"Fuh, penatnya.Kebas punggung aku duduk atas kuda ni lama-lama," keluh Katilda.
"Hmm..pasal semalam tu, minta maaf ya.Aku tahu benda tu memang tak patut terjadi," kata Cassandra, malu.
"Kenapa? Tak suka ke?"
"Eh..Bukan tak suka, tapi...", muka Cassandra kian merah. "Kau tahu kan aku tak biasa dengan semua tu"
"Tahniah, kau datang pada orang yang betul.. haha", balas Katilda, megah.
Haih, lain yang ditanya lain pulak yang dia jawab.Aku hempuk kang. Bisik Cassandra.
Matahari tegak di atas kepala, menyinarkan cahayanya yang terik.Sesekali, awan putih menghalang sinarnya.
"Kita sampai jugak kan.Huh, such a tired day." Kata Katilda sebaik sahaja mereka melintasi pintu gerbang yang tertera 'Orton Town'.
"Kita kena rehat hari ni.Badan aku dah lenguh ni."
"Kau ada bawak duit tak nak sewa bilik?" tanya Katilda.
Alamak, aku tak bawa duit langsung.Bodohnya aku.Macam mana aku boleh lupa? Sekejap, aku mana ada duit.Macam mana aku nak ingat benda yang aku tak pernah ada? Kata Cassandra di dalam hati.
"Oi, kau dengar tak ni?"
Haih, bisinglah dia ni.Aku tengah fikir kan.
"Kau tu keturunan 'diraja' kan? Tak kanlah Denna tak bagi kau cap mohor dia.Kalau ada benda tu, kau nak pergi bulan pun boleh", jawab Cassandra bersahaja."Cap mohor yang ni ke?" Katilda menayangkan jari tengahnya pada Cassandra.
"Hahahaha..bongok," tawa Cassandra. Haih, menjawab je kerja dia.
Tawa diganti dengan kesunyian.Mereka berdua menatap Pekan Orton yang luas terbentang.
Pekan Orton ialah tempat berkumpulnya pedagang-pedagang dari serata pelusuk negara Dracbarrow.Selalunya pekan ini akan dihujani ramai pedagang yang menjual pelbagai barangan dari makanan harian hingga ke aksesori lelaki dan wanita.Tidak lupa juga pengunjung yang memeriahkan lagi pekan ini.
Tetapi, semakin lama bilangan pedagang semakin berkurang.Ini telah menyumbang kesuraman pada pekan ini - yang dahulunya sangat meriah; bagaikan pesta.
Bunyi tangisan tiba-tiba memenuhi segenap ruang.Mereka meninggalkan kuda, lantas berlari mendapatkan tangisan tersebut.
Kelihatan seorang wanita - lewat 40an - sedang menangis teresak-esak.Dia seperti tersembam di atas tanah - melayan tangisannya yang tidak berpenghujung.
Sebuah gerai yang telah dimusnahkan menarik perhatian Katilda.Gerai menjual epal itu telah hancur bagai dihentam ribut.Epal bertaburan di atas tanah - menanti untuk dikutip - atau dipijak.
Ini mesti kerja orang-orang Denna, getus hati Katilda.
Cassandra cuba untuk menenangkannya.Dia melabuhkan punggungnya berdekatan wanita itu.Belakangnya Cassandra usap beberapa kali sebelum mendakapnya.Mereka nampak mesra walaupun baru pertama kali berjumpa.
Katilda masih berdiri - beberapa kaki daripada mereka.Dia memandang plat berhias yang ditampal berdekatan pintu rumah dibelakang gerai tadi. 'Mary Hagans', itu yang tertulis padanya.
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantasyKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...