Katilda masih tidak menyedarkan diri.Selangkah demi selangkah raksasa itu mendekati Katilda.Kapak itu diheretnya, mungkin untuk memotong badan Katilda menjadi cebisan halus.
Dupp, Dupp Dupp..
Semakin lama, degupan jantung Katilda semakin kuat sehingga dapat didengari oleh raksasa itu.Badannya bertambah pucat.Kukunya semakin hitam sedikit demi sedikit.Bahagian kelopak mata dan bawah matanya menjadi hitam secara tiba-tiba.Seperti disapu dengan arang.
Raksasa itu masih tidak perasan akan perubahan yang dialami Katilda.Dia semakin dekat.
Kini, raksasa itu betul-betul di hadapan Katilda.Kapaknya dijulang ke udara untuk mempamerkan kemegahannya membunuh seekor puntianak dengan tangannya sendiri.Gelak tawanya tidak dapat dihentikan.
Kapaknya disasarkan pada kepala Katilda.Seperti angin kapak itu dihentak. "Hahaha," gelak raksasa itu tanpa melihat apa yang berlaku ke atas mangsanya.
Kegembirannya terhenti apabila dia menyedari bilah kapaknya tidak jejak ke tanah.Tawanya terhenti.
Raksasa itu memandang Katilda.Seperti hendak terkeluar biji matanya apabila melihat wanita yang jauh lebih kecil daripadanya berjaya menahan serangan itu dengan tiga jari sahaja.
Rupa Katilda benar-benar berubah.Kulitnya pucat tidak berdarah, warnanya seperti kapur.Matanya bagai dicelup darah pekat.Taringnya memanjang sehingga ke bawah bibirnya.
Raksasa itu tercengang.Dengan sekelip mata, Katilda merentap kapak daripada tangan raksasa itu.Dia membuat gerakan berpusing, lantas menendang perut raksasa itu.
Raksasa itu tercampak sedikit jauh.Kali ini, Katilda bukan dirinya yang sebenar.Sesuatu telah menguasai badannya.Dia tidak dapat berfikir dengan waras.
Pandangannya benar-benar menggerunkan.1000 ekor serigala pun dapat ditundukkan dengan pandangan sebegitu.
Kapak setinggi lapan kaki itu digenggamnya dengan erat.Walau bagaimana pun, pemangsa di dalam diri Katilda mampu mengangkatnya dengan mudah.
Setapak demi setapak Katilda menghampiri raksasa itu.Aura Katilda yang gelap dan menggerunkan memaksa lelaki itu untuk menghesot ke belakang.
Raksasa itu cuba untuk bangun.Katilda hanya membiarkan sahaja. "Huaarrgghhh!!" Raksasa itu menumbuk Katilta.Dia menyangka serangan itu akan berjaya.
Keyakinan pada wajah raksasa itu mati dengan serta merta.Dia tidak dapat menggerakkan tangan kanannya.Apabila dilihat semula tangan kanannya, dia ternganga.Tangan kanannya telah putus tanpa disedarinya.Yang tinggal hanyalah lengannya yang tidak berhenti memancutkan darah.
Raksasa itu memandang semula Katilda.Gadis itu sedang menggoyangkan tangan kanan raksasa itu.Sedikit gentar pun tidak wujud pada wajah gadis itu.
Katilda mencampakkan tangan itu ke tanah, kemudian memijaknya sehingga hancur.Darah memancut sehingga mengotorkan pakaiannya.Kini mangsa telah bertukar menjadi pemangsa.
Katilda memandang raksasa itu dengan senyuman yang tajam.Dalam sekelip mata, Katilda melibas kedua-dua belah kaki makhluk itu.Kakinya putus dan terpelanting jauh daripada tempat itu.
Raksasa itu meraung kesakitan.Darah mengalir bagaikan sungai merah.Berkerut-kerut dahi raksasa itu menahan sakit.
Katilda tidak mengendahkannya.Selagi kapak itu di tangannya, dia masih boleh membunuh makhluk di hadapannya itu.
Katilda menghampiri raksasa itu.Kapaknya diangkat setinggi boleh, kemudian menetak lengan kiri raksasa itu sehingga putus.
Aarrghhh!!!
Jeritan raksasa itu membuat Katilda ketawa.Semakin kuat raksasa itu meraung, semakin kuat Katilda ketawa.
Nafas raksasa itu semakin perlahan.Dia tidak dapat bertahan lebih lama.Sebelum raksasa itu mati, Katilda mahu menyeksanya sepuas-puas hati.
Katilda mencampakkan kapak itu ke atas tanah.Dia tidak memerlukannya lagi.Katilda menghampiri raksasa itu.Dia melompat dan mendarat di atas perut buncit raksasa itu.
Katilda tersenyum sehingga menampakkan keseluruhan gigi dan taringnya.Tangan kanannya diangkat, jari dirapatkan.Dengan pantas, Katilda menusuk ke dalam perut raksasa itu.
Darah disembur keluar daripada mulutnya.Katilda dengan sengaja, menolak jarinya untuk pergi lebih dalam sehingga dapat dipegang usus raksasa itu.
Raksasa itu mengerang kesakitan.Sepantas kilat, Katilda menarik keluar usus kecil raksasa itu.Cecair merah membanjiri badan makhluk itu.
Katilda memandang raksasa itu sambil menggenggam usus kecilnya. "Nak?" Soal Katilda.Dia tersenyum, senyumannya tidak ubah seperti senyuman pembunuh bersiri.
Tidak sempat raksasa itu memberi respon, Katilda telah menyuapkan usus kecil itu ke dalam mulut raksasa itu.
Raksasa itu enggan membuka mulut.Katilda geram.Dia menekan-nekan usus pada mulut raksasa itu untuk memaksanya menelan.
Muka raksasa itu berlumuran darah.Nafas terakhir dihembuskan.Keadaannya sebelum mati amat mengerikan.
Katilda dengan rakusnya merobek daging pada perut raksasa itu.Disuapkan ke mulut sehingga tidak cukup tangan.Darah makhluk itu diisapnya sehingga kenyang.
Mata Katilda kembali ke warna asal.Taringnya mula memendek.
Katilda memandang kedua-dua belah tangannya yang berlumuran darah, terdapat sedikit cebisan daging terlekat pada kukunya.
Jantungnya berdegup laju, nafasnya semakin deras.Katilda tidak menyangka dia mampu melakukan kekejaman sebegini.
Katilda menghesot ke belakang, cuba menjarakkan diri dengan bangkai raksasa itu.
Matanya mula berkaca.Titisan air jernih mula membasahi pipinya.Katilda mula mengenang kembali kisah hidupnya semenjak lari daripada istana.
"Aku tak pernah berhenti membunuh sejak keluar daripada tempat tu?" Air mata darah mula mengalir daripada mata kirinya. "Adakah aku ni ditakdirkan untuk membunuh sepanjang hayat aku?" Katilda mengharap soalannya akan terjawab.
Katilda bangun.Dia memandang raksasa itu buat kali yang terakhir. "Kau tak patut rasa bersalah.Raksasa tu memang patut mati," kata satu suara ghaib di dalam minda Katilda. "Sekali membunuh, selamanya pembunuh," herdik satu lagi suara.
Katilda cuba untuk menutup telinganya.Tetapi, bagaimana dia mahu menyekat sesuatu yang datang daripada dirinya sendiri.
Katilda berjalan pergi dengan wajah yang sayu.Tiba-tiba langkahnya terhenti.Hutan itu mula kabur.Kepalanya berdenyut-denyut seperti seseorang sedang memijaknya.
Darah mula keluar daripada hidungnya.Darah yang tidak berhenti keluar membuatnya lemas.Katilda rebah di atas tanah.Mengharapkan seseorang akan mengangkatnya.
"Tolong.." Katilda mengangkat tangannya yang terketar-ketar. "Ada sesiapa tak kat sini?"
Persoalannya tidak dijawab.Mulutnya tidak dapat bergerak.Seolah-olah dikunci.
Dalam penglihatannya yang samar.Seorang lelaki berhud hitam muncul dari belakang pokok.Dia menghala ke arah Katilda.
"Adakah dia seorang kawan atau musuh?" Persoalan itu terngiang-ngiang dalam kepala Katilda.
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
Viễn tưởngKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...