BAB 23

1.6K 119 1
                                    

Cassandra menampar perlahan pipi Katilda berkali-kali.Dia masih belum terjaga.

"Dia ni dah mati ke?" Kata Cassandra bersahaja.Dia memeriksa degupan jantung Katilda.Telinganya didekatkan ke dada Katilda.Masih berdegup.

Cassandra mengusap dagunya sambil memikirkan jalan penyelesaian. "Seperti yang aku jangkakan.Rohnya tidak berada di sini bersama dia."

Kusut kepalanya memikirkan hal tersebut. "Cepatlah bangun.Aku tak nak mati dekat sini," rungut Cassandra.Dia bangun untuk memeriksa keadaan sekeliling.Matanya meliar memandang setiap sudut.

Dia risau akan keselamatannya.Mungkin mereka agak hampir dengan kem tentera berdekatan.Tetapi, tidak ada sebarang asap pun yang kelihatan.Cassandra musykil.

◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆

"Aku kat mana ni?" Tanya Katilda.Sedar-sedar sahaja dia telah pun berada di situ.Sebuah gua yang gelap gelita.

Pelik.Penglihatannya agak kabur di dalam gua itu.Setahu Katilda penglihatannya lebih jelas di tempat yang gelap.

Katilda meraba-raba sekelilingnya.Akhirnya, tapak tangannya menyentuh permukaan dinding gua.Sejuk dan kasar.

Dinding gua itu dijadikan pemandu arah untuknya keluar daripada gua itu.

"Sejuknya.." tangannya membaluti tubuh.Katilda menggigil.Semakin lama dia berada di situ, suhu semakin berkurang. "Aku perlu cari jalan keluar cepat."

Cahaya menerangi suatu sudut di hujung gua.Mungkin itulah jalan keluar.Dengan gembiranya, Katilda berlari ke arah cahaya tersebut.Batu-batuan yang dipijaknya tanpa berkasut langsung tidak menyakitkan.

Senyuman Katilda melebar terus pudar.Matanya terbeliak, badannya kaku mulutnya terlopong luas. "Apa semua ni?"

Katilda memerhati peperangan yang menyayat hati daripada pintu gua yang berada di atas bukit.Tumbuh-tumbuhan yang menghijau telah dicemari oleh darah pahlawan yang bertempur di bawah sana.

Hujan panah turun dengan lebatnya menikam lelaki di medan perang.Pedang dihayun bersilih ganti.Tikaman demi tikaman menamatkan riwayat mereka yang lemah.Mayat yang berselimutkan darah bergelimpangan di atas tanah.

"Semua ni salah engkau, Katilda.Segalanya," satu suara menyapa Katilda dari belakang.

Gua itu kemudiannya diterangi oleh cahaya yang agak malap.Kelihatan seorang wanita berjubah hijau zaitun menghala kearahnya.Wajahnya tidak pernah Katilda lihat.

Tiba-tiba, satu suara yang asing membisik pada telinga Katilda. "Bunuh dia.." Katilda seperti ditampar oleh lamunannya.Apa? Bunuh?

Muncul seorang gadis berambut perang cerah yang sangat Katilda kenal.Cassandra.Dia nampak lain, nampak lebih matang.

"Dasar pembelot!" Tengking Cassandra.Huh? Katilda terpinga-pinga.Tidak mengerti apa yang dikatakan gadis itu.

"Kami percayakan kau, Katilda.Tapi, kami silap.Kau memang tak layak untuk dipercayai." Kelihatan peluh membasahi tubuh Cassandra.Badannya penuh dengan luka-luka kesan pertarungan.

"Aku kecewa dengan engkau, Katilda.Tak sangka selama ni kami selamatkan orang yang salah," gadis berjubah hijau itu memandang tajam ke arah Katilda.

"Kalau boleh diputar balik masa, aku bersumpah aku akan bunuh kau di saat kali pertama kita berjumpa" Mata Cassandra mula berkaca.

"Engkau dengan Denna sama saja.Tak, kau seratus kali lebih teruk!" Celah wanita itu.

"Kau puas kan! Kau puas tengok orang-orang kita mati?! Kau memang puntianak sial! Kau memang bawak sial," air mata Cassandra mengalir perlahan menuruni luka pada pipinya.Darah bercampur dengan air mata.

Katilda terkejut melihat apa yang berada di belakang wanita itu.Tentera-tentera yang menghesot ke arahnya dengan badan yang dilumuri darah.Mereka agak ramai, mungkin berpuluh.Wanita itu melangkah ke tepi untuk memberi laluan kepada mereka.

Rupa mereka benar-benar mengerikan.Ada yang tidak mempunyai mata, tangan yang terputus, perut terbelah dan ada juga yang tidak mempunyai kepala.

"Kau akan terima balasan, Katilda." Ayat itu diulang-ulang oleh mereka seperti jampi serapah.

Katilda masih bingung.Dia tidak memahami apa yang telah terjadi.Apa salah aku? Siapa pembelot?

"Inilah mangsa kekejaman kau, Katilda.Orang-orang kita.Mereka akan tuntut hak mereka," kata wanita itu.

Askar-askar itu semakin dekat.Katilda berundur ke belakang. "Apa salah aku? Aku tak akan buat semua ni, Cassandra.Aku bukan pembelot.Apa semua ni!!?"

Cassandra mengetap gusinya.Begitu meluat melihat gadis di hadapannya itu. "Bunuh dia."

Katilda terkesima.Dia hanya mampu memejamkan mata apabila arahan tersebut diterima oleh mereka.

Kaki Katilda digenggam oleh tangan yang tidak dikenali. "Ahhhhh!!!" Kedua-dua belah tangannya menekup mata.Tidak sanggup untuk melihat.

Setelah beberapa ketika, kesunyian melanda.Tiada lagi raungan daripada askar-askar yang tercedera.Tiada satu bunyi pun kedengaran.

Kenapa aku tak dengar apa-apa? Aku dah mati ke? Tanggapan itu bersilih ganti di dalam kepala.

Perlahan-lahan Katilda meleraikan pejamannnya.Mulutnya menjadi kaku.Dia menyesal melihat apa yang telah berlaku di hadapannya.

Mayat-mayat askar dilonggokkan pada suatu sudut.Semuanya telah mati.

Di satu sudut yang lain, mayat Cassandra dan wanita ditempatkan.Kedua-dua belah kaki wanita itu telah pun tercabut, meninggalkan cebisan-cebisan daging pada tanah.Wajah wanita itu nampak pucat sekali.

Takk!

Sesuatu telah jatuh daripada siling gua.Katilda tergamam. "T-T-Tangan?!"

Katilda memberanikan dirinya untuk mendongak ke atas.Kelihatan satu lembaga yang kurang jelas sedang meratah kepala seorang gadis.Cassandra.

Darah menitik-nitik membasahi lantai gua.Katilda menggigil melihat lembaga yang mengerikan itu.Mata merah menyalanya memandang tepat Katilda.

Sepantas kilat, ia lenyap.Kepala Cassandra jatuh berkecai di atas tanah.Menampakkan biji matanya yang telah dikorek oleh lembaga itu.

Bulu roma Katilda meremang.Dia ada di belakang aku, bisik hatinya.Nafas katilda semakin memendek.

"Aku ialah engkau, dan engkau ialah aku," bisik lembaga itu.

Tak, tak mungkin!

Lembaga itu kini berada di hadapannya.Bentuknya seperti bayangan yang kurang jelas.Yang kelihatan hanyalah taring dan matanya yang merah menyilau.

Dia semakin dekat.Katilda tidak dapat berbuat apa-apa.Badannya seakan-akan dipaku oleh perasaan takutnya.

Semakin dekat lembaga itu dengan Katilda, rupanya semakin jelas.Rambutnya hitam mengurai panjang, kulitnya pucat tidak berdarah.Matanya yang merah perlahan-lahan menjadi biru air laut.

Tak, tak mungkin.Kenapa rupa dia sama dengan aku? Siapa dia ni? Siapa?!

"Aku ialah engkau dan engkau ialah aku," suaranya yang garau bergema di dalam gua itu.Senyumannya tajam seperti mata pedang.

"Aku ialah engkau dan engkau ialah aku." Suara tersebut tidak berhenti-henti bergema dalam fikirannya.Seperti hendak pecah kepalanya mendengar ayat tersebut.

Arghh!! Diam.Kenapa aku tak boleh nak bercakap?!

"Ini masa depan kau Katilda.Kau tak boleh elak semua ni.Kau akan gantikan Denna untuk berkhidmat kepada aku." Kata seorang lelaki berjubah hitam yang berwajah tengkorak di hadapannya.Sejak bila dia ada di situ?

Mustahil; aku tak akan gantikan Denna untuk kerja hina dia ni? Siapa lelaki ni sampaikan nak ramal masa depan aku?

"Kembalilah ke takhta engkau, Ratu Puntianak."

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now