BAB 11

2.3K 156 34
                                    

- DI DRACCASTLE -

Lucinda, seorang tukang masak diraja menghantar makanan tengah hari kepada Tuan Puteri.

Semangkuk sup tomato yang dihiasi dengan dua helai daun pudina yang segar, ditatang di dalam dulang berwarna putih yang mewah.Sedia untuk dijamah oleh Tuan Puteri.

Lucinda memulas tombol pintu kamar Tuan Puteri.Dia telah memulas dengan sepenuh tenaga namun tidak dapat membukanya.Seperti ada sesuatu objek yang besar telah menghadangnya.

Lucinda memanggil seorang pengawal yang kebetulan lalu di kawasan itu.

Pengawal yang memakai baju besi itu menghampiri Lucinda."Kenapa kamu panggil saya?"Kata pengawal itu kehairanan."Tolong saya buka pintu ni.Tersekat lah." Jelas Lucinda.

Pengawal itu memulas tombol pintu itu dengan kuat, tetapi tidak berjaya.Pengawal itu memanggil beberapa orang rakannya - tiga orang pengawal.Mereka bergegas ke singgahsana istana untuk menghadap Ratu Denna.

Denna sedang duduk di atas takhtanya yang sangat indah.Bilik itu dihiasi dengan patung marmar dan lukisan yang mahal.Bilik itu tidak ubah seperti sebuah muzium mewah.

Denna menyilangkan kakinya sambil membaca sebuah buku lama yang agak tebal.Mahkota bertatahkan berlian dan delima menjadi hiasan di atas rambutnya yang ikal mayang.Bibirnya merah umpama darah yang segar.Gaun merah bersulamkan benang emas sangat sesuai dipakai olehnya.Bagi Denna, warna merah melambangkan kekuasaan.Begitu juga dengan darah, baginya darah adalah sejenis cecair yang amat berharga.

Empat orang pengawal itu datang menghadap Ratu.Mereka melutut dan memberitahu hajat mereka: "Ratuku, hamba datang menghadap Tuanku atas satu sebab yang mustahak."

"Apakah hajat kamu?" Ratu Denna menyelak rambutnya yang ikal mayang.Pandangannya yang tajam memanah tepat pada mata pengawal itu.

"Ampun tuanku, hamba mahu meminta izin untuk memecahkan pintu bilik Tuan Puteri.Pintu itu tidak boleh dibuka." Kata salah seorang pengawal.

"Boleh bawa beta ke sana?"

"Kami berbesar hati jika Tuanku sudi bersama kami.Mungkin Tuan Puteri perlukan Tuanku sekarang."

Denna menutup bukunya dengan kasar dan diletakkan di atas sebuah meja kecil di sebelahnya.

Denna mengikuti empat orang pengawal ke bilik puterinya itu.Bilik itu terletak di tingkat lima, agak mengambil masa untuk sampai.

Setelah tujuh minit menaiki anak tangga ke tingkat lima, mereka sampai juga.Lucinda masih sabar menunggu mereka di luar kamar Tuan Puteri sambil menatang sup tomato yang sudah sejuk.

Pengawal-pengawal itu mengeluarkan kapak mereka lalu menetak pintu bilik itu.Pintu bilik itu agak kukuh, masa yang diambil agak lama.

Akhirnya mereka berjaya.Tetapi, terdapat satu lapisan kayu lagi.Mereka pun hairan.Kayu yang digunakan tidak ubah seperti kayu pada pintu bilik.Pengawal-pengawal itu sudah bertungkus-lumus untuk menghancurkan pintu yang kukuh itu.Mereka tidak larat untuk satu lagi halangan.

"Itu hanyalah sebuah almari.Tolak sahaja ke hadapan," kata Denna.Hatinya sudah tidak tenteram memikirkan tentang anak perempuannya itu.

Pengawal-pengawal itu menolak almari kayu yang berat itu ke hadapan.Mereka berjaya akhirnya.Pengawal itu keletihan, lalu mereka melabuhkan punggung di atas lantai.

Lucinda dan Ratu Denna masuk ke dalam bilik itu.Sup yang ditatang oleh Lucinda jatuh ke tanah.Dia pun menjerit ketakutan.

Dua mayat bergelempangan di dalam bilik itu.Darah memenuhi permaidani putih di dalam bilik itu dan menukarnya menjadi merah pekat.

Pengawal-pengawal itu bergegas masuk ke dalam kamar Tuan Puteri.Mereka juga terkejut dengan apa yang telah disaksikan oleh mereka.

Ratu Denna menghampiri anaknya, Sylvia.Dia mencabut pedang pada belakang anaknya itu.Darah memancut-mancut keluar.

Ini mesti kerja Katilda.Hanya dia sahaja boleh berbuat sebegini.

Mata Denna bertukar merah.Taring mula tumbuh.Denna mencekik seorang pengawal, lalu mengangkatnya.

"Bawa mayat mereka ke dalam hutan yang tidak berpenghuni dan tanam mereka di situ.Jika ada sesiapa ternampak kamu, bunuh saja mereka.Setelah semuanya selesai, beta mahu kamu berbunuhan sesama sendiri.Faham?!!"

Pengawal-pengawal itu sujud ke arah Ratu Denna."Kami akan patuh akan perintah Tuanku."

Kuku Denna mula bertumbuh.Kukunya mencengkam leher pengawal yang dicekiknya itu.Kukunya tidak berhenti bertumbuh sehingga menembusi leher pengawal itu.Badannya terpisah daripada kepala dan tersembam ke lantai.Darah mencurah-curah keluar daripada lehernya.

Denna memandang tajam ke arah lucinda yang sedang meringkuk di satu sudut berdekatan.

Denna menghampiri Lucinda.Lucinda tidak mampu untuk menjerit.Mulutnya seolah-olah dikunci oleh ketakutannya.

Denna memegang kepala Lucinda dengan tangan kanannya dan menghentaknya ke dinding.Denna mencampakkan kepala itu ke lantai, lalu memijaknya sehingga hancur.Percikan darah pengawal itu bertatah pada apron milik Lucinda.

Nafasnya semakin laju, degupan jantungnya semakin pantas seperti mahu meloncat ke luar.Air mata ketakutan mula mengalir daripada matanya.

"Jika engkau berani beritahu sesiapa tentang perkara ini, aku akan pastikan engkau terima nasib yang sama seperti lelaki ini," Denna berbisik di telinga Lucinda.

Denna menundukkan badannya lalu mengambil cebisan otak pengawal itu.Dia menggigit sedikit."Puihh," dia meludahnya."Rasanya seperti lumpur dan darah khinzir."

Denna membaling cebisan otak itu tepar mengenai dahi Lucinda.Muka Lucinda pucat tidak berdarah.Anak matanya mengecut dengan serta merta.

Rupanya kembali ke asal.Walau bagaimanapun, Denna masih menakutkan - seperti biasa.

"Lucy, aku mahu kamu kemaskan bilik ini.Jangan biarkan setitik darah pun tinggal.Kamu tahu apa akibatnya, bukan?" Kata Denna sambil tersenyum.Senyuman palsunya mampu menutup segala kesalahannya.

"Pengawal, bawa mayat mereka ke luar.Cincang mereka sehingga menjadi cebisan dan sumbat mereka di dalam sebuah kotak kayu.Tiada sesiapa akan mengesyaki kamu semua."

"Baik Tuanku."

"Lucinda, pergi ambil mop dan bersihkan setelah mereka selesaikan tugas.Ingat, jangan biar sesiapa tahu perkara ini."

Lucinda mengangguk ketakutan.Setelah Ratu keluar daripada bilik itu, mereka melaksanakan tugas mereka seperti yang telah diarahkan oleh Ratu Denna.



THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now