mulut Katilda.

"Hah? Kau ingat aku faham ke? Cakaplah terus terang, kan lagi senang," Katilda membalas selamba.Dia betul-betul menunjukkan minat untuk mengenali gadis itu.

"Diam! Aku tengah fokus ni.Kalau aku tak rawat engkau segera, racun tu akan bertindak balas.Aku pun tak tau racun apa yang ada dalam badan kau sekarang."

"Habis, apa gunanya posyen tu? Sengaja nak tunjuk hebat?" Herdik Katilda.

"Tu posyen terbaik aku.Tak sangka racun dalam badan kau lebih kuat."

"Sekarang kau nak buat apa? Tunggu lagi satu botol bodoh jatuh dari langit?" Katilda ketawa kecil.

"Kalau kau cuba kacau aku lagi, kita sama-sama tengok apa kesan racun tu," kata gadis itu sedikit kasar.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now