BAB 32 - SUMMONING

1.3K 103 0
                                    

Sarafina bergerak bagaikan angin, membawa dendam pergi bersamanya.

"Draconda, tergamak kau tipu aku.Aku ingat kau memang nak tolong aku, tapi kau tak ubah macam yang lain - tikam aku dari belakang."

"Laju lagi!" Sarafina menyepak perut kudanya.Lantas, pergerakannya bertambah laju.Rambut putihnya ditiup angin kemcang.Giginya diketap sekuat hati.Matanya sudah merah kerana menahan geram.

selepas beberapa ketika, dia sampai ke destinasi yang ditujuinya.Bukan Pekan Orton, tetapi sebuah gurun di kawasan tandus.

Sarafina melompat dari kudanya.Matanya meliar memerhati kawasan sekeliling.

Gua di hadapannya kelihatan agak usang.Mungkin sudah berpuluh tahun tidak dikunjungi sesiapa.

Sarang labah-labah yang telah bermastautin pada gerbang gua ditepisnya sehingga terlerai.

Suasananya amat sunyi, suram dan lembap.Banyak haiwan gua yang telah bermaharajalela di sini.Stalaktit dan stalakmit menghiasi indah siling gua seperti sebuah candelier.

"Tempat ini sesuai untuk seru dia," suara Sarafina bergema.

Sarafina meletakkan beg kulit dan Katananya di sudut gua.

Sarafina berfikir sejenak. "Kalau hendak seru dia, aku perlukan api.Tapi, apa yang boleh aku bakar?

Ermm.. kertas letupan? Tak.Benda tu tak boleh dibakar sesuka hati.Kertas jampi pulak? Eh, tak boleh.Benda tu berharga.

"Apa yang aku nak buat ni?!" Sarafina menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Hutan jauh dari tempat ni.Yang ada dekat sini cuma pasir dan batu aje.Aku tak akan patah balik semata-mata nak cari kayu."

"Patah balik.. ermm.." satu idea terlintas di benaknya.Dia segera memalingkan pandangannya ke luar.Riak wajah Sarafina jelas berubah.

Sarafina meletakkan dua jari pada bibirnya, seraya mengeluarkan bunyi seperti bersiul.

Kuda putihnya bingkas masuk ke dalam gua.Badannya yang putih menyinari dinding gua yang kelam.

"Mari sini Jacky, jangan takut.Ini Tuan kau." Jacky mendengus, seraya mendekati Tuannya.

Sarafina mengeluarkan pisau yang tersisip pada peha kirinya.Pisau itu didekatkan pada bibir, lalu dijilatnya.Lidahnya terhiris.Cecair merah pekat mengalir membasahi pisau itu.

"Maaf ya Jacky.Aku terpaksa 'tidurkan' kau... selamanya," kata-katanya disudahi ketawa kecil.Darahnya bercampur dengan air liur ; dihisapnya sehingga kering.

Sarafina mengusap lembut surai kudanya.Jacky menyondol manja Sarafina, seraya mendengus perlahan.

Sarafina memeluk leher kudanya, lalu memberi kucupan pada dahi. "Aku sayang kau Jacky," kata Sarafina perlahan.

Sarafina mengambil peluang setelah Jacky ditenangkan.Dia menyerang pada titik buta haiwan itu.Perut Jacky ditikamnya dari bawah.Dia langsung tidak melawan.

Racun pada darah Sarafina meresap masuk ke dalam tubuh Jacky.Otot-ototnya kejang seperti direntap dengan kuat.Dia terus rebah di lantai gua yang dingin.

Tidak lama kemudian, kesan tikaman itu bercantum semula seperti sedia kala.Jika dilihat dari luar, dia kelihatan sama seperti tidur sambil dibuai mimpi indah.Tetapi dari dalam, dia telah pun mati.Inilah teknik membunuh Sarafina yang digelar 'Silent Death'.

Mangsa tidak dapat menjerit selepas ditikam.Racun pada darah Sarafina bertindak balas dengan sangat pantas.Otot-otot mangsa menjadi kejang dan tidak dapat berfungsi.Darah juga akan memekat dengan pantas, menyebabkan ia tidak mengalir dalam badan mangsa.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now