BAB 18

2.1K 137 0
                                    

Gabriella sangat teruja.Tanpa berlengah, Gabriella berlari keluar daripada khemah.Mungkin dia mahu memberitahu Ralph tentang berita baik ini.

Cassandra bangun daripada perbaringannya.Dia menekan kepalanya yang masih berdenyut.Mungkin disebabkan mimpinya sebentar tadi.Dia tahu, dia tidak boleh berlengah.Apa yang dikatakan oleh ibunya itu mula difikirkannya semula.

"Aku tahu, perkara ini tidak boleh dibuat main-main.Apa yang Mak cakap tu, ada betulnya.Apa yang aku patut buat sekarang?!"Cassandra memegang dahinya.Dia begitu runsing sekarang.

Dia melihat sekelilingnya.Hanya khemah kecil dengan perkakas dan ubat-ubatan.Cassandra terpandang sebuah jam lilin di sudut khemah.Jam itu menunjukkan pukul 12, mungkin tengah malam.Lilin itu hampir habis, mungkin mereka patut menukarnya dengan yang baharu.

"Sudah pukul 12 tengah malam.Enam jam sebelum mereka membakar Katilda.Mungkin upacara ini akan dijalankan sebelum subuh.Alamak!! Aku tak ada banyak masa.Aku mesti bawa dia lari daripada sini sebelum terlambat."

Cassandra tidak pernah menyaksikan upacara membakar puntianak sebelum ini.Dia pernah terdengar tentang adat dan pantang larangnya.Puntianak akan diikat pada sebatang tiang dan tidak diberi makan dan minum.Mungkin mereka akan menabur bunga ros di sekeliling puntianak, kemudian menjerut bibir mereka dengan dawai atau dahan poko yang berduri.Ini satu upacara yang sangat kejam dan penuh dengan penyeksaan semata-mata.

Ralph berlari ke dalam khemah untuk mendapatkan anaknya.Ralph memeluk Cassandra dengan erat, lalu air matanya mengalir dengan sendiri."Syukurlah kamu dah bangun.Ayah tau, kamu gadis yang kuat."

Cassandra tidak tahu apa nak dikatakan.Dia cuma membalas pelukan ayahnya."Gabriella, boleh tak awak tinggalkan kami bersendirian.Ada sesuatu yang perlu kami bincangkan.Saya harap awak tak kesah," kata Cassandra dengan tenang.

"Baiklah.Berboraklah kamu anak-beranak.Saya nak balik, dah lewat ni.Kesian Ramona terpaksa jaga anak-anak saya.Dah lah dia yang tolong saya cari herba-herba petang tadi.Mungkin saya patut beri dia upah banyak sikit,"jawab Gabriella.

"Kalau macam tu, awak baliklah dulu," sahut Ralph.

"Ok, jumpa lagi esok." Gabriella keluar daripada khemah.

Gabriella terus ke khemahnya.Tidak terlintas pun di fikirannya untuk mencuri-curi dengar perbualan anak-beranak itu.Itu sangat tidak sopan baginya.

Cassandra memegang tangan ayahnya.Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.Dia sudah buntu.

Dia memandang wajah ayahnya.Walupun sudah berusia, wajah Ralph tetap berseri.Janggutnya yang panjang dan putih, pandangan matanya, menampakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang berkaliber.

Kemudian, dia melepaskan pegangan, lalu dia menundukkan pandangannya.Ini menimbulkan kemusykilan terhadap Ralph.

"Kenapa ni Cass? Ayah ada buat salah ke?"

Cassandra mengelengkan kepalanya.Dia masih menghadap lantai.Dengan perlahan, dia berkata,"Ayah, saya nak cakap sesuatu."

Ralph memandang anaknya."Apa dia Cass? Kalau perkara itu tak penting, lebih baik kamu lupakan.Kamu kan masih cederan, tak perlulah fikir banyak sangat," pesan Ralph.

"Ini penting ayah."

"Hmm..apa dia cass?"

"Saya mimpi mak."

"Kamu mimpi mak kamu? Tapi kamu tak pernah jumpa dia kan? Dia meninggal sewaktu kamu berusia 1 tahun.Mustahil kamu masih ingat dia."

"Itu kali pertama saya jumpa dia.Dia sangat cantik ayah."

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now