BAB 6

2.4K 176 9
                                    

Katilda perlahan-lahan membuka matanya."Aku masih hidup??"

     Katilda bangun daripada perbaringannya, bingkas mendongak ke atas.Dia masih dapat melihat juntaian selimut yang diikatnya tadi.

    "Tingginya menara ni.Satu keajaiban aku masih hidup " kata Katilda sambil mencari kesan luka pada badannya.

    "Aku tidak mengalami sebarang kecederaan.Ini mimpi ke?" Katilda mencubit pipinya.Ternyata ini bukannya mimpi.

    Katilda baru teringat yang dia sepatutnya lari daripada tempat ini.Matanya tajam memerhati persekitaran.Bagus, tiada sesiapa di sini.
Katilda segera berlari meninggalakan perkarangan istana.

     Dia meredah masuk sebuah hutan yang tebal - penuh dengan pepohon yang menghijau.
      
      Katilda terpinga-pinga.Dia tidak tahu ke mana hala tujunya selepas ini.

     "Aku mesti cari perkampungan di sekitar sini.Aku mesti menyorok.Aku tak nak mati"

     Tiba-tiba, Katilda terserempak dengan seorang pengawal yang  sedang meronda.Tak guna!

    "Berhenti, kalau tak, aku akan bunuh kamu" katanya.Mukanya sangat bengis, tiada keceriaan langsung di dalam jiwanya - aku dapat merasinya.

"Aku yang akan bunuh kau.Jadi, berdiri di situ diam-diam.Aku akan tamatkan kau dengan sekali pukulan sahaja" gertak Katilda.
      
     Pengawal itu mengeluarkan pedangnya, lalu dihalakan ke arah Katilda.Tangannya terketar-ketar dan peluh mula membasahi dahinya - pandanganku cukup kuat untuk mencairkan bebola matanya.
     
     "Kenapa keluarkan pedang untuk berlawan dengan seorang wanita yang tidak bersenjata? Engkau memang tidak layak untuk pedang tu," kata Katilda sambil bercekak pinggang.
     
      Tanpa menghiraukan apa yang didengarinya, pengawal itu terus berlari ke arah Katilda.Pedangnya dihayunkan ke wajah gadis itu.
     
     Katilda menahan hentakan pedang itu dengan kedua-dua belah tapak tangannya.
Lelaki itu menggunakan sepenuh tenaganya untuk menembusi pegangan Katilda, namun tidak berhasil.
     
      Katilda mematahkan pedang itu dengan tangannya.Serpihan pedang itu jatuh menyembah bumi.

Dia menggigil.Peluh mula mengalir daripada dahi dan lehernya bagaikan menangis meminta tolong.Lelaki itu melutut ke arah Katilda."Ampunkan aku.Biarkan aku hidup.Aku akan laksanakan segala perintah Cik" rayunya.
     
      "Kau patut belajar daripada kesilapan kau.Jangan sesekali berkhidmat untuk Denna."

      Lelaki itu tidak berkata apa-apa.Dia masih menundukkan pandangannya - dia takut untuk bertentangan mata denganku.
     
      "Pandang aku!" Tengking Katilda.
   
       Lelaki itu mendongak ke arahnya sambil memejamkan matanya.
   
        Katilda tersenyum.Tangannya digenggam lalu diangkat separas bahu.Kemudian, dia menumbuk muka lelaki itu dengan sepenuh tenaganya.
 
        Tumbukannya telah memecahkan tengkorak lelaki itu.Katilda meramas otak lelaki itu - ianya lembut seperti jeli.
   
        Katilda mengambil secebis otak lelaki itu, lalu disuapkan ke dalam mulutnya.Keenakkan yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.
   
      Tetapi, apabila tiba satu ketika, dia berhenti."Apa yang dah aku buat ni?!!"
Katilda melihat telapak  tangannya yang berwarna merah pekat.Masih terlekat cebisan otak pada kukunya.Katilda memalingkan pandangannya lalu muntah.Dia menumbuk dadanya agar apa yang dimakannya itu diluahkan semula.
     
      Malangnya, apa yang keluar hanyalah darahnya sendiri.Dia terlalu memaksa sehingga berlaku kecederaan pada dirinya.
      
      Katilda beredar dari situ.Dia tidak sanggup melihat mayat lelaki itu - sungguh mengerikan.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now