TROLL'S FOREST (PART II)

1.7K 123 9
                                    

Langkah Troll itu terhenti.Tidak tahulah apa yang ditunggunya.Angin bertiup dingin menerbangkan helaian rambut Katilda.

"Waarrrgghhh!!" Mereka berlari serentak.Katilda tidak mampu untuk merempuh gergasi setinggi 10 kaki dengan badannya sendiri.Dia perlu memikirkan cara lain yang lebih berkesan.

Sepantas kilat, Troll itu menghayun kapaknya pada paras kepala Katilda.Katilda bertindak segera, dia menggelongsor di bawah di bawah kapak gergasi itu.Jika sesaat terlambat, hancur binasalah badannya.

Katilda menoleh ke belakang.Dia benar-benar tergamam.Kapak yang dihayunkan raksasa itu berjaya menumbangkan dua batang pokok sekaligus.

Makhluk itu mengambil kapaknya, kemudian menoleh ke belakang.Matanya yang gelap tidak bercahaya memandang tajam ke arah Katilda.Bibir hodohnya dijilat, air liur tidak berhenti meleleh.

Katilda meneguk air liurnya.Dia benar-benar buntu.Ketakutan menguasai dirinya buat seketika.Mustahil untuknya lari daripada Troll setinggi sepuluh kaki yang memegang sebilah kapak hampir sama tinggi denga tuannya.Tambahan pula, jarak mereka tidaklah begitu jauh.

Raksasa itu melangkah setapak ke hadapan, lalu menghentak kapaknya ke arah Katilda.Katilda sempat berguling bagi mengelakkan badannya terbelah dua.

Kawah yang agak besar terbentuk akibat hentakan kapak itu.Katilda agak terkejut. "Sial, aku akan bunuh kau,binatang!!" Jerit Katilda dengan berangnya.

Makhluk itu benar-benar marah,dia mendengus kasar, pandangannya seperti mahu menelan Katilda hidup-hidup.Raksasa itu seolah-olah memahami apa yang diperkatakan oleh Katilda.

Katilda langsung tidak dapat membaca minda raksasa itu.Makhluk itu seolah-olah bertindak tanpa berfikir.

Tanpa sebarang amaran, raksasa itu berlari ke arah Katilda, lantas cuba memijaknya.

Sebelum kaki raksasa itu sempat memijak bumi, Katilda menganjak kedua-dua belah tangannya ke hadapan.Anjakan tersebut menyebabkan badan Katilda tertolak ke belakang.Dia berjaya menjarakkan dirinya hampir tujuh kaki daripada raksasa itu.

"Inilah peluang untuk aku larikan diri." Katilda bangun, lantas berlari tanpa menghiraukan apa-apa di belakangnya.Makhluk itu masih mengejarnya.

Telinga Katilda dapat mendengar setiap bunyi di sekelilingnya.Dia dapat mendengar langkah besar raksasa di belakangnya disertakan dengan hayunan kapak yang berjaya menumbangkan setiap pokok pada laluannya.Sungguh menakutkan.

Katilda memandang ke belakang.
Raksasa itu masih mengekorinya."Sial, dia tak reti nak mengalah ke?"

Huarrgghhhh!!

Raksasa itu meraung.Ini mungkin petanda yang tidak baik.

Katilda menoleh ke belakang, raksasa itu sudah bersedia untuk membaling kapaknya.Kapak itu dibaling secara mengufuk.

Katilda terus mencampakkan dirinya ke bumi, menyebabkan beberapa benda tidak diingini masuk ke dalam mulutnya.Dia meludah segera tanah dan pasir yang terlekat pada lidahnya."Damn, I hate this forest."

Katilda memandang ke hadapan.Kapak yang dibaling raksasa itu meninggalkan kesan yang amat dasyat.Pokok-pokok pada laluannya hancur, tidak ada satu pun yang masih sempurna.Walau bagaimana pun, serangan yang dasyat itu berjaya dihentikan oleh sebuah batu besar setinggi sepuluh kaki.

"Sejak bila ada batu kat depan tu? Huh, hutan bodoh ni dah semakin pelik."

Raksasa itu semakin hampir.Katilda bangun, lalu memanjat sebatang pokok berhampiran.Mungkin ini satu tindakan yang agak teruk.Raksasa itu boleh merempuh pokok ini pada bila-bila dalam sekelip mata.Tetapi,Katilda sudah tidak ada pilihan.

"Dia semakin hampir," bisik hati Katilda.Dia menekup mulutnya sendiri.Cuba untuk menjadi sesenyap mungkin.

Katilda hanya memerhatikan makhluk itu berjalan melepasi pokok yang didiami Katilda.Mungkin penyamarannya telah berjaya.Hatinya bersorak riang.

Makhluk itu berjalan ke arah batu besar itu, cuba mencabut kapaknya semula.

"Aku patut pergi lebih dekat, ni peluang aku." Tangan kanannya digenggam erat. "Aku akan bunuh kau."

Batu besar itu hanya selang beberapa batang pokok daripadanya.Katilda hanya perlu melompat dari pokok ke pokok untuk sampai ke sana.

Berbekalkan kuasa anjakan daripada kakinya, Katilda berjaya mendarat pada pokok bersebelahannya.Dia cuba mencapai titik kestabilan pada pokok itu.Badannya bergoyang.Angin yang lembut mampu sahaja menolaknya jatuh.

Malangnya, kaki Katilda terpijak sebatang dahan kecil.Dia segera berpaut pada dahan yang besar sambil melihat dahan kecil itu jatuh ke bumi.Tidak mustahil, dahan sekecil itu mampu menghancurkan hidupnya.

PRAKKK!!

Katilda menekup mulutnya sendiri.Air mata mengalir daripada dahinya.Cecair masin itu membanjiri wajah Katilda.Buat pertama kali, mindanya kosong, sekosong-kosongnya.

Raksasa itu segera menoleh ke belakang tatkala dahan itu berkecai di atas tanah.Raksasa itu memandang sekeliling.Mereka benar-benar bertentang mata.Badannya menggigil bagai digoncang malaikat maut.

Huaarrghhh!!!!

Raksasa itu berlari, lalu merempuh pokok tempat Katilda bersembunyi.Sebelum pokok itu tumbang, Katilda sempat melompat ke pokok bersebelahannya.Kukunya yang tajam mencengkam erat pada batang pokok supaya tidak terjatuh.Di saat-saat genting sebegini, Katilda hanya membiarkan gerak hatinya membuat keputusan.

Raksasa menghala ke arah Katilda.Tangannya diangkat setinggi boleh, lalu menumbuk batang pokok yang besar itu.Tumbukan mengufuknya berjaya menumbangkan pokok itu.Raksasa itu ketawa riang.

Dia menoleh ke atas.Katilda telah melompat dari zon selamatnya.Dia mengilas pinggangnya di udara, lantas menghentak kepala raksasa itu dengan tumit kakinya.

Tangannya sempat menahan sebelum serangan itu dibuat.Pertembungan itu menghasilkan impak yang dasyat.Troll itu tertolak ke belakang dan hampir terjatuh.Kukunya yang panjang mencengkam tanah bagi mengelakkan dia pergi terlalu jauh.Disebabkan daya geseran yang amat kuat, kukunya hampir terbakar.

Jarak mereka tidaklah begitu jauh.Walau bagaimana pun, raksasa itu masih lemah disebabkan serangan tadi.

Tanpa berfikir panjang, Katilda memecut selaju yang boleh.Pinggangnya dikilas, lalu menendang perut raksasa itu berkali-kali.Dia langsung tidak memberi peluang makhluk besar itu untuk menyerang.

Katilda mengumpulkan tenaga pada kaki kanannya, kemudian menendang raksasa itu pada sudut 45º.Raksasa itu terpelanting, dan bergolek beberapa kali sebelum tersungkur.Memang tidak disangka, puntianak yang kecil mampu melawan Troll yang amat menggerunkan.

Raksasa itu tidak jauh daripada kapaknya.Katilda mesti menamatkan riwayat Troll itu sebelum apa-apa perkara buruk berlaku.Dia berlari ke arah makhluk itu, yakin untuk membunuhnya.

Keriangannya hancur berkecai.Makhluk itu telah menendang Katilda tepat pada masanya.Dia langsung tidak menyangka gergasi itu masih boleh bergerak.Teknik 'pura-pura mati' nya berkesan.

Kaki makhluk itu hampir sama besar dengannya.Katilda terpelanting jauh.Badannya terhempas pada sebatang pokok.Tulang belakangnya hampir terpatah dua.

Katilda tidak dapat bergerak.Segalanya kelihatan samar.Darah mengalir daripada mulut dan hidungnya.

Raksasa itu bangun, lalu menumbuk batu di hadapannya berkali-kali sehingga retak.Kesan darah sangat ketara pada batu itu.

Usahanya berjaya.Kapak tersebut sudah tercabut.Makhluk itu berjalan ke arah Katilda, bersedia untuk menamatkan riwayatnya.

Mata Katilda sudah terpejam.Tidak ada apa yang boleh dilakukannya sekarang.Nafasnya semakin lemah.

"Betul ke aku akan mati?" Soalnya sendiri. "Di sini?" Katilda terbatuk, hanya darah yang keluar. "Cassandra.Kau boleh lakukan tanpa aku." Katilda tersenyum.Air mata terakhir mengalir sebelum badannya bertukar menjadi mayat.

Badannya terbujur kaku.Raksasa itu semakin hampir.Daging puntianak yang segar dan enak terhidang di hadapannya.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now