BAB 25

1.4K 106 0
                                    

Gabriella menggoncang badan Ralph untuk mengejutkannya daripada tidur yang tidak nyenyak. "Ralph, bangun cepat! Puntianak tu dah hilang, anak awak pun."

Ralph terjaga lalu memberi ekspresi wajah yang agak terkejut - pura-pura terkejut. "Hah?! Macam mana boleh hilang?"

"Saya tak tahu, kami baru sahaja perasan tadi.Di dah culik Cassandra..macam mana ni?" Nadanya agak kesal seperti telah kehilangan anak sendiri.

Ralph dan Gabriella bergegas ke luar untuk memeriksa.Mereka akhirnya sampai ke tempat unggun api.

"Puntianak tu dah mengamuk.Dia dah bunuh dua orang pengawal ni," Gabriella menunding jari ke arah mayat-mayat di hadapannya.Orang ramai berkerumun di tempat itu.

Tiba-tiba, sebilah panah berdesup melintasi orang kampung, membuatkan mereka terdiam kaku.

Sekumpulan tentera berkuda bergerak ke arah mereka.Mereka berjumlah sepuluh orang.Sembilan lelaki pemanah dan seorang perempuan - Denna.

"Beta mahu mencari seorang gadis berambut hitam yang bermata biru nilam.Beta tahu dia pernah ke sini," ujar Denna yang masih berada di atas kudanya. "Ada sesiapa tahu dia di mana sekarang?"

"Dia cakap pasal perempuan puntianak tu ke?" Bisik seorang wanita di tengah-tengah orang ramai.

"Ya, memang dia.Kamu tahu dia di mana?" Denna dapat mendengarnya dengan jelas.

Wanita itu terdiam dan cuba bersembunyi.Suasana menjadi senyap sunyi seperti tanah perkuburan.

Denna melompat turun daripada kudanya.Langkahnya diatur ke arah orang kampung.

"Ada sesiapa tahu di mana dia berada?" Soal Denna sekali lagi.Malangnya, tidak ada sesiapa yang bersuara.

Denna memerhati sekeliling. "Nampaknya, dia dah buat hal dekat sini kan?"

"Dia cuba membunuh kami semua Tuanku.Kami dah ikat dia pada tiang, tapi dia telah melarikan diri bersama seorang tebusan," kata Annie.

"Saya harap Tuanku boleh tolong kami cari Cassandra, dia bersama puntianak tu," tambah Ramona.

"Jadi, dia larikan diri bersama seorang tebusan...menarik sungguh." Kata Denna. "Siapa orang terakhir yang nampak mereka?"

Gabriella membisik ke telinga Ralph. "Awak tak ada kena mengena kan dengan semua ni? Tapi, bukan ke awak orang terakhir yang bersama Cassandra? Awak tolong dia lepaskan puntianak tu ke?" Bertalu-talu soalan diberikan kepada Ralph.

Denna tertarik dengan perbualan mereka berdua. "Jadi, awak orang terakhir yang nampak mereka?" Langkah diatur mendekati Ralph.

"Tunggu Tuanku, dia tak tahu apa-ap.." sebelum sempat Gabriella menghabiskan kata-katanya, Denna telah pun mencampak dia ke tepi menggunakan sihirnya.

Beberapa orang lelaki menyambut Gabriella.Kerisauan mula timbul pada wajahnya.

Semua orang menjarakkan diri daripada Ralph.Meninggalkannya seorang di tengah.

Askar-askarnya menghalakan busur silang mereka ke arah Ralph.Denna berhenti dan memberi isyarat supaya meletakkan senjata.

"Kamu tahu kan mereka di mana? Beta hanya mahu tahu itu sahaja.Boleh kamu beri kerjasama?" Ujar Denna lembut.

Ralph terdiam seribu bahasa.Peluh menitik menandakan dia sedang ketakutan.

"Kita pernah jumpa di mana-mana ke? Awak nampak takut seperti berjumpa dengan musuh lama." Denna berfikir sejenak. "Ohh, kamu ke yang bawa Karoline lari daripada beta? Kamu memang mencari nahas.Tapi, tak apa.Dia dah lama mati."

Ralph tersentak. Karoline dah mati? Tak mungkin.

Denna memanjangkan langkah. "Beta mahu kamu menjawab soalan beta yang mudah ; Di mana mereka sekarang?"

"Aku tak perlu jawab semua tu..perempuan sial.Kami mahu raja kami, Raja Harold." Balas Ralph.

"Dia dah mati.Kamu tak perlu meraung-raung panggil nama lelaki tu lagi." Denna memerhati orang ramai.Mereka tidak berani memberi komen. "Dengar sini, kalau kamu tolong beta, beta akan tolong kamu semua.Memandangkan tempat ni tak berapa selesa, kami berbesar hati menerima kamu semua tinggal di istana beta."

"Kami tak perlukannya.Kami lebih sanggup mati di sini daripada melihat orang ramai menderita disebabkan ketamakan kau.Aku percaya, mereka akan tamatkan semua ni." Sahut Ralph.

"Kamu akan menyesal meletakkan kepercayaan pada mereka.Kamu tak mahu ke tempat tinggal yang selesa, makanan yang sedap?"

"Aku cakap, tak nak! Berapa kali aku nak cakap perempuan sial?!" Balas Ralph tegas.

"Ralph, apa awak buat ni? Awak lebih percayakan puntianak tu daripada kami semua?" Kata Gabriella. "Ralph dengar sini, kami dah tak sanggup berada di sini lagi.Mungkin ini peluang kita untuk tinggal di tempat yang lebih selesa."

"Sebagai ketua di sini, aku dah buat keputusan.Tak ada sesiapa boleh menafikannya." Kata Ralph.

Orang ramai bersorak menentang Ralph.
"Terimalah tawaran tu"
"Orang bodoh sahaja tak nak tinggal dalam istana"

"Diam manusia kotor!" Denna membeliakkan biji matanya.Mereka terdiam.

Denna memberi isyarat kepada pemanahnya.Mereka menghalakan busur silang mereka ke arah orang kampung. "Sekarang, ini antara hidup dan mati. Beta tanya lagi sekali, ke mana mereka pergi?"

"Jawapan aku masih sama."

Kesabaran Denna telah sampai ke kemuncak.Dia mencekik Ralph. "Ke mana mereka pergi?!" Suaranya bertambah garau.Matanya bertukar kehitaman.

Jantung Ralph berdegup pantas.Dia menggigil ketakutan. "M-M-Mereka ke Pekan Orton Tuanku." Ralph tidak menyangka ayat itu boleh keluar daripada mulutnya.Dia berasa serba salah mengingkari Denna.Adakah ini sihir?

"Sudah, bunuh mereka semua! Bakar tempat ni! Mereka semua sudah tidak berguna buat Beta." Arah Denna.

Ralph mencapai kaki Denna "saya merayu Tuanku, lepaskanlah mereka.Tuanku sudah janji bukan?" Rayu Ralph.

"Orang tua, kau boleh pergi mati!" Denna mengeluarkan pedang yang tersisip pada pinggangnya, lantas memancung kepala Ralph.Kepala lelaki itu berpusing-pusing di udara sebelum menyembah bumi.Darah memancut ke merata tempat.

"Ralphhh!!!" Teriak Gabriella.

Pemanah-pemanah turun daripada kuda mereka.Setiap orang dipanah, tidak ada sesiapa yang terlepas.Khemah mereka kemudiannya dibakar sehingga menjadi abu.Darah bertakung bagai kelopak air di tengah api yang sedang marak.

"Kembali ke istana, kita perlu rancang sesuatu." Ujar Denna sambil tersenyum.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now