BAB 37 - Execution

1.1K 76 2
                                    

"Kau tak perlu risau kehilangan banyak darah.Benda ni akan sedut kesemuanya!" Denna memberi senyuman menghina.

Dia mengorak langkah ke arah Zhara yang telah rebah di hadapannya.

"Kau nak apa, ha?" kata Zhara dalam kesakitan.Dia sudah tidak dapat bertahan.Darahnya telah disedut keluar dari badan tanpa dihalang.

Denna merentap hujung rantainya dari tapak tangan Zhara.Darah mengalir deras dari kesan luka.

"Argghhhh!!" Zhara sudah tidak dapat merasa tangannya.Segalanya terasa kebas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Dia segera mencari ikhtiar  untuk memberhentikan darahnya dari mencurah keluar.

Disekanya luka itu dengan chi pada tangan yang lagi satu.Namun, tidak berkesan.Lukanya terlalu parah untuk dirawat sendiri.

"Zhara, tak ada gunanya kau buat macam tu.Bertambah sakit lagi adalah," Denna mengeluh.Rantainya pantas menyusup masuk ke dalam pergelangan baju.

Zhara tidak memberi sebarang jawapan.Giginya diketap kuat; seperti hendak patah kerana menahan sakit yang amat.Peluh dan tangisan mengalir seiringan.
"Dengar sini, kalau kau tolong aku, aku akan ampunkan kesalahan kau.Aku dah tak ada sesiapa, Zhara.Kamu berdua sahajalah peneman hidup aku.Tak tergamak aku nak apa-apakan kamu berdua, apatah lagi nak bunuh.Aku sayang kamu berdua, tapi aku terpaksa.Aku janji akan rawat kau untuk menebus kesalahan aku.Tapi, kau mestilah buang sekatan dalam badan aku dulu.Kalau tak, macam mana aku nak rawat kau." Denna memujuknya lembut.

Hati Zhara berbelah bahagi.Dia sudah tidak tahan menanggung derita.Dia perlu membuat keputusan sebelum terlambat.

"Aku setuju," Zhara pantas berkata. Dia sudah tidak dapat berfikir panjang.Kewarasannya telah dihenyak sehingga hancur  seperti tangannya.

Denna mendekatkan badannya pada Zhara. "Jangan cuba nak buat yang bukan-bukan." Denna memberi amaran seraya mengeluarkan jarum dari celahan jari.

"Tarik nafas dari lubang hidung dan hembus ke mulut," Zhara memberi arahan.Denna hanya menurut kata-katanya.

Zhara menumpukan chi pada jari-jemarinya, lantas dia membuka chakra Solar Plexus milik Denna.Dengan menggunakan segala tenaga yang ada, Zhara membawa chi-nya dari seluruh badan Denna ke tekak.Chi itu kemudiannya dipaksa keluar melalui mulut perempuan itu.

"Ahh...." Satu cahaya putih keluar dari mulutnya yang ternganga.Cahaya itu kemudiannya lesap ke dalam udara.

Denna dapat rasakan tenaganya mengalir deras di dalam tubuh.Badannya terasa begitu segar seperti sedang mandi di tasik kayangan.

"Ahh.. Ahh..Sekarang tolong ubati tangan aku pulak," kata Zhara termengah-mengah.Dia menyua tangannya yang tercedera pada Denna.

"Aku akan kotakan janji aku." Denna menggigit hujung jari telunjuknya.Darah mengalir perlahan melalui kesan gigitan.

"SžhæłtārNåmáë." Denna membisik jampinya, kemudian dititiskan darah pada tapak tangan Zhara.

Darah itu diserap masuk ke dalam dagingnya.Pembuluh-pembuluh darah tumbuh pantas seperti akar yang memenuhi lantai bumi. Setelah itu, lapisan daging terbentuk dan mula menyelaputi salur darah.Lapisan terakhir, iaitu kulit, membaluti dagingnya.Tiada kesan parut yang ditinggalkan.

"Terima kasih," kata Zhara, perlahan.

"Sama-sama.Sekarang ni, kita dah seri."

Zhara terasa kebas di kepala.
Pandangannya mula kabur.Badannya terhuyung-hayang seperti berada di tengah laut.Dia terus rebah ke lantai.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now