Meira perlahan bangun daripada baringnya.Arus kilat yang kecil mengalir ke bahagian-bahagian tubuh dan otot-otot yang diperlukan semasa pergerakan.Badannya kini dikawal secara manual.Dari pengecutan dan pengenduran otot sehinggalah kepada pengaliran darah ke sel-sel tubuh.Segalanya dikawal oleh Meira sendiri.Kecekapan seperti ini menjangkaui kebolehan pahlawan hebat dan penyihir agung.Sungguh menakjubkan.
Walau bagaimanpun, impak serangan tadi masih lagi bersisa.Suatu keajaiban dia masih mampu berdiri.
"Berserker!" Jerit Meira seraya menunding telunjuk jari. "Hari ini aku akan tamatkan riwayat engkau.Kau takkan jadi lebih daripada kisah dongeng dalam buku cerita!"
Jarinya menepis ke hadapn lalu kembali ke sisi dengan megah.
Tuk Guru Lin, saya akan buat yang terbaik.
Sedetik Meira leka, makhluk itu telah memulakan serangan.Ia menjulang jemarinya ke langit lantas mencakar ke bumi.Geseran udara yang dihasilkan bertambah tatkala mencecah ke tanah.Umpama bulan sabit menderpa ke arahnya.Deruan angin berpadu menghasilkan ngauman ribuan singa di sebalik ribut.
Meira segera melonjak ke kirinya.Dia dapat rasakan tenaga alam yang dibawanya bersama setiap pergerakan.Gadis itu meluncur laju bersama dakapan sang kilat.
Meira tergamam, matanya terbeliak melihat jarak yang dilaluinya.Hampir 50 kaki dalam sekelip mata.
Cakaran itu membelah dalam ke dasar bumi tanpa meninggalkan sebarang kawah.Bagaikan pisau yang memotong puding.Bilah angin tersebut begitu jitu dan tajam.
Dataran bergoncang ganas.Meira mendapati dirinya sukar untuk menetapkan kedudukan.Dia memaksa chinya berkumpul di bahagian kaki untuk mencengkam pada tanah.Namun, tidak ada apa dapat menghalangnya membuat seragan balas.
Kedua telapak tangan menekup mulut membentuk satu corong.Udara disedut dari hidung bercampur dengan chi dalam peparunya.Tatu api membakar dalam cerobong segitiga di tangan kanatu mnnya - Flame of Justice; bertindak sebagai Igniter (pembakar).Manakala tatu bunga berkelopak lapan di tangan sebelah lagi - ;bertindak sebagai Focuser (pemfokus).
Meira menghembus sekuat hati ke arah makhluk tersebut.Tiupan derasnya bertukar menjadi api biru yang marak tatkala meninggalkan telapak.Api itu berpusar dan memfokus pada sasaran.
Dengan bongkaknya, makhluk itu menepis bersahaja api si gadis itu.Pusaran api terhenti dan mula hilang bentuknya.Ia tersebar ke serata tempat, menghalang penglihatan ke bawah.
Serangan tadi hanyalah pengalih perhatian semata-mata.Berserker mudah sekali terpedaya dengan helah ini.
Tanpa sempat menoleh ke belakang, makhluk itu dihadiahkan satu hentakan tumit oleh Meira - tepat mengena tengkoraknya.Tenaga kilat dari dalam badan Meira merambat ke dalam tubuh makhluk itu.
Makhluk itu terhempas ke permukaan tanah dengan kelajauan tinggi, membentuk kawah yang besar.
Meira terapung di udara.Rambutnya mengalun ringan dek pusaran angin padi kakinya.Anak matanya kaku memandang makhluk yang telah terkujur di bawah sana.
Memori bersama Tuk gurunya bermain di benak .Bermula sebagai wasiat yang dianggap sumpahan buat mereka berdua berakhir menjadi ikatan keluarga - sama seperti ibu dan anak.Namun, Meira pasrah dengan takdir bahawa dia perlu membunuh orang yang terpenting dalam hidupnya.
Air mata meruntun ke pipi dibawanya bersama memori indah.Matanya berkaca, nafasnya sebak menahan tangis.
Gadis itu mengetap gigi lantas menjulang jari telunjuk dan tengahnya ke langit.Guruh berdentum riuh umpama berlakunya perang di angkasa raya.Awan hitam berputar ligat membentuk lohong di tengahnya.
Kepala makhluk berbentuk runcing menjelma dari lohong tersebut.Badannya yang panjang melingkar pada awan gelap.Misai berjelanya berjuntai dialun angin kencang.Matanya picing memandang mangsa yang berjarak beribu kaki dari langit.Mulutnya dinganga menampakkan bilah gigi yang tirus.Badannya diselaputi api biru.Bukan! Naga ini ialah api biru sepenuhnya yang dilingkari jutaan percikan kilat.
Meira bingkas melibas jarinya ke bumi.
"INI UNTUK TUK GURU LIN!!!!"
Naga biru itu meluncur pantas menghala ke arah Berserker .Badannya melenggok ditiup angin deras.Inilah kilat terhebat sepanjang zaman.Mengatasi serangan Berserker di Biara Angin berkurun dahulu.
Api yang merupakan salah satu unsur yang mampu ditempa dengan chi untuk menghasilkan berbagai-bagai bentuk mengikut kehendak pemujanya.Kilat pula unsur yang mempunyai tenaga mengerikan, namun pergerakannya pantas dan tidak stabil untuk ditempa.Apabila kedua-duanya digabungkan, mereka melahirkan keharmonian.Tidak ada pihak yang bercanggah, malah saling melengkapi satu sama lain.Serangan ini barangkali dapat melenyapkan sebuah empayar dari peta dunia.
Naga biru itu akhirnya menghentam permukaan tanah dengan bunyi yang amat bingit.Kubah biru terbentuk daripada letusan tenaga pada tempat naga itu mendarat.Walaupun Meira tidak pernah menggunakan serangan ini sebelumnya, namun dia tahu, ini satu petanda yang tidak baik.
Gadis itu memutar tenaga angin dengan ligat pada kedua telapaknya lantas melepaskan ia sekaligus.Momentum yang tinggi menghumbannya jauh ke atas.
Kubah biru di permukaan melunjur pantas memenuhi segenap ruang.Ia membesar ke tahap yang tidak masuk akal.Umpama dataran yang ditekup oleh tangan sang Dewa.Kubah itu memancarkan cahaya yang menyilaukan.
Meira segera berpaling ke lengan yang menghalang sinaran tersebut.Ia bersinar beberapa saat sebelum semuanya kembali tenang seperti sedia kala.
Gadis itu terpempan melihat permandangan di hadapan.Mulutnya terlopong luas tidak bertutup.Kawah seluas mata memandang terbentuk bagaikan tiada penghujungnya.Walaupun berada jauh di atas, namun masih sukar buat Meira untuk menemukan tebingnya.
Meira menunduk lalu tersengih melihat kemusnahan yang dilakukan dengan tangannya sendiri.Titisan air mata mula gugur membasahi ke dagunya.
"Selamat tinggal....ibu."
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantasyKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...