BAB 33 - Immortal Love

1.3K 97 7
                                    

Sarafina menghempas badannya ke dinding gua.Dia menggelungsur perlahan-lahan hingga punggungnya menyentuh lantai gua.

Nafasnya dihela, berat.Hatinya telah berparut seribu.Kesedihan yang ditanggungnya selama ini tidak dapat dibendung lagi.Biarlah ia pergi buat masa ini dari dibiarkan bernanah.

Rambutnya dicekak perlahan.Matanya dipejam untuk melupakan segala sengsara yang bermukim di hati.Nafas dihela, sekali lagi.

Bayangan Darren terpapar di benaknya sebaik sahaja dia memejamkan mata.Sarafina mahu menggapai bayangan itu, lalu memeluknya erat agar dia tidak akan kehilangannya lagi.Tetapi, segalanya mustahil.Apa yang boleh dibuat hanyalah membiarkan bayangan itu membawa pergi air matanya sebagai peneman di kala sunyi.

Sarafina membelai rambutnya perlahan.Dia membayangkan lelaki itu sedang mengusap rambutnya. "Darren..rambut aku ni, aku jaga bagaikan nyawa aku sendiri.Tak ada sesiapa boleh menyentuhnya melainkan kau seorang.Aku tahu, kau memang suka rambut aku." Kata Sarafina bagai orang tidak bermaya.

Tiba-tiba kenangan indahnya bersama Darren terpacar kembali di fikiran.

Darren pada ketika itu sedang memeluknya sambil menatang tapak tangan.Cuaca ketika itu amat sejuk sehinggakan masih terasa dinginnya walaupun memakai baju tebal.

Salji mula turun dari awan yang mendung.Perlahan-lahan ia mendarat di atas tapak tangan lelaki itu.

Padang berumput itu perlahan-lahan dilitupi permaidani yang berwarna putih.

Darren mengepal salji yang  berbusut di atas tanah.Lalu, dia menyuakannya pada Sarafina.

"Eh, kenapa ni?" ujar Sarafina, terkejut.Asap keluar daripada mulutnya ketika bercakap.

"Tengok salji ni, cantik bukan?" mata hijaunya memandang Sarafina bersama senyuman yang tidak lekang di bibir.

Sarafina mengangguk.Dia tidak tahu apa yang difikirkan lelaki itu.

"Salji.Walaupun panas ketika dipegang, tetapi orang masih cakap ia sejuk." Darren membuang salji daripada tapak tangannya lalu memegang pipi Sarafina. "Sama seperti awak.Walaupun di mata orang lain awak ni kasar, panas baran, tetapi awak masih seorang perempuan.Perempuan dan kelembutan tak boleh dipisahkan walau sehebat mana pun dia berlawan dan setangkas mana pun dia di medan perang.Mereka layak disayangi."

Darren menepis salji yang terdapat pada hood Sarafina. "Setiap kali aku pandang kau, hati aku rasa sejuk dan tenteram.Kecantikan kau, setanding dengan keindahan salji di malam hari."

Sarafina hanya menunduk malu.Jantungnya berdegup kencang tatkala lelaki itu memujinya tanpa henti.Tiada perkataan yang mampu dizahirkan ketika itu.

Darren menyelak hood yang dipakai Sarafina, seraya menampakkan rambutnya yang putih bersinar.

"Rambut awak.. " Darren seperti malu untuk menyambungnya. "Rambut awak cantik.Saya nak awak janji, tak ada mana-mana lelaki yang boleh membelainya melainkan aku."

Darren mengucup rambut Sarafina yang mengurai apabila ditiup angin salji.

Sarafina mengangguk tanda setuju.Hati Darren terus berbunga riang.

Dia segera memeluk Sarafina erat. "Aku bersumpah dengan nama salji yang indah ini, yang aku akan jaga kau sampai bila-bila.Tak ada sesiapa yang boleh memisahkan kita."

*******************

Apabila terbayang kisah itu, hati Sarafina terus tersentak. "Kita memang bodoh kerana bersumpah pada salji.Salji akan cair dan tidak kekal selamanya."

Air matanya mula jatuh ke pipi.Kepalanya didongakkan ke siling gua. "Alangkah bagusnya aku boleh melihat salji semula sebelum aku mati."

Apa yang aku fikirkan ni? Aku tak akan mati.Aku tak nak mati sebelum aku dapat jumpa Darren.

Sarafina memeluk tubuhnya. "Aku dapat rasakan kau ada di sini Darren.Aku dapat rasakannya.."

"Di sebabkan kau ada di sini, aku mahu nyanyikan kau satu lagu," kata Denna seperti orang yang meracau.

"I wanna be immortal, like a God in the sky," Sarafina mula menyanyi.Alunan suaranya begitu merdu bagaikan seruling yang ditiup lembut.

"I wanna be silk flower, like i'm never gonna die.
I wanna live forever,
forever in your heart." Setitis air mata mula gugur.Sarafina benar-benar mahu menyanyikan lagu ini kepada Darren sebagai tanda cintanya, tetapi masa tidak mengizinkan.

Sarafina menyambung kembali melodi dukanya.

"When you love somebody,
they'll always leave too soon.
But a memory, a memory,
can make a flower bloom.

I wanna mean something to somebody else.
Feel a significant in the real world.
It's not enough to live out a lucky life...

I'm forever chasing after time,
But everybody dies, dies,
If i could buy forever at a price,
I would buy it twice, twice,
But if the earth ends in fire,
And the seas are frozen in time,
There'll be just one survivor,
The memory that i was yours and you were mine..."

Air mata Sarafina berlinangan di pipi apabila dia menyanyikan lagu tersebut.Dia benar-benar tersentuh kerana lagu itu menggambarkan dengan tepat cintanya terhadap Darren.

"Darren.. " suara Sarafina seakan-akan berbisik. "Cinta kita amat hebat. Maut pun tak dapat nak memisahkan kita selama-lamanya."

Sarafina mengusap lembut pipinya. "Hampir 40 tahun kita tak berjumpa.Aku di sini sihat.Aku masih sama seperti dulu.Aku tak akan biarkan sebarang kedut pun mencacatkan muka aku.Aku mahu nampak sentiasa cantik di mata kau, Darren.

Air matanya masih lagi mengalir.Sarafina seakan-akan lemas di dalam sembilu.Hatinya pula sedang dirundung duka.

Sarafina bangun dari duduknya.Dia mengesat air mata dan memaksanya untuk berhenti. Tak ada gunanya aku habiskan air mata di sini.Lagi lama aku tunggu di sini, lagi lama Darren tunggu aku.

Sarafina mengambil Katananya yang terperuk di sudut gua.Ditarik sarungnya sehingga suku terdedah.Permukaan rata Katana itu memantulkan wajah serius wanita itu.

"Lamia, kita akan beraksi buat kali yang terakhir.Buatkan aku bangga." Sarafina menutup kembali Katananya, lalu disisipkan pada pinggang.

Dia mengambil beg galasnya, kemudian beredar dari situ. Tanpa menoleh ke belakang, dia terus berjalan.

Sarafina mendongak ke atas.Matahari sudah terpacak di atas kepalanya.

"Pekan Orton agak jauh dari sini.Aku tak akan sampai dengan cepat kalau berjalan kaki. "

Sarafina meraba-raba pinggangnya; mencari tempat letaknya kertas jampi.Dia membuka butang beg kecil pada tali pinggangnya, lalu mengeluarkan beberapa keping kertas.

Kertas itu berwarna perang lumpur dan kelihatan agak usang.Terdapat kesan koyak di bahagian tepinya.Pada bahagian hadapannya, tertera nama makhluk seruan dalam tulisan Jepun.

Sarafina membelek setiap satu keping kertas jampinya untuk mencari makhluk yang sesuai digunakan pada masa ini.

"Goblin, tak. Banshee, tak. Harpy, tak.Ahh..ini pun dia. "
Sarafina mengambil kepingan kertas yang tertera 'Qilin' (unikorn) padanya.

Dia mencampakkan kertas nipis itu ke udara.Lantas, dia mengunus Katananya seraya memotong kertas itu kepada dua kepingan.

Bulatan yang terdapat lima bintang di tengahnya terpampang di hadapan Sarafina.Asap yang tebal menyelubungi hingga ke tanah.

Setelah asap itu surut, muncul seekor kuda putih bertanduk di sebalik bulatan magik itu.

"Aku akan tiba, Orton Town."

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now